Siri CD8 KIOXIA Baharu Meningkatkan Prestasi sebanyak kira-kira 14% berbanding SSD generasi sebelumnya
TOKYO, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Vendor pertama yang menawarkan sebuah pemacu yang direka bentuk dengan teknologi
[¹] antara muka PCIe® 5.0, Kioxia Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah membina di atas pencapaian ini dengan memperkenalkan SSD generasi ke-2 mereka. Pusat data Siri CD8 KIOXIA baharu syarikat itu NVMe™ SSD (“Siri CD8”) dioptimumkan untuk pusat data hiperskala dan beban kerja yang dilekatkan pada pelayan perusahaan, dan menggunakan teknologi antara muka PCIe 5.0, yang menggandakan lebar jalur ke atas PCIe 4.0 daripada 16 giga pemindahan sesaat (GT/s) kepada 32GT/s. Siri CD8 itu kini tersedia untuk penilaian pelanggan.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220322005623/en/ Didasarkan kepada teknologi ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ generasi ke-5 Kioxia, Siri CD8 itu menggunakan satu pengawal dan perisian tegar proprietari Kioxia, yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan, dan ditempatkan dalam faktor bentuk ketinggian Z 15mm, 2.5-inci
[²]. Pemacu baharu ini direka bentuk untuk spesifikasi PCIe 5.0, Projek Open Compute (OCP) Pusat Data NVMe SSD 2.0 dan NVMe 1.4, dan sangat sesuai untuk aplikasi dan penggunaan kes yang termasuk pengkomputeran berprestasi tinggi, kecerdasan buatan, lapisan pengagregatan, perdagangan kewangan dan analisis.
Ciri-ciri tambahan termasuk:
· Model ketahanan 1DWPD (Pacu Tulis Sehari) intensif membaca yang disasarkan untuk beban kerja hiperskala dan tertumpu pelayan, dalam kapasiti daripada 960GB sehingga 15.36TB
· Model sasaran ketahanan 3DWPD guna campuran tersedia, dalam kapasiti dari 800GB sehingga 12.8TB
· Menyampaikan sehingga 1.25M IOPS bacaan rawak dan 7.2GB/s pemprosesan bacaan berurutan, satu peningkatan kira-kira 14% berbanding versi
[³] generasi sebelumnya
· Pilihan keselamatan termasuk sanitasi padam segera (SIE) dan pemacu tersulit sendiri (SED)
[⁴]Nota
[¹] Siri CD7 E3.S KIOXIA, setakat 9 November, 2021. Tinjauan Kioxia.
[²] “2.5-inci” menunjukkan faktor bentuk bagi SSD itu. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal bagi pemacu itu.
[³] Perbandingan model 1DWPD dengan Siri CD7 KIOXIA generasi sebelumnya.
[⁴] Ketersediaan bagi pilihan keselamatan/penyulitan mungkin berbeza mengikut rantau.
*Sampel pemacu adalah untuk tujuan penilaian. Spesifikasi bagi pemacu sampel mungkin berbeza daripada model pemacu pengeluaran.
*Definisi bagi kapasiti: Kioxia mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1Gb = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan dengan itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang lebih kecil. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berubah mengikut saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
*Kelajuan membaca dan menulis ialah nilai terbaik yang diperoleh di dalam sebuah persekitaran ujian khusus di Kioxia Corporation dan Kioxia Corporation tidak menjamin kelajuan membaca atau menulis dalam peranti individu. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza bergantung pada peranti yang digunakan dan saiz fail yang dibaca atau ditulis.
*PCIe adalah satu tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
*NVMe adalah satu tanda berdaftar atau tidak berdaftar bagi NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan bagi ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220322005623/en/ HubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia CorporationTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA