|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
MENINGKATKAN BADAN USAHA MILIK NEGARA (BUMN) INDONESIA MELALUI PENGELOMPOKAN
Monday 14/03/2022
AsiaNet 94962
JAKARTA, Indonesia, 14 Mac, 2022/ Agensi Berita Antara-AsiaNet / -- Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah memberikan satu tempoh di antara satu hingga dua tahun bagi Badan Usaha Milik Negara (BUMN) untuk membuat perubahan asas bagi meningkatkan daya saing mereka.
Pada 14 Oktober, 2021, Jokowi menyatakan bahawa beliau berbesar hati untuk menyaksikan pengelompokan bagi pengendali terminal kontena dan firma pembangunan pelabuhan Pelindo menjadi satu pegangan, iaitu PT Pelabuhan Indonesia, untuk mengurangkan kos logistik dan membantu meningkatkan perhubungan di seluruh Indonesia.
Menurut Jokowi, pengelompokan itu membentuk satu kuasa besar, apabila ia membina rangkaian dengan perkongsian di luar negara. “Melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat di luar negara yang mempunyai rangkaian, pautan (BUMN) itu ke semua negara boleh menjadi satu kuasa yang besar,” kata presiden.
Melalui pengelompokan, syarikat-syarikat BUMN telah menunjukkan prestasi yang melebihi standard malah prestasi kerja yang cemerlang yang telah menyumbang secara signifikan kepada bajet negara itu.
Menurut data daripada Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas) dalam tahun 2019, anggaran jumlah bajet untuk pembangunan infrastruktur dalam tempoh tahun 2020-2024 adalah AS$447 juta atau Rp6,445 trilion, dan 21 peratus daripadanya datang daripada atau disokong oleh BUMN.
Pada suku ketiga tahun 2021, jumlah aset bagi BUMN mencecah kira-kira AS$610.5 juta atau Rp8,767 trilion, bersamaan dengan kira-kira 57 peratus daripada KDNK Indonesia.
Selain itu, pada Januari - September 2021, jumlah hasil disatukan ditutup pada Rp1,613 trilion, atau meningkat 14% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020.
Satu daripada usaha untuk meningkatkan prestasi firma-firma negara adalah melalui pengelompokan dan penstrukturan semula.
Usaha pengelompokan telah dicapai dengan mengurangkan bilangan BUMN daripada 107 kepada 41, dan pengelompokan sektor daripada 27 kepada 12, di mana dua timbalan menteri masing-masing menyelia enam kluster.
Pada masa ini, terdapat 12 sektor yang melibatkan 41 BUMN: tenaga, minyak dan gas; mineral dan arang batu; perkhidmatan insurans dan dana pencen; perladangan dan perhutanan; dan telekomunikasi dan media.
Industri tambahan termasuk industri makanan dan baja, pelancongan dan perkhidmatan sokongan, industri kesihatan, industri pembuatan, infrastruktur, logistik, dan perkhidmatan kewangan.
Pada 18 Februari, 2022, Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir telah mengumumkan bahawa beliau akan sekali lagi mengecilkan bilangan perusahaan milik negara daripada 41 kepada 37 dalam tempoh dua tahun akan datang.
Di samping itu, beliau melahirkan harapan agar Menteri BUMN yang akan datang dapat menyempurnakan program pengurangan itu kepada hanya 30 perusahaan milik negara. Dengan satu peta hala tuju untuk tempoh 10 tahun, beliau telah menyasarkan untuk menjadikan skop firma-firma negara lebih terurus.
Setakat ini, kementerian itu telah menggalak dan melaksanakan transformasi BUMN melalui pengurangan syarikat yang dianggap terlalu besar bilangannya, dan memberi tumpuan kepada sektor perniagaan yang tidak cekap.
Di bawah kepimpinan beliau, transformasi itu tertumpu kepada modal insan melalui menggantikan lembaga pengarah yang berprestasi rendah dengan yang lebih baik, begitu banyak perusahaan milik negara boleh menjanakan keuntungan untuk negara itu.
Melalui penstrukturan semula, pegangan, penggabungan, dan pengambilalihan, Thohir telah membuat prestasi kerja BUMN lebih cekap.
Menurut Thohir, Kementerian BUMN membezakan strategi bagi ketiga-tiga BUMN farmaseutikal, di mana Bio Farma memberi tumpuan kepada vaksin, Kimia Farma adalah tertumpu pada bahan kimia, dan Indofarma kepada herba. Indonesia mempunyai potensi luar biasa di dalam sektor herba, tetapi ia belum diterokai, oleh itu pihak Kementerian BUMN telah cuba memetakan semula laluan itu di dalam membangunkannya.
“Kami tahu bahawa kami mengimport 90 peratus daripada bahan mentah untuk ubat-ubatan, malah peralatan perubatan. Pandemik COVID-19 telah menyedarkan kami bahawa kami perlu mewujudkan satu pelan hala tuju bagi Kimia Farma untuk memberi tumpuan kepada bahan kimia dan Indofarma untuk ditempatkan kepada herba,” jelas beliau.
Thohir berkata memandangkan kesihatan dan tenaga berada di bawah ekosistem BUMN yang sama, satu perhubungan di antara sektor perlu dibina.
Sebaliknya, firma minyak dan gas Pertamina telah mula membina petrokimia, dan satu daripada derivatif bagi petrokimia ialah untuk mencipta paracetamol. Jika Pertamina digabungkan dengan sebuah firma kesihatan negara untuk menjadi satu ekosistem, Indonesia tidak lagi perlu mengimport paracetamol.
Kementerian itu juga menyatukan dan melancarkan pegangan pelancongan dan sub pegangannya ke dalam satu kluster, yang terdiri daripada operator lapangan terbang Angkasa Pura I dan Angkasa Pura II, serta beberapa syarikat penerbangan dan hotel.
Thohir telah menyatukan pembinaan infrastruktur BUMN dan menempatkan BUMN ke dalam satu kluster, kerana beliau melihat bahawa kedua-duanya memerlukan di antara satu sama lain dan dijangka dapat mewujudkan sinergi.
Sementara itu, kluster pelancongan, logistik dan sokongan terdiri daripada Hotel Indonesia, firma pengurusan pelancongan kuil PT TWC, yang menguruskan kuil-kuil Prambanan dan Borobudur dan Ratu Boko, dan Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC).
Bank Negara Indonesia (BNI) milik negara juga mengumumkan bahawa ia bergantung kepada pengelompokan untuk mengukuhkan pengagihan bagi kredit perniagaan pekebun kecil (KUR), serta membantu meningkatkan produktiviti bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) semasa pandemik COVID-19.
Tambahan pula, pada 23 Februari, tiga syarikat milik negara telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membina kluster industri hijau di Indonesia yang akan mengutamakan penggunaan sumber yang mapan dengan cekap dan berkesan. Tiga firma negara itu adalah syarikat elektrik PT Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat minyak dan gas PT Pertamina, dan syarikat baja PT Pupuk Indonesia.
Usaha pengelompokan itu bermula pada tahun 2020, setelah banyak firma negara mengambil keputusan untuk bergabung. Thohir juga meningkatkan dengan ketara sasaran prestasi bagi BUMN untuk menggandakan keluaran mereka pada tahun 2024, terutamanya pada keuntungan, yang disasarkan akan mencecah kira-kira AS$20.8 bilion atau Rp300 trilion.
Untuk menjadi berjaya Prestasi bank-bank yang diperbadankan dalam Himpunan Bank-bank Milik Negara (Himbara) sepanjang tahun 2021 menunjukkan keputusan yang memuaskan melalui pelaksanaan penstrukturan semula kredit yang baik, ahli ekonomi dan pengamal pasaran modal Lucky Bayu Purnomo berkata.
Menurut Purnomo, penstrukturan semula kredit telah menghasilkan di dalam pengurusan perbelanjaan operasi yang lebih cekap dan berkesan. Pada Disember 2021, jumlah keuntungan bagi bank-bank Himbara melonjak kepada AS$5 bilion atau Rp72.05 trilion, meningkat dengan ketara sebanyak 78.06 peratus, berbanding dengan tahun 2020 pada AS$2.8 bilion atau Rp40.34 trilion.
Thohir berkata setiap bank Himbara mempunyai satu tumpuan perniagaan yang khusus seperti BRI mengutamakan MSME dan segmen ultra mikro, Mandiri didedikasikan untuk mempertingkatkan korporat dan usahawan nasional, BNI di peringkat perniagaan antarabangsa, dan BTN memberi tumpuan untuk mengurangkan jumlah tertunggak dan membantu orang ramai, termasuk milenial, untuk memudahkan pembelian rumah.
“Kami berharap agar peranan Himbara dapat lebih menyerlah dan menjadi pemacu utama bagi ekonomi negara melalui pengayaan di dalam pelbagai segmen yang memberikan impak positif kepada pihak berkepentingan dan masyarakat Indonesia,” kata beliau.
Sebelum ini, pegangan BUMN yang telah dibentuk adalah pegangan perladangan di bawah PT Perkebunan Nusantara III, pegangan perhutanan di bawah Perum Perhutani, pegangan baja di bawah PT Pupuk Indonesia, dan pegangan simen di bawah PT Semen Indonesia.
Di bawah kepimpinan Thohir, pegangan BUMN itu yang telah disiapkan adalah pegangan perlombongan di bawah Industri Perlombongan Indonesia (MIND ID), pegangan minyak dan gas di bawah PT Pertamina, pegangan farmaseutikal di bawah PT Biofarma, pegangan hospital milik negara di bawah Pertamedika IHC, pegangan insurans dan pengunderaitan Kumpulan Kewangan Indonesia (IFG), dan pegangan pelancongan dan penerbangan di bawah Aviasi Pariwisata Indonesia atau InJourney.
Memperbaiki BUMN melalui penubuhan pegangan adalah satu tugas yang mesti dijalankan secara mapan untuk menghasilkan perbadanan milik kerajaan yang berkuasa yang boleh bersaing di pentas antarabangsa. SUMBER: Kementerian BUMN
--BERNAMA |
|
|
|
|
|