ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  AMERICAN EXPRESS TRAVEL: LAPORAN TREND PERJALANAN GLOBAL 2022 MENUNJUKKAN ORANG RAMAI BERSEDIA DAN BERSEMANGAT UNTUK MENGEMBARA DAN MENEMPAH PERJALANAN DENGAN LEBIH TUJUAN DARIPADA SEBELUMNYA

Tuesday 22/03/2022



· Pengguna kini mengembara untuk melihat orang dan tempat yang mereka suka, meraikan peristiwa penting dalam kehidupan, memulakan perjalanan dalam senarai hajat, mengalami acara dengan kehadiran peribadi dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan penjagaan diri yang lebih baik
· 86% responden merancang untuk membelanjakan lebih atau sama untuk perjalanan pada 2022 berbanding dengan satu tahun¹ yang biasa sebelum pandemik

NEW YORK, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- American Express (NYSE:AXP) telah mengeluarkan American Express Travel: Laporan¹ Trend Perjalanan Global 2022 hari ini, yang menunjukkan orang ramai tidak sabar untuk mengadakan lebih banyak perjalanan berbanding tahun lepas dan merancang untuk membelanjakan lebih atau sama pada perjalanan pada 2022 berbanding pada satu tahun yang biasa sebelum pandemik. Laporan itu, yang didasarkan kepada data dari Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Mexico, Jepun, India dan United Kingdom, mendedahkan pengguna mengembara untuk melihat orang dan tempat yang mereka suka, meraikan peristiwa penting dalam kehidupan, memulakan perjalanan pada senarai hajat, mengalami acara dengan kehadiran peribadi, dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan penjagaan diri yang lebih baik. Pada suku tahun keempat 2021, tempahan Ahli Kad global yang dibuat melalui American Express Travel meningkat 24% berbanding pada 2019 dan terus bertambah kukuh pada 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220321005163/en/ 

“Pandemik itu telah membuatkan kita semua, termasuk pengembara, menilai perkara yang benar-benar penting,” kata Audrey Hendley, Presiden bagi American Express Travel. “Laporan Trend Perjalanan Global itu menunjukkan bahawa pelancong menebus masa yang hilang dan memikirkan dengan siapa mereka akan mengembara, tempat yang mereka lawati, jenama yang mereka sokong dan cara mereka membelanjakan wang mereka ketika industri pelancongan bergerak ke hadapan.”

Pandangan utama daripada American Express Travel: Laporan¹ Trend Perjalanan Global 20221 termasuk:

· Dunia sudah bersedia untuk mengembara: 74% daripada responden bersetuju bahawa mereka bersedia untuk menempah perjalanan bagi 2022 walaupun mereka mungkin terpaksa membatalkan atau mengubahnya kemudian¹. Ini meningkat daripada 56% pada tahun lepas².
· Perbelanjaan untuk perjalanan mengatasi tahap sebelum pandemik: 86% pengguna menjangkakan untuk membelanjakan lebih atau sama bagi perjalanan pada tahun 2022 berbanding dengan satu tahun¹ yang biasa sebelum pandemik.
· Pelancong ingin mengembara dengan lebih kerap: 62% daripada responden merancang untuk mengambil 2-4 perjalanan pada 2022 dan 76% daripada responden bersetuju bahawa mereka merancang untuk mengembara lebih banyak bersama keluarga pada 2022 berbanding yang mereka lakukan pada 2021.
· Pelancong sedang mencari jenama yang mengutamakan sokongan kepada komuniti tempatan: 81% daripada responden ingin melawat destinasi di mana mereka boleh menyelami budaya tempatan dan mahu wang yang mereka belanjakan semasa dalam perjalanan untuk dikembalikan kepada masyarakat setempat.
· Destinasi impian menjadi satu realiti: 55% responden ingin menempah percutian sekali seumur hidup pada tahun ini; terutama di kalangan golongan Milenium (67%) dan Generasi Z (65%).
· Ketika hiburan kembali, begitu juga perjalanan yang berkaitan dengan acara bersemuka: 56% responden menyatakan mereka menangguhkan perjalanan untuk acara-acara utama hiburan pada tahun lepas tetapi mempunyai rancangan untuk kembali ke acara seperti ini pada tahun ini.
 
Ketika momentum perjalanan terus berkembang, American Express Travel  menawarkan akses dan nilai yang eksklusif, program dan faedah yang unik, dan akses kepada kepakaran perjalanan terbaik dalam kelasnya melalui Perunding American Express Travel yang menyokong Ahli Kad dengan sebarang jenis perjalanan.

American Express Travel: Laporan Trend Perjalanan Global 2022 yang lengkap boleh didapati di sini.

Metodologi Tinjauan¹: Tinjauan dalam talian Amex Trendex ini telah dijalankan oleh Morning Consult di antara 3-11 Februari, 2022 di antara satu sampel kebangsaan terdiri daripada 2,000 pengembara Amerika Syarikat dan 1,000 pengembara di Australia, Kanada, India, Jepun, Mexico, United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang mempunyai pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya $70K dan ditakrifkan sebagai orang dewasa yang biasanya mengadakan perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya sekali setahun. Hasil daripada tinjauan bagi setiap pasaran mempunyai margin ralat tambah atau tolak 3 mata peratusan.

Metodologi Tinjauan²: Tinjauan dalam talian Amex Trendex ini telah dijalankan oleh Morning Consult di antara 15-24 Januari 2021 di antara satu sampel kebangsaan terdiri daripada 1,000 pengembara di Australia, Kanada, India, Jepun, Mexico dan United Kingdom, dan 2,000 di Amerika Syarikat. Pendapatan isi rumah (HHI) lebih AS$70k yang setara di Australia, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat, HHI lebih $50k yang setara di Mexico, dan pendapatan isi rumah lebih $20k USD yang setara di India. Pengembara ditakrifkan sebagai orang dewasa yang mengadakan perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya sekali pada tahun 2019. Hasil keputusan mempunyai margin ralat tambah atau tolak 2 mata peratusan di Amerika Syarikat; tambah atau tolak 3 mata peratusan di negara lain.

MAKLUMAT MENGENAI AMERICAN EXPRESS

American Express adalah sebuah syarikat pembayaran bersepadu global, yang menyediakan kepada pelanggan dengan akses kepada produk, pandangan dan pengalaman yang memperkayakan kehidupan dan membina kejayaan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di americanexpress.com dan berhubungan dengan kami di facebook.com/americanexpressinstagram.com/americanexpress
linkedin.com/company/american-expresstwitter.com/americanexpress, dan youtube.com/americanexpress.

Pautan utama kepada maklumat produk, perkhidmatan dan tanggungjawab korporat: kad peribadikad perniagaanperkhidmatan perjalanankad hadiahkad prabayarperkhidmatan saudagarAccertify, KabbageResykad korporat, perjalanan perniagaan
kepelbagaian dan rangkumantanggungjawab korporat dan laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

Lokasi: Global

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220321005163/en/ 

Hubungi

AMERICAN EXPRESS
Ali Pearce
Ali.Pearce@aexp.com

Sumber : American Express

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.