ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY INC. MENYAMBUT HARI HUTAN ANTARABANGSA DAN HARI POKOK SEDUNIA DENGAN LAPORAN YANG MEMPERINCIKAN PERKONGSIAN BERIMPAK DENGAN YAYASAN ARBOR DAY

Wednesday 23/03/2022



Table
Logo Mary Kay (Grafik: Mary Kay Inc.)
 
Sehingga kini, jenama itu telah menanam lebih daripada 1.2 juta pokok di seluruh dunia

DALLAS, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Benda baik lazimnya datang dari pokok. Selepas Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Pokok Sedunia, Mary Kay Inc., sebuah peneraju dunia di dalam pengawasan dan kelestarian korporat, telah mengeluarkan satu laporan yang memperincikan perkongsian sejak dahulu lagi dengan Yayasan Arbor Day. Bersama-sama, Mary Kay Inc. dan Yayasan Arbor Day telah menanam lebih 1.2 juta pokok di seluruh dunia, yang memberikan kesan yang boleh diukur kepada perubahan iklim, pelepasan CO2 dan penghutanan semula.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20220321005134/en/ 

“Di peringkat global, kira-kira 18 juta ekar pokok lesap setiap tahun,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Kepada kebakaran hutan yang marak, serangga, penyakit, perubahan iklim dan banyak lagi, keperluan untuk penghutanan semula adalah sangat penting. Mary Kay mempunyai kehadiran di pasaran di seluruh dunia—oleh itu kami harus melakukan sesuatu yang kami mampu untuk melindunginya. Perkongsian kami dengan Yayasan Arbor Day membolehkan kami untuk menyediakan satu masa depan yang lebih mapan untuk generasi akan datang.” 

Laporan pokok terbaharu Mary Kay, yang boleh didapati pada pautan di bawah pada MaryKayGlobal.com, memperincikan tiga faedah kumulatif kepada menanam pokok melalui usaha yang telah disiapkan oleh perkongsian itu setakat ini.
  • Karbon: Menanam, melindungi dan menguruskan pokok menyerap karbon. Apabila pokok tumbuh, karbon dikeluarkan dari atmosfera ke dalam batang, akar, dan dahan pokok.
        o CO2 Diasingkan mengikut Tan Metrik Sehingga Kini: 1,018,021
  • Air: Pokok dan hutan memainkan satu peranan penting di dalam kualiti dan kuantiti air. Pokok dan hutan yang sihat mengurangkan hakisan tanah, menapis air hujan dan pengairan pertanian, meningkatkan penyusupan curahan hujan dan mengurangkan air larian permukaan
       o Larian Air Terhindar mengikut Gelen: 81,902,445 (bersamaan dengan 930,710 orang dengan air bersih)
  • Udara: Pokok menghasilkan oksigen yang kita hirup. Selain itu, pokok menyingkirkan pencemaran udara dengan menurunkan suhu udara, dengan melepaskan air ke atmosfera, dan dengan menapis zarah.
       o Pencemaran Udara yang Dibuang mengikut tan: 4,236 

Pada tahun 2021, Mary Kay Inc. telah menyiapkan enam projek utama penanaman pokok dengan kerjasama Yayasan Arbor Day. Ini termasuk:

· 7,000 pokok dalam Projek Pemulihan Kebakaran Orang Asli Brazil
· 26,496 pokok di Lembah Sungai Mississippi
· 49,004 pokok di Pangkalan Tentera Udara Tyndall Florida
· 7,500 pokok di Wilayah Gansu China dan Hutan Inner Mongolia
· 5,000 pokok di Cajamarca dan Amazonia, Peru
· 5,000 pokok di Hutan Pemulihan Serangga Jerman.

Pada tahun 2022, Mary Kay merancang untuk menanam pokok di China, Brazil, Madagascar dan Florida.

Selain perkongsian mereka dengan Yayasan Arbor Day, Mary Kay berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk Forest of Hope, sebuah perjalanan dokumentari yang menyerlahkan perjuangan untuk menyelamatkan planet kita daripada ancaman perubahan iklim dan tingkah laku yang memusnahkan oleh manusia. Dengan kerjasama Media One dan Nature Conversancy, Mary Kay telah melawat Monterrey, Mexico, untuk memberi penerangan tentang satu kumpulan usahawan wanita yang memberi tumpuan kepada memulihkan satu spesies pokok dan ekosistem tempatan. Filem itu dilancarkan pada tahun 2021 dan dijadualkan ditayangkan pada festival filem yang akan datang.

Untuk melihat laporan penuh Mary Kay Inc. / Yayasan Arbor Day,  klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay Inc.

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220321005134/en/ 

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com 

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.