ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  JIFFY.AI KUMPUL $53 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PUSINGAN SIRI B

Tuesday 15/03/2022



Bertujuan untuk membuat terobosan yang lebih kuat di dalam ruang automasi perusahaan dengan platform automasi pintar yang berasaskan HyperApp

PALO ALTO, Calif. 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- JIFFY.ai, sebuah platform automasi pintar kod rendah/tanpa kod yang berasaskan kepada aplikasi yang memenangi anugerah, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan $53 juta sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri B mereka. Eight Roads Ventures, sebuah firma pelaburan global terkemuka yang disokong oleh Fidelity, mengetuai pusingan pelaburan ini, yang termasuk penyertaan daripada firma teroka Iron Pillar, R-Squared, dan pelabur sedia ada Nexus Venture Partners, Reaction Capital dan Rebright Partners.

JIFFY.ai merancang untuk menggunakan pembiayaan itu bagi meningkatkan usaha jualan dan pemasaran mereka, dan untuk memajukan platform HyperApp mereka, yang menggabungkan Automasi Proses Robotik (RPA), Pemprosesan Dokumen Pintar dan pengurusan aliran kerja tanpa kod dan penciptaan perisian.

“Pembiayaan ini akan memajukan misi kami untuk membantu membina perusahaan berautonomi bagi masa depan dengan menggunakan kecerdasan buatan dan automasi untuk mengubah operasi perusahaan,” kata Babu Sivadasan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif JIFFY.ai. “Kami memberi tumpuan kepada mengukuhkan platform automasi pintar kami yang akan membolehkan organisasi untuk mengarang, mengkonfigurasi, memantau dan mengekalkan diri mereka sebagai perusahaan berautonomi. Dengan menggunakan platform itu, mereka akan dapat mengumpulkan keupayaan perniagaan automatik yang boleh belajar dan menyesuaikan diri kepada keperluan yang berubah-ubah dengan sedikit atau tiada sumber tambahan dan perbelanjaan operasi. Pelaburan ini adalah pengesahan bagi kemajuan JIFFY.ai yang berterusan sebagai sebuah disruptor atau yang melakukan perubahan radikal di dalam industri melalui inovasi, di dalam ruang RPA dan tanpa kod.”

Platform gred perusahaan natif awan JIFFY.ai membawa kuasa bagi kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa semula jadi dan analitik kepada pengguna perniagaan. Ia memberi mereka kuasa untuk menyampaikan automasi proses perniagaan hujung ke hujung dan penyelesaian pengurusan kitaran hayat yang meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos OPEX dan memastikan pulangan pelaburan yang lebih pantas.

Peneraju termasuk Fortune Global 500 daripada pelbagai industri seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, media dan pengiklanan, pembuatan, telekomunikasi, kewangan & perakaunan, dan pelancongan menggunakan aliran kerja dan proses automatik yang sangat cekap yang dibina di atas platform itu.

Mengulas mengenai pelaburan itu, Shweta Bhatia, Rakan Kongsi & Ketua bagi Pelaburan Teknologi India, Eight Roads Ventures berkata: “Automasi bagi proses perniagaan itu telah menjadi satu tonggak penting bagi agenda transformasi digital bagi perusahaan, terutamanya selepas pandemik. Pendekatan JIFFY.ai yang dipacukan oleh AI untuk automasi adalah unik dengan satu penyelesaian bersepadu, modular dan pintar yang telah terbukti unggul bersama ROI yang lebih pantas dan lebih mapan. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Babu dan pasukan beliau di dalam misi mereka untuk membantu perusahaan meraih manfaat daripada automasi pada skala.”

Gartner meramalkan bahawa keperluan bagi hiperautomasi yang dipacu oleh perniagaan akan menjadi satu daripada tiga pemacu utama bagi penggunaan kod rendah sehingga tahun 2022. Mereka menganggarkan bahawa kod rendah akan bertanggungjawab untuk lebih daripada 65% aktiviti pembangunan aplikasi menjelang tahun 2024 dan tekanan untuk menyampaikan penyelesaian digital sebagai satu akibat daripada pandemik global telah mempercepatkan penggunaan ini.

“Transformasi digital, yang diterajui oleh teknologi kognitif, sedang mengalami satu anjakan paradigma di dalam dunia pasca-pandemik,” kata Sanjay Poonen, bekas Presiden bagi SAP dan Ketua Pegawai Operasi bagi VMware. “JIFFY.ai menawarkan satu rangkaian teknologi yang menarik, yang memberikan kuasa kepada transformasi digital dengan aplikasi bersepadu secara menegak. Mereka menggabungkan satu pengalaman pengguna akhir saluran pelbagai arah yang menarik dengan pejabat tengah dan belakang berautonomi, yang dikuasakan oleh AI.”

Pemimpin pemikiran, pengarang dan pempengaruh Automasi Pintar, Pascal Bornett berkata, “Menskalakan transformasi Automasi Pintar (IA) adalah holy grail yang disasarkan oleh kebanyakan syarikat di dunia. Menurut penyelidikan saya, gabungan keupayaan seperti kecerdasan buatan, automasi dan kod rendah ke dalam platform yang sama adalah satu aset penting untuk mencapai matlamat tersebut. Ia membolehkan automasi bagi kes-kes penggunaan yang paling kompleks sambil melibatkan dan memperkasakan kebanyakan orang di dalam syarikat itu. Tidak dinafikan bahawa JIFFY.ai sedang dalam perjalanan untuk merapatkan jurang itu di dalam pasaran, dan menjadi pemboleh utama bagi syarikat-syarikat untuk memanfaatkan faedah IA pada berskala.”

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, JIFFY.ai telah mengembangkan pangkalan pelanggan mereka dengan ketara merentasi geografi. Hampir semua inovator industri ini telah memberi keterangan bahawa automasi perusahaan telah membantu mereka untuk meningkatkan kecekapan berlipat kali ganda dan menjimatkan berjuta-juta dolar setiap tahun.

“Pasukan Iron Pillar itu gembira dan berbesar hati untuk melabur di dalam JIFFY.ai, dan menyertai sebuah pasukan yang luar biasa dan pelabur bersama dalam membantu membina peneraju dalam automasi proses perusahaan pintar generasi akan datang,” kata Mohanjit Jolly, Rakan Kongsi di Iron Pillar. “JIFFY.ai telah menggabungkan kemudahan bagi membina aliran kerja perusahaan dengan kuasa AI, ML, IDP dan teknologi teras yang lain untuk menyampaikan satu penyelesaian yang berkuasa dan komprehensif. Tidak menghairankan bahawa eksekutif kanan daripada pelanggan perusahaan JIFFY.ai telah melabur di dalam pusingan ini juga. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan JIFFY.ai untuk menjadi peneraju di dalam generasi seterusnya bagi aplikasi perusahaan berasaskan kod rendah/tanpa kod.”

“Platform automasi pintar JIFFY.ai yang dikuasakan oleh sebuah enjin pembangunan tanpa kod ditetapkan untuk mempercepatkan transformasi digital bagi perusahaan global,” kata Jishnu Bhattacharjee, Pengarah Urusan bagi Nexus Venture Partners. “Kami teruja untuk meneruskan perkongsian kami dengan Babu dan pasukan itu ke arah membina sebuah syarikat yang luar biasa.”

Walaupun JIFFY.ai percaya kepada kuasa memajukan aplikasi kognitif dan automasi, ia juga menyedari kesan sosial bagi teknologi disruptif tersebut. Syarikat itu bekerjasama dengan Yayasan Paanini untuk meningkatkan kemahiran dan memperkasakan individu bagi peluang kerjaya yang baru muncul yang memerlukan kerjasama manusia-mesin yang berinovatif, dan bertujuan untuk membina satu paradigma baharu bagi produktiviti.

Maklumat mengenai Eight Roads Ventures

Eight Roads Ventures adalah sebuah firma pelaburan global yang disokong oleh Fidelity. Eight Roads Ventures menguruskan aset bernilai $8 bilion di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, dengan tumpuan kepada teknologi, penjagaan kesihatan dan pengguna. Beberapa pelaburan teknologi global Eight Roads Ventures termasuk Appsflyer, Akulaku, Alibaba, Decibel Insight, Icertis, FarEye, Fireblocks, Kyligence, LeadIQ, MoEngage, Neo4J, Plaid, StashAway, Securonix, SaaSLabs, Whatfix, dan Yappli. Untuk maklumat lanjut: eightroads.com

Maklumat mengenai Iron Pillar

Iron Pillar adalah sebuah pelabur pertumbuhan usaha niaga yang mengkhususkan di dalam syarikat-syarikat teknologi peringkat pertengahan “Dibina dari India”. Ditubuhkan pada Januari 2016, Iron Pillar menyediakan modal pertumbuhan dan bantuan aktif di dalam pengembangan perniagaan global kepada syarikat dalam sektor perusahaan dan teknologi pengguna. Dana itu menyokong pasukan pengasas yang ingin mencipta syarikat-syarikat bernilai $1B+ yang dibina untuk bertahan. Maklumat tambahan mengenai Iron Pillar boleh didapati di https://ironpillarfund.com

Maklumat mengenai JIFFY.ai

Diasaskan dengan misi untuk mengubah secara radikal cara perusahaan mencapai autonomi dengan mengautomasikan proses perniagaan yang kompleks, platform automasi pintar JIFFY.ai memperkasakan pengguna perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan berinovasi dengan lebih pantas. Platform bersepadu itu menggunakan keupayaan kognitif bagi pembangunan perisian berasaskan tanpa kod, Pemprosesan Dokumen Pintar, Pemprosesan Bahasa Semulajadi, RPA, Pembelajaran Mesin dan AI bersama-sama dengan satu pendekatan menyeluruh manusia-dalam-gelung untuk memperkasakan aplikasi perusahaan generasi akan datang. Dibina pada platform ini, HyperApps (sebagai satu perkhidmatan) JIFFY.ai adalah aplikasi automasi prapakej yang boleh diperluaskan ke seluruh perusahaan untuk mempercepatkan automasi hujung ke hujung. Syarikat-syarikat Fortune Global 500, firma perunding Big4 dan peneraju global di dalam industri Perbankan & Perkhidmatan Kewangan, Media & Pengiklanan, Pembuatan, Telekomunikasi, Kewangan & Perakaunan dan Pelancongan telah menggunakan platform JIFFY.ai untuk mencapai kecemerlangan operasi, meningkatkan pengalaman pelanggan dan merealisasikan nilai sebenar bagi transformasi digital. Terokai lebih lanjut di www.jiffy.ai.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220218005228/en/

Hubungi

Justin Goldstein
Press Record Communications
516-578-8623

Biju Chandran
JIFFY.ai
+91 70222 87097

Sumber : JIFFY.ai

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.