ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PERTANDINGAN "MEREKACIPTA VIDEO ANIMASI KEFAHAMAN ISLAM UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)"

Wednesday 09/03/2022



KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah melancarkan Pertandingan “Merekacipta Video Animasi Kefahaman Islam Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT)".  Pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini bermula, 8 Mac 2022 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Jun 2022.  Para penuntut IPTA dan IPTS yang berminat adalah dipelawa untuk menghantarkan karya mereka mengikut tema serta syarat-syarat yang telahpun ditetapkan.
 
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penghasilan video animasi kefahaman Islam bagi membina minda Islami dalam kalangan masyarakat; menggalakkan penghasilan video animasi yang dapat mendidik dan menanamkan nilai-nilai sejagat kepada khalayak; menambahkan koleksi video animasi seumpama ini untuk tatapan khalayak dan mencungkil potensi video animasi sebagai medium untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Malaysia khususnya, serta masyarakat global, amnya. 
 
Karya hendaklah memilih salah satu daripada tema-tema berikut:  (i) Kewajipan solat dan larangan meninggalkan solat; (ii) Belajar dan menuntut ilmu; (iii) Bersyukur; (iv) Menjaga masa; (v) Hormat ibu bapa; (vi) Amanah; (vii) Berkata benar; (viii) Adil; (ix) Ihsan; (x) Rajin; (xi) Berjimat-cermat; (xii) Kebersihan alam sekitar; dan, (xii) Nilai-nilai kekeluargaan yang baik.
 
Durasi video animasi 3D ini hendaklah 5 minit sahaja dengan menggunakan format *.mov dan *.mp4 dengan resolusi berdefinisi tinggi; 1920x1080 (Full HD)
 
Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan:
 
Hadiah Pertama : RM15,000 beserta Sijil Penyertaan dan trofi
Hadiah Kedua : RM10,000 beserta Sijil Penyertaan dan trofi
Hadiah Ketiga : RM5,000 beserta Sijil Penyertaan dan trofi
Dan lima (5) hadiah saguhati yang bernilai RM1,000 setiap satu beserta Sijil Penyertaan.
 
Semua hadiah ini adalah tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB),  Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
 
Untuk keterangan lanjut, layari www.ikim.gov.my atau hubungi Unit Program & Latihan IKIM di talian 03-6204 6323.
 
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
9 Mac 2022

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT

Nama : Pn. Zarita Bt Kasim
Tel : 017 - 366 1496
e-mel : zarita@ikim.gov.my

Nama : Pn. Suzanahwati Sanil
Tel : 013 - 228 8992
e-mel : suzana@ikim.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.