ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  EIG DAN FLUXYS BERGANDING DI DALAM INFRASTRUKTUR LNG UTAMA YANG MENYOKONG PENYAHKARBONAN DI CHILE

Monday 28/03/2022



WASHINGTON & BRUSSELS, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global, dan Fluxys, sebuah syarikat infrastruktur tenaga terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka bersama-sama akan memperoleh 80% pegangan ekuiti di dalam GNL Quintero S.A. (“Quintero”), terminal penggasan semula gas asli cecair terbesar (LNG) di Chile, daripada Enagas Chile SpA dan ahli gabungan OMERS Infrastructure. Syarat-syarat bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220327005104/en/ 

Quintero adalah sebuah perniagaan infrastruktur tenaga utama yang menyokong strategi penyahkarbonan Chile dengan bahan api penyambung yang membolehkan penyesuaian bagi pertumbuhan ekonomi dengan pengambilan tenaga boleh diperbaharui dan pemansuhan arang batu secara berperingkat. Beroperasi sejak tahun 2009, Quintero adalah terminal terbesar untuk menerima dan memunggah LNG di Chile, serta untuk kapasiti penyimpanan dan penggasan semula. Terminal itu mendapat manfaat daripada lokasi strategik mereka di Teluk Quintero, dengan membekalkan sebuah pangkalan pelanggan yang pelbagai di tengah Chile merentasi sektor kediaman, komersial, perindustrian, pengangkutan dan penjanaan kuasa. Terminal itu memiliki 75% daripada kapasiti penggasan semula LNG negara itu dan pada tahun 2021, 67% daripada jumlah import gas asli (kedua-dua import LNG dan saluran paip) tiba di Chile melalui aset strategik ini. Dengan kapasiti penggasan semula harian sebanyak 15 juta m³, sebuah kapasiti penyimpanan LNG sebanyak 334,000 m³ dan 2,500 m³ sehari bagi kapasiti pemuatan trak, terminal itu merupakan sebuah pembekal gas asli yang boleh dipercayai yang menyumbang kepada kepelbagaian dan keselamatan tenaga Chile.

Chile mempunyai sumber solar dan angin yang bertaraf dunia dan sebuah kapasiti RES yang bersamaan dengan 4% daripada jumlah permintaan tenaga dunia. Negara itu menyasarkan untuk menjadi satu daripada tiga pengeluar hidrogen hijau terbesar di dunia dengan rancangan untuk memasang 200 GW kuasa boleh diperbaharui menjelang tahun 2040 untuk menghasilkan hidrogen hijau. Chile telah pun menandatangani beberapa perjanjian untuk menggalakkan eksport hidrogen hijau, antara lain dengan pelabuhan Belgium Antwerp/Zeebrugge, Jerman, Pelabuhan Rotterdam dan Korea Selatan.

Pengambilalihan itu dibina di atas kehadiran EIG di pasaran Chile, di mana firma itu memiliki Cerro Dominador, sebuah kompleks solar terobosan yang menggabungkan sebuah loji fotovolan (PV) 100MW dengan sebuah loji tenaga solar tertumpu (CSP) 110MW. Loji PV itu telah beroperasi sejak tahun 2017 dan loji CSP itu telah berjaya disegerakkan dengan grid elektrik Chile pada April 2021. EIG juga merupakan sebuah rakan kongsi dalam AME S.p.A, sebuah pemaju projek dan pengeluar kuasa bebas yang berpangkalan di Chile. AME memiliki bersama Generadora Metropolitana, syarikat penjanaan elektrik kelima terbesar di Chile, serta HIF Global, sebuah peneraju di dalam sektor hidrogen dan e-bahan api, dengan beberapa siri projek berskala komersial dalam pembangunan dan dijangka mencapai pembinaan sepanjang beberapa tahun akan datang.

Bagi Fluxys, perkongsian itu adalah satu pelaburan yang berpandangan ke hadapan yang mewujudkan satu kedudukan di negara lain di Amerika Latin di mana peralihan tenaga berada tinggi di dalam agenda kerajaan. Dengan sumber solar dan angin yang banyak, Chile menyasarkan untuk menghasilkan hidrogen hijau paling murah di dunia. Belgian Hydrogen Import Coalition dengan Fluxys sebagai rakan kongsi telah mengesahkan daya saing dan kebolehlaksanaan bagi sebuah rantaian bekalan molekul hijau dari Chile ke Eropah dan Belgium.

“Kami teruja dengan peluang untuk melabur di dalam Quintero, sebuah syarikat yang menjajarkan dengan sempurna dengan tumpuan kami kepada infrastruktur strategik dan berkualiti tinggi yang penting kepada rantau yang dilayaninya dan menghasilkan aliran tunai yang menarik dan mengecut,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “Kami gembira kerana dapat bekerjasama semula dengan Fluxys, sebuah rakan operasi yang bertaraf dunia, untuk membantu Quintero menyokong keperluan tenaga Chile dan matlamat peralihan dengan tenaga yang boleh dipercayai. Kehadiran kukuh Quintero di dalam infrastruktur gas asli berfungsi sebagai satu titik pelancaran yang menarik untuk mengembangkan kehadiran mereka di dalam sektor berkaitan dan bersebelahan, termasuk penyimpanan, pemuatan trak dan penggasan semula, serta untuk membangunkan kapasiti pengeluaran untuk hidrogen hijau, di mana Quintero mempunyai potensi besar untuk menjadi sebuah peneraju domestik di dalam industri yang baru tumbuh itu.”

“Dengan 3 terminal LNG di Eropah, cita-cita kami untuk melabur di luar Eropah dan untuk menjadi pengangkut bagi pembawa tenaga baharu, Quintero adalah amat sesuai dengan strategi kami untuk pertumbuhan berikutan masa depan rendah karbon”, kata Pascal De Buck, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fluxys. “Kami mahu mengguna dan mengembangkan kepakaran perindustrian kami di seluruh dunia dan teruja untuk bekerjasama dengan EIG sebagai pelabur infrastruktur tenaga global terkemuka yang sudah terlibat secara intensif dalam projek peralihan tenaga di Chile. Perkongsian kami di dalam Quintero membawa Fluxys lebih dekat dengan pembangunan hidrogen di Chile dan menyokong pengimportan hidrogen di Belgium. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dan membangunkan peluang-peluang baharu dengan pengurusan dan tenaga kerja Quintero.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada separuh kedua 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa, termasuk sebarang kawalan penggabungan yang diperlukan dan kelulusan kawal selia yang berkaitan.

Citigroup Global Markets Inc. bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG dan Fluxys berkaitan dengan urus niaga tersebut. White & Case LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang EIG dan Linklaters LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang Fluxys.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $23.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Disember, 2021. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang sejarah mereka selama 40 tahun, EIG telah memberikan komitmen lebih $39.7 bilion kepada sektor tenaga melalui 379 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara terkemuka di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  www.eigpartners.com.

Maklumat mengenai Fluxys

Beribu pejabat di Belgium, Fluxys adalah sebuah kumpulan infrastruktur tenaga bebas sepenuhnya dengan 1,300 orang pekerja aktif di dalam penghantaran & penyimpanan gas dan gas asli cecair. Melalui syarikat bersekutu mereka di seluruh dunia, Fluxys mengendalikan saluran paip dan terminal gas asli cecair sepanjang 12,000 kilometer dengan jumlah kapasiti penggasan semula tahunan sebanyak 29 bilion meter padu. Di antara anak syarikat Fluxys itu ialah Fluxys Belgium yang tersenarai di Euronext, pemilik dan pengendali bagi infrastruktur untuk penghantaran & penyimpanan gas dan gas asli cecair di Belgium.

Sebagai sebuah syarikat yang dipimpin oleh tujuan, Fluxys, bersama-sama dengan pemegang kepentingannya, menyumbang kepada sebuah masyarakat yang lebih baik dengan membentuk sebuah masa depan tenaga yang cerah. Membina di atas aset unik bagi infrastruktur gas dan kepakaran komersial dan teknikal mereka, Fluxys komited kepada mengangkut hidrogen, biometana atau mana-mana pembawa tenaga neutral karbon yang lain serta CO, dengan menampung pengambilan, penggunaan dan penyimpanan bahan terkemudian. www.fluxys.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220327005104/en/ 

Hubungi

Hubungan Media

EIG
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Hubungan Media Fluxys
Laurent Remy
+32 2 282 74 50
laurent.remy@fluxys.com

Sumber : EIG and Fluxys

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.