ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KUMPULAN PELABUR DIKETUAI OLEH ADVENT INTERNATIONAL DAN PERMIRA MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN MCAFEE

Wednesday 02/03/2022



· Urus niaga itu dinilaikan pada lebih $14 bilion
· Kumpulan Pelabur terdiri daripada Advent, Permira, Crosspoint Capital, CPP Investments, GIC dan ADIA
 
SAN JOSE, Calif., 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- McAfee Corp. (NASDAQ:MCFE, “McAfee”), sebuah peneraju dunia di dalam perlindungan dalam talian, hari ini mengumumkan penyempurnaan bagi pemerolehan mereka oleh sebuah kumpulan pelabur yang diketuai oleh Advent International Corporation (“Advent”) dan dana yang dinasihatkan oleh Permira, Crosspoint Capital Partners LP (“Crosspoint”), Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada (“CPP Investments”), GIC Private Limited (“GIC”), dan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (“ADIA”) (secara kolektif, “Kumpulan Pelabur” itu).

“Kami sangat teruja dengan pemerolehan ini dan bekerjasama dengan Kumpulan Pelabur itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan pertumbuhan utama pasaran kami ketika kami terus menyampaikan perkhidmatan perlindungan dalam talian yang bertaraf dunia kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif McAfee, Peter Leav. “Pemerolehan ini dibolehkan kerana sumbangan cemerlang daripada pekerja kami, serta perkongsian daripada TPG dan Intel sejak empat tahun yang lalu. Kami menantikan bab seterusnya sebagai sebuah perniagaan pengguna yang dimiliki secara persendirian dan berdedikasi dengan sokongan dan kepakaran oleh Kumpulan Pelabur itu,” kata Leav.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Bruce Chizen, Penasihat Kanan di Permira, akan menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengarah McAfee. Chizen berkata: “Keperluan untuk perkhidmatan perlindungan dalam talian yang diperibadikan, berinovatif dan intuitif tidak pernah menjadi lebih penting, dan McAfee berada pada kedudukan yang ideal untuk memenuhi permintaan ini dan terus membina platform teknologi terkemuka dan pangkalan pelanggan setia mereka. Saya bersyukur kerana menyertai Lembaga Pengarah itu dan berharap dapat menyumbang kepada kejayaan seterusnya yang tidak dapat dinafikan oleh syarikat itu.”

“Ketika pengguna mengemudikan landskap keselamatan siber yang semakin canggih dan kompleks itu, mereka berulang kali beralih kepada McAfee,” kata Bryan Taylor, Ketua bagi Pasukan Pelaburan Teknologi Advent dan seorang Rakan Pengurusan di Palo Alto. “Jenama McAfee itu adalah sinonim dengan kepercayaan dan perlindungan. Kami teruja untuk membantu membina reputasi syarikat itu untuk kualiti, kecemerlangan dan inovasi bagi membantunya mencapai tahap yang baharu.”

Brian Ruder, Ketua Bersama bagi Teknologi di Permira, mengulas: “Hari ini menandakan permulaan bagi satu bab yang menarik untuk McAfee, dan kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya. Sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah, Bruce membawa berdekad pengalaman dalam meneraju dan mengembangkan jenama teknologi global, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Adobe dan sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah Oracle dan Synopsys, antara lain. Bersama-sama dengan rakan pelaburan kami dan pasukan berbakat McAfee, kami akan membantu syarikat itu meningkat dan mengukuhkan operasi mereka, mempertingkatkan lagi keselamatan bagi kehidupan digital pengguna di seluruh dunia.”

Turut menyertai Lembaga Pengarah McAfee ialah Greg Clark, Rakan Pengurusan di Crosspoint Capital dan bekas ketua pegawai eksekutif di Symantec. “Kami percaya peluang itu bagus bagi McAfee untuk mengembangkan kedudukan utama mereka di dalam melindungi rakyat daripada jenayah siber. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan pengurusan McAfee dan Kumpulan Pelabur untuk menyampaikan apa yang kami percaya adalah satu peluang yang benar-benar unik dalam keselamatan siber digital.”

Pada 8 November, 2021, Kumpulan Pelabur itu telah mengumumkan pemerolehan bagi semua saham tertunggak bagi saham biasa McAfee untuk $26.00 sesaham dalam satu urus niaga yang melibatkan sepenuhnya tunai yang bernilai lebih $14 bilion. Hasil daripada urus niaga itu, McAfee bukan lagi menjadi sebuah syarikat dagangan awam. McAfee telah memaklumkan kepada NASDAQ mengenai penyempurnaan pengambilalihan itu dan meminta agar NASDAQ memfailkan satu pemberitahuan bagi penyahsenaraian dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa bagi pihak McAfee.

Penasihat

Goldman Sachs & Co. LLC dan Morgan Stanley & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada McAfee dan Ropes & Grey dan Moulton Moore Stella berkhidmat sebagai penasihat undang-undang. JP Morgan Securities LLC, BofA Securities, Inc., Barclays Capital Inc., Citigroup Global Markets Inc., Evercore dan DBO Partners LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan, dengan Kumpulan Bryant Stibel berkhidmat sebagai penasihat operasi strategik kepada Kumpulan Pelabur itu. Fried, Frank, Harris, Shriver & Jacobson bertindak sebagai penasihat undang-undang M&A dan Kirkland & Ellis bertindak sebagai penasihat undang-undang Kewangan kepada Kumpulan Pelabur itu.

Pembiayaan hutang untuk urus niaga itu pada asalnya disediakan oleh JPMorgan Chase Bank, NA, Bank of America, NA, BofA Securities, Inc., Credit Suisse AG, Cawangan Kepulauan Cayman, Credit Suisse Loan Funding LLC, Barclays Bank PLC, Citigroup Global Markets Inc., HSBC Securities (Amerika Syarikat) Inc., HSBC Bank Amerika Syarikat, National Association, Royal Bank of Canada, RBC Capital Markets LLC, CPPIB Credit Investments Inc., UBS AG, Cawangan Stamford, UBS Securities LLC dan PSP Investments Credit II Amerika Syarikat LLC, dan institusi kewangan tambahan telah ditambah sebelum pensindiketan.

Maklumat mengenai McAfee

McAfee Corp. (Nasdaq: MCFE) adalah sebuah peneraju dunia di dalam perlindungan dalam talian untuk pengguna. Dengan memberi tumpuan kepada melindungi orang ramai, dan bukan hanya peranti, penyelesaian pengguna McAfee menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna dalam dunia yang sentiasa dalam talian, memperkasakan mereka untuk hidup dengan selamat melalui penyelesaian bersepadu dan intuitif yang melindungi keluarga mereka dan komuniti dengan keselamatan yang tepat pada masa yang tepat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mcafee.com.

Maklumat mengenai Advent International

Diasaskan pada 1984, Advent International ialah satu daripada pelabur ekuiti persendirian global yang terbesar dan paling berpengalaman. Firma itu telah melabur dalam 390 syarikat di 42 buah negara, dan sehingga 30 September, 2021, mempunyai $86 bilion dalam aset di bawah pengurusan. Dengan 15 pejabat di 12 buah negara, Advent telah menubuhkan sebuah pasukan bersepadu global yang terdiri daripada lebih 250 profesional pelaburan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Firma itu memberi tumpuan kepada pelaburan dalam lima sektor teras, termasuk perkhidmatan perniagaan dan kewangan; penjagaan kesihatan; perindustrian; runcit, pengguna dan masa senggang; dan teknologi. Selama lebih 35 tahun, Advent telah berdedikasi kepada pelaburan antarabangsa dan kekal komited untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan bagi menyampaikan hasil dan pertumbuhan pendapatan yang mapan bagi syarikat portfolio mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web teknologi Advent, www.adventtech.com, laman web global, www.adventinternational.com, atau halaman LinkedIn, www.linkedin.com/company/advent-international

Maklumat mengenai Permira

Permira adalah sebuah firma pelaburan global yang menyokong perniagaan yang berjaya dengan cita-cita pertumbuhan. Ditubuhkan pada 1985, firma itu menasihati dana dengan aset di bawah pengurusan kira-kira AS$65 bilion (€58 bilion) dan membuat pelaburan majoriti dan minoriti jangka panjang. Dana Permira telah membuat kira-kira 300 pelaburan ekuiti persendirian di dalam empat sektor utama: Teknologi, Pengguna, Perkhidmatan dan Penjagaan Kesihatan. Dana Permira mempunyai satu rekod prestasi yang luas di dalam pelaburan teknologi, telah melabur AS$17.1 bilion dalam 60 syarikat merentasi penggunaan awan perusahaan, SaaS, fintech dan tempat pasaran dalam talian. Permira mempunyai lebih 360 orang pekerja di 16 pejabat di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Maklumat mengenai Crosspoint Capital Partners

Crosspoint Capital Partners adalah sebuah firma pelaburan ekuiti persendirian yang memberi tumpuan kepada pasaran keselamatan siber, privasi dan infrastruktur perisian. Crosspoint telah mengumpulkan sekumpulan pengendali, pelabur dan pakar sektor yang sangat berjaya untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi asas dan memacukan pulangan yang berbeza. Crosspoint mempunyai pejabat di Menlo Park, CA dan Boston, MA. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.crosspointcapital.com.

Maklumat mengenai CPP Investments

Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada (CPP Investments™) adalah sebuah organisasi pengurusan pelaburan profesional yang menguruskan Dana demi kepentingan lebih 20 juta pencarum dan penerima Pelan Pencen Kanada. Untuk membina portfolio aset yang pelbagai, pelaburan dibuat di seluruh dunia dalam ekuiti awam, ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur dan pendapatan tetap. Beribu pejabat di Toronto, dan mempunyai pejabat di Hong Kong, London, Luxembourg, Mumbai, Bandar raya New York, San Francisco, São Paulo dan Sydney, CPP Investments ditadbir dan diurus secara bebas daripada Pelan Pencen Kanada dan selengan daripada kerajaan. Pada 31 Disember, 2021, Dana itu berjumlah C$550.4 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cppinvestments.com atau ikuti kami di LinkedInFacebook atau Twitter.

Maklumat mengenai GIC

GIC adalah sebuah firma pelaburan global terkemuka yang ditubuhkan pada 1981 untuk menjamin masa depan kewangan Singapura. Sebagai pengurus bagi rizab asing Singapura, kami mengambil satu pendekatan jangka panjang, dan berdisiplin untuk melabur, dan ditempatkan secara unik merentasi pelbagai kelas aset dan strategi yang aktif di seluruh dunia. Ini termasuk ekuiti, pendapatan tetap, hartanah, ekuiti persendirian, modal teroka dan infrastruktur. Pendekatan jangka panjang kami, keupayaan berbilang aset dan ketersambungan global membolehkan kami untuk menjadi satu pelabur pilihan. Kami berusaha untuk menambahkan nilai yang bermakna kepada pelaburan kami. Beribu pejabat di Singapura, kami mempunyai tenaga bakat global melebihi 1,800 orang di 10 bandar raya kewangan utama dan mempunyai pelaburan di lebih 40 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gic.com.sg/

Maklumar mengenai ADIA

Ditubuhkan pada tahun 1976, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (“ADIA”) adalah sebuah institusi pelaburan yang mempelbagaikan secara global yang melabur dana secara berhemat bagi pihak Kerajaan Abu Dhabi melalui satu strategi yang tertumpu kepada penciptaan nilai jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut: https://www.adia.ae

Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan yang Berpandangan Ke Hadapan

Komunikasi ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan.” Kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut termasuk kenyataan yang berkaitan dengan strategi, matlamat dan bidang tumpuan masa depan McAfee. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah didasarkan kepada keyakinan dan andaian pengurusan McAfee dan pada maklumat yang tersedia pada masa ini untuk pengurusan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan termasuk semua kenyataan yang bukan berfakta sejarah dan mungkin dikenal pasti dengan istilah seperti “menjangka,” “percaya,” “rancangan,” atau ungkapan yang serupa dan negatif bagi istilah tersebut. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, prestasi atau pencapaian berbeza secara material daripada sebarang keputusan, prestasi atau pencapaian masa hadapan, yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk: (a) risiko yang berkaitan dengan gangguan bagi tumpuan pengurusan daripada operasi perniagaan berterusan McAfee disebabkan oleh penggabungan (“Penggabungan” itu) itu; (b) gangguan daripada Penggabungan itu yang menyukarkan untuk mengekalkan perhubungan perniagaan dan operasi, termasuk mengekalkan dan mengambil kakitangan penting dan pada masa yang sama mengekalkan perhubungan dengan pelanggan, vendor dan orang lain di mana McAfee menjalankan perniagaan dengan mereka; (c) kos urus niaga yang ketara; (d) risiko litigasi dan/atau tindakan kawal selia yang berkaitan dengan Penggabungan itu; (e) kemungkinan bahawa keadaan ekonomi am dan keadaan dan ketidakpastian yang disebabkan oleh tercetusnya permusuhan atau pandemik COVID-19, yang boleh menyebabkan perbelanjaan teknologi maklumat dikurangkan atau keputusan pembelian ditangguhkan; (f) satu peningkatan dalam tuntutan insurans; (g) satu peningkatan dalam pembatalan pelanggan; (h) ketidakupayaan untuk meningkatkan jualan kepada pelanggan sedia ada dan untuk menarik pelanggan baharu; (i) kegagalan McAfee untuk mengintegrasikan perniagaan yang diperolehi baru-baru ini atau yang akan datang dengan jayanya atau untuk mencapai sinergi yang diharapkan; (j) pemasaan dan kejayaan bagi pengenalan produk baharu oleh McAfee atau pesaing mereka; (k) perubahan dalam dasar penentuan harga McAfee atau dasar pesaing mereka; (l) perkembangan berkenaan dengan prosiding undang-undang atau kawal selia; (m) ketidakupayaan untuk mencapai pertumbuhan hasil atau untuk membolehkan pengembangan margin; (n) perubahan dalam anggaran McAfee berkenaan dengan kadar cukai korporat jangka panjang mereka; dan (o) risiko dan ketidakpastian lain yang diterangkan dengan lebih lengkap dalam dokumen yang difailkan dengan atau diberikan kepada SEC oleh McAfee, termasuk di bawah tajuk “Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan McAfee pada Borang 10-K yang difailkan sebelum ini dengan SEC pada 23 Februari, 2022. Semua maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini adalah bertepatan pada tarikh tersebut dan McAfee tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat ini kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220301005521/en/ 

Hubungi

McAfee:
media@mcafee.com
ATAU
Andrew McGuinness
AMcGuinness2@webershandwick.com

Advent:
Anna Epstein atau Sophia Templin
Finsbury Glover Hering
Adventinternational-US@finsbury.com
1-646-805-2000

Permira:
Nina Suter
Nina.Suter@permira.com
+44 207 9594037

James Williams
james.williams@permira.com
+44 774 7006407

ATAU

Brooke Gordon/Megan Bouchier/Devin Broda
Sard Verbinnen & Co
permira-svc@sardverb.com

CPP Investments:
Asher Levine
Pengarah Urusan, Komunikasi
alevine@cppib.com
1-929-208-7939

Crosspoint Capital Partners:
Jonathan Marino
Naib Presiden
jmarino@prosek.com
1-718-536-4990

GIC:
Katy Conrad
Naib Presiden
katyconrad@gic.com.sg
+1 727-510-9831

ADIA:
Garry Nickson
E-mel: garry.nickson@adia.ae
+971 2 415 6085

TPG:
media@tpg.com

Sumber : McAfee

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.