ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ZYNGA DAN STARLARK MERAIKAN ULANG TAHUN KEEMPAT GOLF RIVAL

Friday 18/03/2022



Table

Ulang tahun ke-4 (Grafik: Business Wire)

Permainan Golf Mudah Alih Kedua Terbesar di Dunia Meraikan Peristiwa Penting Sambil Menjemput Pemain untuk Mendapatkan Pautan dalam Acara Dalam Permainan Ulang Tahun yang Baharu

SAN FRANCISCO, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, StarLark, sebuah anak syarikat Zynga Inc., mengumumkan bahawa ia meraikan ulang tahun keempat bagi permainan golf mudah alih mereka yang popular yang bertemakan fantasi, Golf Rival, dengan pelbagai acara dalam permainan yang akan datang untuk pemain. Untuk meraikan pertumbuhan menarik bagi tajuk itu, StarLark berkongsi pencapaian penting sepanjang empat tahun lalu sambil ia melihat ke masa hadapan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220317005196/en/

Peristiwa Penting Ulang Tahun Empat tahun

Golf Rival menyediakan kepada peminat golf mudah alih di seluruh dunia dengan pertandingan pemain lawan pemain (PvP) yang dipenuhi dengan adrenalina yang mempunyai pelbagai detik yang mengasyikkan seperti pukulan dunk jarak jauh dan pukulan helah. Sejak ia dilancarkan pada 2018, permainan itu telah mencapai kejayaan berikut:
 
· Lebih 30 Juta Muat Turun Permainan setakat ini: Dan masih berkembang!
· 5 Juta Perlawanan dalam Tempoh Satu Hari: Satu peristiwa penting baharu dicapai pada 2021
· Mereka bentuk Lebih 250 Padang Golf yang Cantik: Setiap padang golf menampilkan pemandangan yang menakjubkan dan strategi pukulan yang menyeronokkan yang ditetapkan di lebih 26 lokasi yang bertema di seluruh dunia
· Lebih 250 Bola Istimewa: Bola-bola istimewa memberikan pemain satu lagi lapisan strategi untuk pelbagai keadaan padang golf
· Acara Langsung yang Berterusan: Kandungan yang segar memastikan pemain terlibat dengan lebih 150 Cabaran, 125 Kejohanan dan 35 musim Alam dikongsi setakat ini
· Lebih 17 Juta Pukulan Terus ke Lubang: Memberikan pemain berjuta-juta alasan untuk meraikannya
 
“Kami percaya Golf Rival telah mencapai keseronokan dengan pemain kerana ia menarik minat peminat golf dan pemain kasual dengan satu pengalaman golf yang kompetitif, namun didorong oleh fantasi,” kata Henry You, Pengasas dan Pengurus Besar StarLark. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain kami di atas kejayaan yang telah kami capai sepanjang empat tahun yang lalu dan berharap untuk menambahkan lagi keseronokan kepada permainan itu melalui kandungan baharu yang dinamik yang dicipta oleh pasukan kami.”

Acara-acara dalam permainan sempena ulang tahun

Satu acara ulang tahun Golf Rival diadakan setiap tahun di Isle of Goff yang purba, sebuah pulau syurga yang direka di dalam dunia Golf Rival di mana pesaing utama datang untuk bermain. Pada musim bunga ini, pemain akan bersaing dalam dua acara yang diadakan di sebuah kawasan di pulau yang sebelum ini tersembunyi oleh awan – Padang Golf Cloud Sea baharu yang hebat dan agung yang menghadap ke lautan.

· Cabaran Sky Walker: satu cabaran PvP 12 pusingan pada padang golf Cloud Sea yang akan berlangsung selama dua hujung minggu (25-28 Mac dan 2-4 April 2022). Pemain yang melengkapkan cabaran itu akan diberikan ganjaran hadiah muktamad yang mengandungi pelbagai syiling, permata, kad kelab, bola golf dan kelab legenda.
 
· Kejohanan Cloud Nine: Bagi pemain yang lebih suka satu cabaran solo, Cloud Sea juga akan dibuka untuk satu acara kendiri 18 lubang (26-28 Mac, 28-30 Mac dan 1-4 April, 2022). Dalam pertandingan itu, pemain golf boleh cuba menguasai padang golf itu untuk mencapai rekod baharu terbaik peribadi dan memperoleh hadiah istimewa.
 
“Saya sentiasa kagum dengan semangat dan dedikasi yang dibawa oleh pasukan Golf Rival pada setiap hari,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Eksekutif, Sukan di Zynga. “Mereka secara berterusan melibatkan pemain golf mudah alih di seluruh dunia dengan mencipta pengalaman golf fantasi terunggul yang secara konsisten meningkatkan tahap kualiti dan mengejutkan serta menggembirakan pemain kami dengan setiap kandungan baharu.”

Untuk maklumat tambahan tentang perkara ini dan acara dalam permainan yang akan datang, sila layari Golf Rival di Facebook.

Nota editor:

Untuk seni utama dan aset penyiaran, klik di sini.

Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai sebuah portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, FarmVille™, Golf Rival™, Hair ChallengeHarry Potter: Puzzles & Spells™, High Heels!Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220317005196/en/

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Jenny Taylor
jetaylor@zynga.com
(310) 849-0648

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.