ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  BEYOND LIMITS MENGUMUMKAN PEMEROLEHAN ALTEC

Thursday 03/03/2022



Nilai pasaran Cognitif AI berkembang dengan integrasi alat pendigitalan baharu dan teknologi aliran kerja

GLENDALE, Calif., 3 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Beyond Limits, sebuah industri dan syarikat perisian AI gred perusahaan yang dibina untuk memenuhi keperluan sektor, hari ini mengumumkan pemerolehan syarikat Altec Products, Inc. (Altec), yang merupakan sebuah pembekal terkemuka pengurusan dokumen bersepadu dan penyelesaian aliran kerja. Penggabungan Altec dengan Beyond Limits akan membolehkan pertumbuhan produk yang dipercepatkan dan memacu transformasi digital dalam pasaran baharu, meneruskan misi Beyond Limits untuk mencipta penyelesaian bertaraf dunia kepada perniagaan yang mahu meningkatkan prestasi dan meningkatkan pembuatan keputusan manusia.

"Di Beyond Limits, kami percaya kepada kuasa kecerdasan buatan untuk meningkatkan bakat dan keupayaan pekerja" kata AJ Abdallat, Ketua Pegawai Eksekutif Beyond Limits. “Penyelesaian Cognitive AI kami digunakan melangkaui sektor tenaga, pembuatan dan penjagaan kesihatan bagi menangani cabaran paling sukar dan membantu individu membuat keputusan dengan lebih pantas dan cekap untuk menguruskan risiko dan memacu keuntungan. Teknologi dan pendekatan Altec untuk operasi digital yang diperkemas adalah bersesuaian dengan pendekatan kami terhadap AI, dan kami sangat teruja untuk membawa bersama nilai baharu ini kepada pasaran.”

Altec menyediakan pengurusan dokumen dan penyelesaian aliran kerja yang mantap dan bersepadu secara digital. Produk utama syarikat, DocLink, membantu syarikat mereka menguruskan data, dokumen dan proses serta mendukung mereka sepanjang perjalanan transformasi digital. Dengan penyepaduan ERP yang ketat, DocLink memberikan faedah ketara dengan memberikan garis panduan kitaran kelulusan yang dipercepatkan, penghapusan terlepas tarikh akhir dan pengurangan ralat manusia. Hasilnya ialah akses, ketampakan dan kawalan yang lebih baik ke atas data dan dokumen, serta peningkatan proses untuk pekerja, pelanggan dan pembekal.

Pemerolehan Beyond Limits terhadap Altec mengukuhkan lagi perkongsian strategik dan integrasi syarikat yang tertumpu kepada transformasi digital dan kesediaan AI dalam sektor utama di seluruh dunia. Kedudukan industri Altec yang kukuh, menawarkan produk yang unik dan berteraskan pelanggan yang setia, menyediakan produk baharu dan peluang pasaran, serta modal transformasi untuk memajukan pertumbuhan yang pesat.

“Kami teruja untuk ke peringkat seterusnya dalam pertumbuhan kami bersama Beyond Limits, terutamanya kerana kami berkongsi fokus yang sama dalam menyampaikan nilai jangka panjang kepada pelanggan kami,” kata Don Howren, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Altec. “Kerjasama kami bersama Beyond Limits akan membantu kami menggiatkan lagi perniagaan dan mempercepatkan peluang, dan saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan pengurusan dan pekerja yang berdedikasi untuk mencapai tahap pertumbuhan syarikat kami yang seterusnya. Maka dalam konteks itu, kami kekal fokus kepada membangunkan produk bertaraf dunia dan menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang tiada tandingan.”

Sebagai sebahagian daripada pemerolehan, Altec akan terus menawarkan pengurusan dokumen teras dan penyelesaian aliran kerja secara langsung kepada pasaran. Altec juga akan beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh Beyond Limits. TechStrat bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Altec. Butiran kewangan transaksi tersebut tidak akan didedahkan.

Mengenai Beyond Limits

Beyond Limits ialah syarikat AI berskala perusahaan yang mengoptimumkan pengoperasian, menggalakkan kecekapan dan meningkatkan produktiviti bagi memenuhi keperluan industri termasuklah tenaga, utiliti dan penjagaan kesihatan.

Di sebalik kecerdasan buatan tradisional, produk perisian kami dikuasakan oleh Beyond Limits telah memenangi anugerah teknologi Cognitive AI, menggunakan pendekatan AI hibrid yang menggabungkan teknik sentrik data dengan pengetahuan manusia sedia ada untuk pengesahan kepercayaan terhadap keputusan yang dipacu oleh perisian, menguruskan risiko operasi dan memacu keuntungan.

Diasaskan pada 2014, Beyond Limits memanfaatkan portfolio pelaburan yang penting bagi teknologi canggih yang dibangunkan di Makmal Caltech’s Jet Propulsion untuk misi angkasa lepas NASA. Baru-baru ini, syarikat ini telah diberi penghormatan oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Cemerlang untuk Anugerah Amalan Terbaik tahun 2021 dan oleh CB Insights pada Senarai 100 Teratas Pemula Kepintaran Buatan Paling Inovatif 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.beyond.ai.

Perihal Altec

Penyelesaian pengurusan dokumen Altec dan automasi proses DocLink membantu syarikat menghubungkan pekerja, proses dan data mereka dengan mengautomasikan tugas dalam akaun yang perlu dibayar dan seterusnya berkembang kepada jabatan perusahaan lain. DocLink membolehkan syarikat mengubah operasi mereka secara digital, meningkatkan produktiviti dan penjimatan masa dan wang syarikat. Beribu-ribu syarikat di seluruh dunia menggunakan DocLink di premis, dalam awan (cloud) atau dalam persekitaran hibrid. Altec juga menikmati perkongsian kukuh dan kolaboratif dengan penyedia ERP termasuklah Microsoft, Sage, Acumatica, AmTech, Key2Act, Epicor dan SAP B1. 

Ketahui lebih lanjut www.altec-inc.com.

Hubungi Beyond Limits
Scott Belvins
beyondlimitsPR@teamlewis.com
(415) 283-5492

Hubungi Altec
April Blankenship
aprilblankenship@altec-inc.com                                
(949) 727-1248 x1264

Sumber: Beyond Limits Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.