ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  DR. ANDREAS AMREIN MENYERTAI ADVANCED CLINICAL UNTUK MENERAJUI PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN GLOBAL DI APAC, EROPAH DAN KANADA

Wednesday 09/03/2022



Table
Dr. Andreas Amrein, Naib Presiden Kanan bagi Asia Pasifik (APAC) dan Jepun serta Pengarah Urusan untuk Eropah dan Kanada, Advanced Clinical (Foto: Business Wire) 
 
CHICAGO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Advanced Clinical, sebuah organisasi pembangunan klinikal dan penyumberan strategik yang komited untuk menyediakan satu pengalaman klinikal yang lebih baik merentasi perjalanan pembangunan ubat, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Dr. Andreas Amrein telah menyertai Pasukan Eksekutif sebagai Naib Presiden Kanan bagi Asia Pasifik (APAC) dan Jepun serta menjadi Pengarah Urusan untuk Eropah dan Kanada.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220308006375/en/ 

Dr. Amrein akan memainkan peranan penting kepada pengembangan dan pengukuhan berterusan organisasi itu bagi operasi semasa Advanced Clinical ke rantau APAC, yang termasuk pejabat di Singapura, Australia dan Jepun. Beliau juga akan menyelia peluang pembangunan dan pengembangan untuk lokasi tambahan di seluruh Eropah dan Kanada, melengkapkan jejak syarikat itu yang sedia ada termasuk 10 lokasi pejabat di Eropah serta pejabat di Toronto, Kanada.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan antarabangsa, Dr. Amrein telah mengetuai banyak pasukan dan organisasi merentasi lebih 30 geografi, termasuk syarikat-syarikat Fortune 100 (Novartis, Abbott dan Shire) dan syarikat permulaan yang dinamik.

“Daripada pengkhususan saya di dalam pengembangan, pelancaran, transformasi, perkongsian komersil yang pesat dan banyak lagi merentasi Asia dan seluruh dunia, saya berharap dapat memanfaatkan pengetahuan saya untuk membantu Advanced Clinical terus mewujudkan operasi yang berkualiti di peringkat antarabangsa,” kata Dr. Amrein.

“Kami teruja kerana mempunyai Andreas di dalam pasukan kami ketika kami terus berkembang ke rantau APAC dan Jepun,” kata Julie Ross, Presiden bagi Advanced Clinical. “Andreas akan memainkan peranan penting di dalam mempercepatkan pertumbuhan perniagaan ketika kami mempelbagaikan program klinikal global kami dan meningkatkan strategi klinikal kami bagi pelanggan dan pesakit yang kami tawarkan perkhidmatan. Selepas kejayaan kami memasuki rantau itu pada tahun 2021 dan digabungkan dengan pembukaan pejabat tambahan APAC yang dirancang untuk tahun 2022, Andreas sudah pasti akan membantu meningkatkan kehadiran kami di seluruh rantau APAC, Eropah dan Kanada sebagai sebuah peneraju dunia di dalam penyelidikan klinikal, FSP dan perkhidmatan penyumberan strategik.”

Maklumat mengenai Advanced Clinical

Advanced Clinical adalah sebuah organisasi pembangunan klinikal dan penyumberan strategik yang komited untuk menyediakan satu pengalaman klinikal yang lebih baik merentasi perjalanan pembangunan ubat. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kehidupan semua mereka yang disentuh oleh penyelidikan klinikal – mendekati setiap peluang dengan pandangan jauh, watak, daya ketahanan dan inovasi. Berdasarkan kepada pengalaman beberapa dekad, kami membantu pelanggan kami mencapai hasil yang lebih baik dengan menjalankan perbualan yang berterus terang ​​dan menjangkakan isu-isu yang berpotensi melalui penyelesaian tersuai kami. Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut: www.advancedclinical.com.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220308006375/en/ 

Hubungi
Stephanie Swanson
Pengarah Kanan bagi Pemasaran Global
P: (312) 572-6000
sswanson@advancedclinical.com 

 Sumber : Advanced Clinical 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.