ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  POLONIEX MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN YAYASAN FANTOM UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM MEREKA

Wednesday 16/03/2022



Table
 
Poloniex menjalin satu kerjasama strategik dengan Yayasan Fantom. (Grafik: Business Wire)


BANDAR RAYA PANAMA, 16 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Poloniex, sebuah pertukaran mata wang kripto global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin satu kerjasama strategik dengan Yayasan Fantom untuk menyokong pembangunan ekosistem mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220311005035/en/ 

Poloniex akan mencurahkan lebih banyak sumber ke dalam projek-projek yang berkualiti yang dibina pada Fantom, yang termasuk menyediakan sokongan penyenaraian dan promosi, menganjurkan kempen eksklusif dan berkongsi pengetahuan teknikal.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Fantom, dan berhasrat untuk membantu lebih banyak pembangun merealisasikan potensi mereka,” kata Shaun Scovil, Pengurus Besar Poloniex. “Poloniex komited untuk menyumbang kepada pembangunan industri itu. Kami berharap untuk berkembang bersama-sama dengan projek-projek yang mempunyai masa depan, serta memacukan inovasi dan aplikasi bagi teknologi blok rantai.”

Sejak pelancaran mereka, Fantom telah mendapat perhatian arus utama yang meluas di dalam industri itu dan menarik banyak pembangun dan projek disebabkan oleh kelajuan, keselamatan, kebolehpercayaan dan keserasian mereka yang tiada tandingan. Menurut laman web mereka, hampir 150 projek telah ditempatkan pada rantaian itu, menjadikan Fantom sebagai satu daripada platform yang paling aktif dan satu daripada lima ekosistem utama yang terbesar dari segi jumlah nilai terkunci.

“Saya teruja untuk melihat Poloniex menjadi sebuah pemain utama di dalam ekosistem kita, dan saya percaya sokongan mereka akan memberi inspirasi kepada lebih banyak projek yang berinovatif,” kata Michael Kong, Ketua Pegawai Eksekutif Fantom. “Kami juga mengalu-alukan lebih banyak projek untuk disertai, dan saya percaya mereka akan mendapati Fantom adalah sebuah platform pintar yang pantas, kos rendah dan selamat yang boleh digunakan oleh pembangun Ethereum dengan mudah.”

Untuk meraikan kerjasama itu, Poloniex melancarkan Karnival Eko Fantom, satu siri kempen selama satu bulan yang akan memberi ganjaran kepada pengguna.Butiran: https://poloniex.com.

Maklumat mengenai Poloniex

Poloniex telah diasaskan pada Januari 2014 sebagai sebuah platform perdagangan mata wang kripto global. Dengan platform perdagangan dan keselamatan mereka yang bertaraf dunia, ia telah menerima pembiayaan pada 2019 daripada pelabur-pelabur terkenal.

Poloniex menyokong kontrak kekal, dagangan spot dan margin serta token berleveraj, dan perkhidmatan mereka menjangkau kepada pengguna global di hampir 100 buah negara dan wilayah dengan pelbagai bahasa tersedia, termasuk bahasa Inggeris, Turki dan Rusia.

Laman webhttps://poloniex.com

Maklumat mengenai Fantom

Fantom adalah sebuah platform kontrak pintar berprestasi tinggi, berskala dan selamat. Ia direka untuk mengatasi batasan bagi platform blok rantai generasi sebelumnya. Fantom adalah permissionless iaitu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada jenis sistem blok rantai di mana sesiapa sahaja boleh menyertai dan berinteraksi dengan rangkaian itu, tidak berpusat dan sumber terbuka.

Protokol konsensus aBFT Fantom memberikan kelajuan, keselamatan dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan. Nikmati urus niaga yang pantas, yuran rendah dan suatu persekitaran pembangunan yang intuitif.

Laman web: https://fantom.foundation

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220311005035/en/ 

Hubungi

Media
Rachel Huo
rachel.huo@poloniex.com

Sumber : Poloniex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.