ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PROGRAM HASIL SEPETANG BERSAMA AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN BADAN BERKANUN SABAH DI SEKITAR DAERAH TAWAU

Monday 28/03/2022



TAWAU, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengadakan Program Libat Urus HASiL Cawangan Tawau bersama Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Sabah di sekitar Daerah Tawau melalui  penganjuran Majlis HASiL Sepetang Bersama pada 25 Mac 2022. 

Sesi libat urus ini bermatlamatkan untuk menjalinkan hubungan, memperluaskan jaringan kerjasama dan sebagai platform serta medium penyampaian maklumat percukaian terkini yang berkesan kepada agensi-agensi di Daerah Tawau. Objektif utama kerjasama ini juga adalah bagi mewujudkan perkongsian strategik dalam bentuk pentadbiran, perkongsian maklumat dan lain-lain libat urus semasa serta pada masa hadapan bagi pemantapan pendidikan percukaian di Negeri Sabah, khususnya di Daerah Tawau.

Selain itu, penganjuran program ini turut menjadi medium bagi mempromosikan HASiL dan Program Jom Klik HASiL 2022 agar tahap pematuhan cukai secara sukarela dapat ditingkatkan, khasnya dalam kalangan penjawat awam serta pembayar cukai yang lain selaras dengan aspirasi HASiL untuk menyebarluaskan pendidikan percukaian kepada semua peringkat umur.

Dalam program ini, HASiL diwakili oleh YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam, Pengarah Negeri Sabah, bersama YBhg. Datin Dayang Halimah Awang Ahmad, Pengarah Cawangan Kota Kinabalu, Encik Saharin Alias, Pengarah Cawangan Siasatan Kota Kinabalu dan Encik Mohamad Razli Mohamad Ali, Pengarah Cawangan Tawau. Bagi pihak Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Sabah pula, program ini dihadiri oleh Encik Mohd. Shoffian Mohd. Said, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan ACP Jasmin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau serta 58 orang Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun sekitar Daerah Tawau.

Semoga sesi libat urus HASiL bersama agensi-agensi Kerajaan dan Badan Berkanun ini dapat membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang celik cukai serta menzahirkan komitmen HASiL untuk memberikan perkhidmatan cukai yang terbaik menerusi tadbir urus yang adil, telus, profesional dan mesra pelanggan.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh:
25 Mac 2022

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.