ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  WEBINAR "PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERMINDA ISLAMI"

Wednesday 09/03/2022



KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Webinar bertajuk “Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami” dengan menampilkan pakar-pakar berwibawa di dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan pembelajaran, pendidikan awal kanak-kanak, kemasyarakatan, penulisan kreatif dan industri teknologi animasi. Webinar ini telah membincangkan: (i) pengaruh dan kesan kandungan digital kepada perkembangan minda kanak-kanak; (ii) ciri-ciri kandungan digital yang sesuai dan dapat membentuk minda Islami kanak-kanak; dan (iii) beberapa perkongsian pengalaman oleh industri teknologi digital animasi dalam membangunkan kandungan digital yang sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Webinar ini telah berlangsung selama setengah hari secara dalam talian dan ia turut disiarkan secara langsung kepada umum melalui laman web TVIKIM dan Laman Facebook IKIM. Untuk makluman juga, program webinar ini telah ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Di antara para pembentang yang dijemput ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan, Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI, Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Pensyarah Kanan Kuliyyah Pendidikan, UIAM , Pn. Hajah Siti Fatimah Abdul Rahman, Felow Kanan IKIM,  Encik  Karyabudi Mohamed Aris, dari syarikat Les Copaque Production Sdn. Bhd. dan Encik Nabil Baharom, Pengarah Mina Mila, Durioo Sdn. Bhd.

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan keperluan mewujudkan kandungan digital untuk membangunkan minda Islami dalam kalangan kanak-kanak. Usaha ini perlu diberi perhatian wajar oleh semua pihak khususnya ibu bapa dan pendidik serta pembangun kandungan digital memandangkan ia mempunyai kesan yang amat besar kepada perkembangan diri dan kehidupan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketika musim pandemik COVID-19 ini, ‘screen time’ atau masa melayari dunia Internet kanak-kanak menjadi amat panjang walaupun tidak bebas, menjadikan ibu bapa perlu meningkatkan usaha yang lebih lagi bagi menghadkan pendedahan anak-anak mereka di laman maya agar tidak terus lalai dan leka dengan pengaruh yang tidak baik kepada diri mereka.
  
Ketika menutup webinar ini, Ketua Pengarah IKIM, Y. Bhg. Prof. Madya Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil, telah melancarkan Pertandingan “Merekacipta Video Animasi Kefahaman Islam Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT)".
 
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
9 Mac 2022


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
Nama : Pn. Zarita Bt Kasim
Tel : 017 - 366 1496
e-mel : zarita@ikim.gov.my

Nama : Pn. Suzanahwati Sanil
Tel : 013 - 228 8992
e-mel : suzana@ikim.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.