ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  FASTLY SATU-SATUNYA VENDOR YANG DINAMAKAN PILIHAN PELANGGAN GARTNER PEER INSIGHTS™ UNTUK APLIKASI WEB DAN PERLINDUNGAN API UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

Thursday 24/03/2022



Penarafan paling tinggi di kalangan pelanggan yang telah membeli, melaksanakan dan menggunakan sebuah WAF, dengan purata penarafan 4.9 daripada 5 bintang

SAN FRANCISCO, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), hari ini mengumumkan bahawa telah ia dinamakan sebagai sebuah Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights untuk Aplikasi Web dan Perlindungan API (WAAP) Mac 2022 bagi tahun keempat berturut-turut. Dalam satu ulasan yang dilengkapkan dan disahkan oleh pelanggan perusahaan, Fastly Next-Gen WAF telah diiktiraf sebagai satu daripada penyelesaian Tembok Keselamatan Aplikasi Web yang dinilai paling tinggi di kalangan pelanggan yang telah membeli, melaksanakan dan menggunakan sebuah WAF. Diambil daripada satu set ulasan agregat, profesional IT perusahaan memberikan Fastly Next-Gen WAF (yang dikuasakan oleh Signal Sciences) purata 4.9 daripada 5.0 bintang – satu penarafan keseluruhan yang luar biasa di dalam pasaran WAAP pada Gartner Peer Insights.

Dengan penarafan keseluruhan yang paling tinggi (mengikut laporan Gartner Peer Insights “Suara Pelanggan” untuk Aplikasi Web dan Perlindungan API Mac 2022)¹, Fastly menerima ulasan Gartner Peer Insights yang cemerlang yang menyumbang kepada pengiktirafan syarikat itu, termasuk:

“Fastly dan pasukan mereka yang terdiri daripada pakar keselamatan benar-benar mengetahui apa yang dimaksudkan untuk memastikan syarikat selamat daripada penggodam. Pengalaman pelanggan setakat ini adalah terbaik dan sokongan tambahan diberi penarafan lima bintang. Saya 100% mengesyorkan mana-mana syarikat menyertai kumpulan Fastly jika anda mahu memastikan data pelanggan anda selamat.” - Jurutera Keselamatan Aplikasi, Media & Industri Penerbitan
“Penggunaan Next-Gen WAF telah membolehkan kami untuk mengenal pasti serangan SEO-negatif dan menetapkan peraturan untuk pada dasarnya menutup tapak yang memuat kandungan panas tanpa kebenaran kami. Kami juga telah dapat menjejak dan menggugurkan trafik dari tapak yang dikenal pasti sebagai tapak ‘berkelakuan buruk’ berdasarkan kepada landskap ancaman yang dikenal pasti oleh Fastly/Signal Sciences. Satu penyelesaian untuk kerentanan Apache Log4j telah tersedia pada hari kerentanan itu didedahkan kepada umum dan adalah mudah untuk dilaksanakan.” Ketua Pegawai Teknologi, Industri Runcit
• “Kami menggunakan Fastly Next-Gen WAF untuk satu daripada aplikasi web kami. Disebabkan oleh sifat perkhidmatan ini, kami mengalami banyak trafik yang buruk dan pelaku yang buruk. Selepas melaksanakan Fastly Next-Gen WAF kami berupaya untuk memantau, mengukur dan membina peraturan yang komprehensif untuk menyekat semua jenis serangan.: - Ketua Arkitek, Perkhidmatan IT
• “Fastly next-gen WAF menawarkan pelbagai pilihan penggunaan yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan masa hadapan kami. Kami tidak pernah mengalami masa henti menggunakan peralatan tersebut dan ia membolehkan kami untuk mendapatkan aplikasi dan API kami dalam masa yang singkat. Pasukan jualan dan jurutera teknikal mereka telah membantu sepanjang keseluruhan proses pembelian dan pembaharuan kami. Sokongan padu dan produk yang didokumenkan dengan baik memudahkan untuk mencari jawapan kepada sebarang masalah.” - Jurutera Kanan Keselamatan, Industri Keselamatan dan Pelaburan

“Satu pengalaman digital moden memerlukan satu pendekatan moden tentang cara kami membina, menyampai dan melindungi seni bina asas,” kata Joshua Bixby, Ketua Pegawai Eksekutif, Fastly. “Perusahaan memerlukan pilihan untuk melindungi persekitaran mereka dan itu termasuk pelbagai aplikasi dan API yang mengakses dan berkongsi maklumat dari pinggir ke awan. Kami percaya laporan Gartner Peer Insights Suara Pelanggan WAAP mengukuhkan perkara yang kami sudah ketahui - kami menyampaikan perkara yang pelanggan kami perlukan pada satu skala besar, membolehkan mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan penuh yakin dalam satu cara yang selamat.”

Pemerolehan Fastly ke atas Signal Sciences selanjutnya menyokong misi Fastly untuk menyediakan penyelesaian yang mudah dan tanpa geseran dengan selamat dan pada skala. Kami percaya Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights Mac 2022 mengesahkan lagi komitmen Fastly terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan di dalam pasaran WAAP. Bulan ini Fastly melancarkan satu pilihan penggunaan pinggir untuk WAF yang pertama dan satu-satunya disatukan di dalam industri itu, yang kini menawarkan pilihan penggunaan yang paling fleksibel untuk penyelesaian WAF di pasaran, sambil melindungi aplikasi di mana sahaja mereka tinggal. Bagi kebanyakan pelanggan, ini penting memandangkan pertumbuhan eksponen bagi aplikasi di tempat kerja dan keperluan untuk melindungi maklumat yang diakses oleh mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Fastly Next-Gen WAF, sila layari: https://www.fastly.com/products/signal-sciences/web-application-api-protection.

Pautan Berkaitan:

• Lihat ulasan Fastly (Signal Sciences) Pilihan Pelanggan pada Gartner Peer Insights
• Muat turun Gartner® Magic Quadrant™ untuk Aplikasi Web dan Perlindungan API 2021

¹ Gartner Peer Insights ‘Suara Pelanggan’: Aplikasi Web dan Perlindungan API,  Penyumbang Sebanding, 22 Mac, 2022.

Maklumat mengenai Gartner Peer Insights

Peer Insights adalah satu platform dalam talian untuk penilaian dan ulasan bagi perisian dan perkhidmatan IT yang ditulis dan dibaca oleh profesional IT dan pembuat keputusan teknologi. Matlamatnya adalah untuk membantu pemimpin IT membuat keputusan pembelian yang lebih berwawasan dan membantu penyedia teknologi menambah baik produk mereka dengan menerima maklumat balas yang objektif dan tidak berat sebelah daripada pelanggan mereka. Gartner Peer Insights termasuk lebih daripada 215,000 ulasan yang disahkan di lebih 340 pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gartner.com/reviews/home.

Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights membentuk pendapat subjektif bagi ulasan pengguna akhir individu, penilaian dan data yang digunakan terhadap satu metodologi yang didokumenkan; mereka tidak mewakili pandangan, mahupun membentuk sokongan oleh, Gartner atau sekutunya.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang dizahirkan atau yang tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER, Magic Quadrant dan Gartner Peer Insights adalah merupakan tanda perniagaan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Semua hak cipta terpelihara.

Kandungan Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat oleh pengguna akhir individu yang berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri dengan vendor yang disenaraikan di platform itu, tidak boleh diertikan sebagai kenyataan berbentuk fakta, dan tidak mewakili pandangan Gartner atau ahli gabungan mereka. Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam kandungan ini dan tidak membuat sebarang waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan kandungan ini, tentang ketepatan atau kesempurnaannya, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Sila ambil perhatian bahawa laporan ini sebelum ini dikenali sebagai Gartner Peer Insights ‘Suara Pelanggan’: Tembok Keselamatan Aplikasi Web.

Pada tahun 2019 dan 2020 kami telah dikenali sebagai Signal Sciences, setelah Fastly memperoleh Signal Sciences pada tahun 2020.

Maklumat mengenai Fastly

Fastly sedang meningkatkan pengalaman internet untuk memberi orang ramai dan organisasi lebih kawalan, kandungan yang lebih pantas dan aplikasi yang lebih dinamik. Dengan menggabungkan rangkaian awan pinggir global yang paling pantas di dunia dengan perisian yang berkuasa, Fastly membantu pelanggan membangun, menyampai dan mendapatkan penggunaan pengedaran moden dan pengalaman digital yang menarik. Pelanggan Fastly termasuk banyak syarikat paling terkemuka di dunia, termasuk Pinterest, The New York Times dan GitHub. Untuk maklumat lanjut mengenai misi dan produk kami, sila layari https://www.fastly.com.

Sumber: Fastly, Inc.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220323005863/en/

Hubungi

Hubungan Pelabur:
Vernon Essi, Jr.
ir@fastly.com

Hubungan Media:
press@fastly.com

Sumber : Fastly, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

-- BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.