ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SEMINAR PUASA DAN KESIHATAN: MAQASID PUASA DAN TAHAP KESIHATAN YANG BAIK DALAM MENCARI KETAKWAAN

Wednesday 16/03/2022



KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Hospital Pakar Al-Islam telah menganjurkan Seminar Puasa dan Kesihatan 2022 pada 16 Mac 2022, bertempat di Dewan Besar IKIM. Seminar ini membawa tema “Maqasid Puasa dan Tahap Kesihatan Yang Baik Dalam Mencari Ketakwaan.” Objektif seminar ini dilaksanakan untuk memberi penerangan berkaitan Maqasid Puasa di dalam menghadapi Madrasah Ramadan tahun ini, menyemarakkan sambutan Ramadan dalam kalangan masyarakat dan memberi garis panduan bagi pesakit dan persedian untuk berpuasa dalam usaha mencapai kecemerlangan beribadah.
 
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Seminar ini mengupas pelbagai isu berkaitan kesihatan ketika berpuasa seperti COVID-19, penyakit diabetes, penyakit jantung, wanita mengandung, penyakit asma, dan pesakit barah. Isu-isu kesihatan seperti ini telah dikupas oleh pakar dan perunding kesihatan yang terkemuka seperti:
 
Dr Ishak Mas’ud, Pakar Gastroenterologi merangkap Pengarah Hospital Pakar Al-Islam; Prof Dr Norlaila Mustafa, Pakar Endokrinologi merangkap Ketua Jabatan Perubatan, UKM; Dr Mohd Daud Sulaiman, Pakar Kardiologi, KPJ Damansara Specialist Hospital; Dr Norlida Khairon, Pakar Sakit Puan, Hospital Pakar Al-Islam; Dr. Wan Asyraf Wan Zaidi, Pakar Neurologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM; Dato Dr Zainuddin Md Zain, Pakar Respiratori, KPJ Damansara Specialist Hospital; Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pakar Bedah Hepatobilari merangkap Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM; Datuk Dr. Ghazali Ahmad, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Pakar Al-Islam dan Prof Dato’ Dr Fuad Ismail, Pakar Onkologi dan Radioterapi, HCTM, UKM.
 
Memandangkan negara kita masih dalam tahap pandemik COVID-19, seminar ini dilaksanakan secara hybrid iaitu secara fizikal dan maya. Seramai 40 orang peserta yang diundang khas untuk sesi secara fizikal di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Manakala bagi orang awam, mereka mengikuti program ini secara langsung melalui medium Zoom dan Laman Rasmi Facebook IKIM.
 
Diharapkan seminar ini akan menjadi pencetus kepada kesungguhan masyarakat untuk benar-benar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan terbaik dalam usaha mencari ketaqwaan dan seterusnya menjadikan Islam sebagai satu cara hidup secara menyeluruh.
  
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
16 MAC 2022

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel : 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.