Penyelesaian membolehkan penerimaan pembayaran standard pada telefon pintar, tablet dan COTSMONTREAL & PARIS, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PayPlug (sebahagian daripada aktiviti Pembayaran bagi
Groupe BPCE) memilih
Amadis, sebuah editor perisian pembayaran global, untuk menggunakan aplikasi penerimaan pembayaran berasaskan nexo mereka, pada pelbagai terminal pembayaran tradisional dan peranti Android SoftPOS, melalui satu pendekatan penerimaan pembayaran standard, bebas bagi rangka kerja pemprosesan kad EMV
® Tahap 2. Ini secara drastik mengurangkan masa penggunaan, kos penyelenggaraan dan memberikan PayPlug pemilikan ke atas penyelesaian penerimaan kad mereka. Perikatan itu dibina di atas perkongsian yang sudah lama berlarutan di antara Amadis dan PayPlug.
Aplikasi baharu PayPlug membolehkan setiap kedai bersekutu untuk membawa pengalaman daftar keluar kepada pelanggan, POI (titik bagi interaksi), di mana sahaja pengguna memerlukannya, dengan membolehkan peranti Android NFC COTS (Komersial Tersedia), seperti telefon pintar, tablet atau instrumen khusus profesional.
“Amadis memberikan kami dengan satu cara yang berkesan untuk menawarkan pelanggan PKS kami dengan cara baharu yang berinovatif untuk menerima pembayaran melalui kad,” kata Antoine Grimaud, Ketua Pegawai Eksekutif PayPlug. “Kami menjangkakan penyelesaian itu akan memacukan peluang pendapatan baharu bagi pelanggan kami, sambil menjanakan titik penerimaan bagi pembayaran baharu di berbilang negara, dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
Aplikasi baharu PayPlug termasuk semua komponen
Amadis One (penyelesaian SoftPOS Amadis), khususnya
OLA (API Tahap 2 Terbuka). OLA adalah satu lapisan abstraksi yang membolehkan perusahaan untuk menjalankan satu aplikasi pembayaran dengan tindanan EMV Tahap 2 bagi mana-mana pengeluar terminal atau SoftPOS - membolehkan perusahaan untuk menjadi agnostik peranti pembayaran sepenuhnya, bebas daripada ekosistem, perkakasan dan sistem pengendalian.
“Aplikasi PayPlug baharu itu mewakili satu era baharu bagi penerimaan pembayaran, dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian mereka,” kata Emmanuel Haydont, Ketua Pegawai Eksekutif Amadis. “Dengan protokol nexo menjadi satu realiti bagi pelanggan, Amadis memudahkan penggunaan nexo dan mengurangkan kos, sambil membantu perusahaan mempercepatkan penggunaan dan akses kepada berbilang negara.”
“Kami gembira untuk melihat PayPlug, dan pelanggan mereka, menjadi syarikat terbaharu yang akan mendapat manfaat daripada kerja penyeragaman kami,” jelas Jacques Soussana, Setiausaha Agung standard nexo. “Spesifikasi dan protokol kami menghapuskan halangan yang biasanya terdapat di dalam ekosistem penerimaan pembayaran, termasuk di dalam persekitaran bukan tradisional seperti platform penerimaan mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan COTS.”
Untuk menjadikan penyelesaian itu lebih saling beroperasi, aplikasi PayPlug perlu disepadukan secara berkesan dengan standard pembayaran nexo. Amadis memudahkan pelaksanaan dengan rangka kerja tersedia berasaskan standard terbuka yang patuh nexo.
Maklumat mengenai PayPlugPayPlug adalah penyelesaian bayar dengan kad saluran pelbagai arah Perancis untuk PKS. Sejak 2012, ia telah menawarkan satu alternatif yang berinovatif dan mudah digunakan kepada pemain pasaran tradisional: antara lain, fintech bergantung kepada ekosistem rakan mereka yang unik dan ciri-ciri bersepadu untuk memudahkan semua perkara yang berkaitan dengan pembayaran bagi 15,000 pelanggan mereka, peruncit dan e-pedagang di Eropah. Selepas memperoleh status bagi Institusi Pembayaran yang diluluskan oleh ACPR Banque de France, PayPlug menyertai kumpulan BPCE pada April 2017. Sepanjang tiga tahun lepas, PayPlug telah mengalami pertumbuhan hampir 100% setahun.
www.payplug.comMaklumat mengenai standard nexostandard nexo adalah persatuan yang didedikasikan untuk menghapuskan halangan yang terdapat dalam ekosistem penerimaan pembayaran global yang berpecah-pecah pada hari ini. Ia membolehkan penerimaan pembayaran yang pantas, tanpa sempadan dan global dengan menyeragamkan pertukaran data di antara semua pemegang kepentingan penerimaan pembayaran. Spesifikasi nexo dan protokol pemesejan mematuhi piawaian ISO 20022, boleh digunakan secara universal dan terbuka sepenuhnya.
www.nexo-standards.org/Maklumat mengenai AmadisAmadis adalah sebuah peneraju di dalam teknologi perisian pembayaran yang patuh, dengan perisiannya berjalan pada lebih 40 juta peranti di seluruh dunia. Syarikat itu menyediakan penyelesaian penyuntingan dan pembangunan perisian terkini untuk pedagang global, pengeluar peranti pembayaran dan pembekal perkhidmatan. Amadis menyediakan peniaga dengan rangkaian pilihan teknologi perisian penerimaan pembayaran terluas industri berdasarkan kepada standard yang tersedia paling cekap, bebas daripada perkakasan, segmen menegak runcit atau geografi. Syarikat itu membawa sebuah pasukan perisian elit dan berpengalaman ke dalam industri itu dan membolehkan penyelesaian untuk fintech antarabangsa, pemproses dan pedagang di lebih 23 buah negara. Ketahui lebih lanjut di
www.amadis.ca.