|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
DEXCOM G7 MENERIMA TANDA CE - SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN GENERASI MENDATANG UNTUK MEREVOLUSIKAN PENGURUSAN DIABETES
Tuesday 15/03/2022
Dengan Dexcom G7, bacaan glukosa masa nyata dihantar secara automatik ke sebuah peranti paparan yang serasi. (Foto: Business Wire)· CGM masa nyata paling laris di dunia¹ kini lebih berkuasa dan lebih mudah untuk digunakan dengan sebuah aplikasi mudah alih yang kecil, peranti boleh pakai semua-dalam-satu dan direka bentuk semula sepenuhnya· Sistem baharu mempunyai pemanasan sensor paling pantas di pasaran,* dengan tiada hujung jari† atau pengimbasan diperlukan· Dexcom G7 dibina di atas prestasi yang dipercayai oleh Dexcom CGM, yang terbukti secara klinikal dapat menurunkan A1C, mengurangkan hiper dan hipoglisemia, serta meningkatkan masa dalam julat²,³EDINBURGH, Scotland & SAN DIEGO, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DexCom, Inc. (NASDAQ:DXCM), peneraju dunia di dalam pemantauan glukosa berterusan dalam masa nyata untuk penghidap diabetes, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Tanda CE (Conformité Européenne) untuk Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan (CGM) Dexcom G7 bagi mereka yang mempunyai diabetes di Eropah berumur dua tahun dan ke atas, termasuk wanita hamil. Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220309005998/en/Dexcom G7 menawarkan satu cara yang lebih baik untuk membantu pengguna mendapatkan kawalan yang lebih besar terhadap diabetes mereka, supaya mereka boleh menguruskannya dengan lebih yakin setiap hari. Peranti boleh pakai yang berprofil rendah, semua-dalam-satu memanaskan dengan lebih pantas berbanding dengan mana-mana CGM lain yang berada di pasaran, * dengan menghantar bacaan glukosa masa nyata secara automatik kepada sebuah peranti pintar atau penerima yang serasi ‡, tanpa hujung jari diperlukan. † Dexcom G7 juga menawarkan satu suit makluman yang boleh disesuaikan yang boleh memberi amaran tentang tahap glukosa tinggi atau rendah dan membantu pengguna menghabiskan lebih banyak masa dalam julat. §,² Keupayaan pemantauan dan pelaporan jarak jauh yang terkemuka di dalam industri juga membolehkan pengguna untuk sentiasa berhubung dengan mereka yang tersayang dan pasukan penjagaan mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja. ||“Hari ini menandakan satu kejayaan yang luar biasa bagi syarikat kami dan untuk penghidap diabetes di Eropah,” kata Kevin Sayer, pengerusi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dexcom. “Platform serba baharu ini menawarkan sebuah CGM yang sangat berkuasa yang mudah untuk digunakan, menyediakan kepada pengguna kami data glukosa yang berwawasan pada satu skrin yang membantu mereka menghabiskan lebih sedikit masa menguruskan diabetes dan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang mereka suka. Dexcom G7 mengambil segala yang orang suka tentang G6 dan menjadikannya lebih baik.” Ciri-ciri baharu dengan Dexcom G7:- 60 peratus lebih kecil, semua-dalam-satu, peranti boleh pakai yang tidak menonjol¶, dibangunkan dengan kerjasama Verily
- Sensor pemanasan 30 minit, paling pantas daripada mana-mana CGM di pasaran*
- Tempoh tangguh 12 jam untuk menggantikan sensor yang telah siap bagi satu peralihan yang lebih lancar di antara sesi
- Aplikasi mudah alih yang direka bentuk semula dan dipermudahkan dengan penyepaduan Dexcom Clarity#,**
- Tetapan amaran yang lebih baik untuk budi bicara yang dipertingkatkan
- Reka bentuk semula penerima pilihan yang lebih kecil, dengan satu paparan yang lebih bertenaga, mudah untuk dibaca
- Terus ke Apple Watch (jangkaan keluaran perisian akan datang)
| | Ciri-ciri Dexcom G6 disertakan dengan Dexcom G7:- Tiada hujung jari†, pengimbasan atau penentukuran
- Bacaan glukosa masa nyata dihantar secara automatik ke sebuah peranti paparan yang serasi‡
- Ditunjukkan untuk dipakai di bahagian belakang lengan atas dan abdomen untuk umur 2 tahun dan ke atas atau bahagian atas punggung bagi umur 2-17 tahun
- Penyepaduan dengan ekosistem CGM bersambung terbesar di dunia
- Pemantauan jarak jauh, membolehkan pengguna untuk berkongsi data glukosa dengan sehingga 10 pengikut||
- Ketepatan dan prestasi⁴ Dexcom yang terbukti
|
Dexcom juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi pam insulin mereka untuk menyepadukan Dexcom G7 ke dalam sistem penghantaran insulin automatik semasa dan masa hadapan secepat yang mungkin. “Sepanjang 20 tahun yang lalu, Dexcom telah menjadi satu daripada peneraju dan perintis di dalam memajukan teknologi CGM masa nyata,” kata Profesor Partha S. Kar, OBE, penasihat kepakaran kebangsaan, Diabetes di NHS England dan perunding endokrinologi di Portsmouth Hospitals NHS Trust. “Dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan dan kesederhanaan tambahan, Dexcom G7 akan diharapkan menjadikan pengurusan diabetes lebih mudah bagi kedua-dua pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan mereka, sesuatu yang amat penting kerana kita melihat semakin banyak bukti manfaat bagi CGM di dalam populasi yang lebih luas bagi mereka yang menghidap diabetes.” Dexcom menjangka untuk memulakan satu pelancaran bagi Dexcom G7 di Eropah dalam beberapa minggu yang akan datang. Syarikat itu juga merancang untuk memperkenalkan satu algoritma CGM yang dikemas kini pada tahun 2022, sekali gus memacukan langkah seterusnya ke hadapan di dalam prestasi sensor CGM. Layari Dexcom.com dan mulakan dengan Dexcom G6 hari ini untuk merasai manfaat CGM sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dexcom G7 dan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang bila ia akan tersedia di Eropah, sila layari Dexcom.com/G7.Dexcom mengemukakan satu pemberitahuan pra-pasaran 510(k) yang komprehensif kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat untuk semakan kawal selia bagi Sistem CGM Dexcom G7 mengikut Kawalan Khas iCGM pada suku keempat 2021. ††Maklumat mengenai DexCom, Inc.Dexcom, Inc. memperkasakan orang ramai untuk mengawal diabetes melalui sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM) yang berinovatif. Beribu pejabat di San Diego, California, dan mempunyai operasi di seluruh Eropah, Dexcom telah muncul sebagai sebuah peneraju bagi teknologi penjagaan diabetes. Dengan peka kepada keperluan pengguna, penjaga dan pembekal, Dexcom memudahkan dan menambah baik pengurusan diabetes di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Dexcom CGM, sila layari www.dexcom.com. Kenyataan Peringatan Berkenaan Kenyataan Berpandangan Ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan yang bukan berbentuk sejarah semata-mata berhubung dengan hasrat, kepercayaan, jangkaan dan strategi Dexcom atau pengurusan mereka untuk masa depan, termasuk kenyataan berhubung masa bagi pelancaran G7 di Eropah, kemas kini kepada algoritma CGM mereka dan kesan kepada pengurusan diabetes. Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan sebab-sebab mengapa keputusan mungkin berbeza yang disertakan di dalam siaran akhbar ini dibuat pada tarikh siaran ini, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia pada masa ini kepada Dexcom, berurusan dengan peristiwa masa depan, adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian, termasuk risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan pembangunan, penyediaan dan potensi penyerahan bagi satu permohonan 510(k) kami pada masa hadapan untuk G7 kepada FDA Amerika Syarikat dan kemungkinan masa atau keputusan bagi semakan kawal selia bagi permohonan sedemikian, dan keputusan sebenar mungkin berbeza dari segi material daripada yang dijangkakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Risiko dan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material daripada jangkaan semasa Dexcom dijelaskan dengan lebih lengkap di dalam Laporan Suku Tahunan Dexcom pada Borang 10-Q untuk tempoh yang berakhir 30 September, 2021, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 28 Oktober, 2021. Kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, Dexcom tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut selepas tarikh laporan ini atau untuk menyesuaikan kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini dengan keputusan sebenar.*Dexcom G7 boleh melengkapkan pemanasan dalam masa 30 minit, manakala jenama CGM yang lain memerlukan sehingga satu jam atau lebih lama.†Jika makluman glukosa dan bacaan anda daripada Dexcom G7 tidak sepadan dengan simptom atau jangkaan, gunakan meter glukosa darah untuk membuat keputusan rawatan diabetes.‡Untuk melihat satu senarai peranti pintar yang serasi, sila layari dexcom.com/compatibility§Hasil yang diperolehi dengan satu Sistem CGM Dexcom generasi terdahulu.||Aplikasi Dexcom Follow yang berasingan dan sambungan internet diperlukan. Kesambungan Internet diperlukan untuk perkongsian data. Pengguna hendaklah sentiasa mengesahkan bacaan pada aplikasi atau penerima Dexcom G7 sebelum membuat keputusan rawatan.¶Berbanding dengan Sistem CGM Dexcom generasi terdahulu.#Pembekal penjagaan kesihatan boleh mendaftar untuk Dexcom Clarity di clarity.dexcom.com/professional/ registration.**Satu sambungan Internet diperlukan oleh pesakit untuk menghantar data glukosa mereka kepada Dexcom Clarity melalui sebuah peranti pintar yang serasi: dexcom.com/compatibility. Penyedia penjagaan kesihatan akan hanya dapat melihat data glukosa bagi seseorang pesakit jika pesakit itu memilih untuk berkongsi dengan mereka melalui Dexcom Clarity.††Menunggu kelulusan 510(k) – Tidak tersedia untuk dijual di Amerika Syarikat¹ Dexcom, data pada fail, 2021 ² Beck RW, et al. JAMA. 2017;317(4):371-378. ³ Welsh JB, et al. Diabetes Technol Ther. 2019;21(3):128-132. ⁴ Dexcom G7 Panduan Pengguna. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220309005998/en/ HubungiHubungan MediaJames McIntosh 619-884-2118 james.mcintosh@dexcom.comHubungan PelaburSean Christensen 858-203-6657 sean.christensen@dexcom.comSumber : DexCom, Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|