ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  UMW MENERUSKAN USAHA PENANAMAN POKOK DENGAN MENGADAKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA UMW TOYOTA MOTOR

Wednesday 16/03/2022



Table
Program penanaman pokok bakau bersama En. Akio Takeyama (ketiga dari kiri) and En. Zailani Ali (keempat dari kiri).

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan ke arah mengekalkan kelestarian alam sekitar, UMW Holdings Berhad (“UMW”) bersama anak syarikatnya, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (“UMWT”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan program penanaman pokok di Taman Alam Kuala Selangor.
 
Program setengah hari itu diketuai oleh Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMWT Ketika itu dan Zailani Ali, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UMW.
 
Taman Alam Kuala Selangor yang berkeluasan sebanyak 296 hektar itu terdiri daripada hutan paya bakau, dataran pasang surut dan habitat hutan sekunder serta tempat perlindungan bagi spesies burung dan haiwan lain.  Di dalam hutan paya bakau itu, terdapat empat spesis bakau yang berbeza dan 13 jenis pokok bakau kesemuanya.  Kawasan pokok bakau dan dataran pasang surut ini merupakan sebahagian daripada kepelbagaian ekosistem yang mengitar semula nutrien dan menyediakan perlindungan terhadap tanah daripada terhakis.
 
Dengan keadaan pokok bakau yang semakin berkurangan di negara ini, usaha pemuliharaan ekosistem hutan paya bakau ini perlu disegerakan kerana ianya memainkan peranan yang penting bagi kestabilan ekosistem kawasan pantai dan kepelbagaian biologi serta sumber makanan hidupan.  Dengan matlamat untuk memulihkan tapak pokok bakau yang bernilai di kawasan itu, program tersebut dijayakan oleh 50 orang sukarelawan, terdiri daripada pekerja daripada kedua-dua organisasi yang telah menanam hampir 600 anak pokok Bakau minyak atau spesies Rhizophora Apiculata.  Kedua-dua UMW dan UMWT meneruskan usaha untuk menangani perubahan iklim dan menyumbang kepada usaha kami ke arah karbon sifar, dan penanaman pokok adalah salah satu usaha ke arah mencapai matlamat ini.  Sehingga 2021, hampir 35,000 pokok telah ditanam oleh Kumpulan UMW sejak inisiatif penanaman pokok digiatkan beberapa tahun lalu dan separuh daripadanya terdiri daripada pokok bakau.
 
“Mempergiatkan aktiviti penanaman pokok merupakan antara salah satu inisiatif Kumpulan UMW untuk menangani pelepasan gas rumah hijau (“GHG”).  Oleh itu, kami ingin mempercepat dan meningkatkan usaha penanaman pokok ini pada masa yang akan datang, dengan kerjasama daripada UMWT dan Perodua.  Selain itu juga, kami merancang untuk memperluaskan kerjasama kami untuk melibatkan agensi kerajaan dan negeri serta badan bukan kerajaan bagi memastikan kejayaan dan kemampanan terhadap usaha kami.  UMW komited dengan sasaran neutraliti karbon sifar menjelang 2050 seperti yang terkandung dalam rangka kerja transformasi strategik CREST@2021 Kumpulan. 

Asas kelestarian Kumpulan UMW memberikan penekanan yang kuat terhadap kelestarian alam sekitar untuk menangani kebimbangan terhadap perubahan iklim,” kata Zailani Ali.
 
“UMW Toyota Motor sangat mementingkan alam sekitar.  Sebagai pengeluar kenderaan yang beroperasi selama lebih daripada 52 tahun di Malaysia, kami ingin membuat perubahan agar semua rakyat Malaysia dapat memiliki masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan.  Toyota berhasrat untuk bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon dan kesan negatif lain kepada sifar, tetapi juga untuk mengatasinya.  Kami ingin menyumbang kepada alam sekitar dengan menyampaikan "mobiliti kepada semua" dan memberikan kebahagiaan kepada semua melalui komitmen kami ke arah 'Masyarakat Bersih, Selamat dan Terjamin," kata Ravindran K, Presiden, UMW Toyota Motor. 

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

SUMBER: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: S Vikneshwaaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Emel: vikneshwaran.s@umw.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.