Peningkatan Prestasi Terus Membangunkan Aplikasi Automotif; Tingkatkan Pengalaman Pemandu
TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pensampelan
[¹
] Penyimpanan Kilat Universal Automotif
[²
] (UFS) Versi 3.1 peranti ingatan kilat terbenam. Barisan baharu itu menggunakan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D syarikat itu dan tersedia dalam kapasiti daripada 64 gigabait (GB) sehingga 512GB untuk menyokong pelbagai keperluan bagi aplikasi automotif yang berkembang yang meningkatkan pengalaman pemandu.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220329005491/en/Keperluan penyimpanan untuk aplikasi automotif terus meningkat apabila sistem infotainment dan ADAS
[³
] di dalam kereta menjadi lebih canggih. UFS sangat sesuai untuk menyokong keperluan berprestasi tinggi dan kepadatan bagi aplikasi ini. Peranti baharu itu menyokong julat suhu yang luas (-40°C hingga +105°C), memenuhi keperluan AEC
[⁴
]-Q100 Gred2 dan menawarkan keupayaan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan yang diperlukan oleh aplikasi automotif yang semakin kompleks.
Prestasi membaca dan menulis berurutan bagi peranti Automotif UFS Versi 3.1 dipertingkatkan dengan ketara masing-masing sebanyak kira-kira 2.2x dan 6x, berbanding dengan peranti
[⁵
] generasi sebelumnya. Peningkatan prestasi ini menyumbang kepada permulaan sistem yang lebih pantas dan kemas kini OTA (Di Atas Udara).
Nota
[¹] Sampel penghantaran bagi peranti 256GB, 128GB dan 64GB akan bermula dari 30 Mac, dengan peranti 512GB akan menyusul pada April.
[²] Penyimpanan Kilat Universal (UFS) adalah satu kategori produk untuk sebuah kelas produk ingatan terbenam yang dibina mengikut spesifikasi standard JEDEC UFS. Disebabkan oleh antara muka bersirinya, UFS menyokong pendupleksan penuh, yang membolehkan kedua-dua membaca dan menulis secara serentak di antara pemproses hos dan peranti UFS.
[³] Sistem Pembantu Pemanduan Lanjutan
[⁴] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Majlis Elektronik Automotif).
[⁵] Peranti 512GB Kioxia Corporation generasi sebelumnya “THGAFBT2T83BABI”
Kelajuan membaca dan menulis adalah nilai terbaik yang diperoleh dalam sebuah persekitaran ujian khusus di Kioxia Corporation dan Kioxia Corporation tidak menjamin kelajuan membaca atau menulis dalam peranti individu. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza bergantung kepada sebuah peranti yang digunakan dan saiz fail yang dibaca atau ditulis.
Dalam setiap sebutan bagi sebuah produk Kioxia: Ketumpatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada kepadatan cip ingatan di dalam Produk, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan lebih rendah disebabkan oleh ruang data overhed, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza berdasarkan kepada hos peranti dan aplikasi. Untuk butiran, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan. Definisi bagi 1KB = 2^10 bait = 1,024 bait. Definisi bagi 1Gb = 2^30 bit = 1,073,741,824 bit. Definisi bagi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait. 1Tb = 2^40 bit = 1,099,511,627,776 bit.
Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan bagi ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Jualan & Pemasaran Ingatan
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220329005491/en/ HubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia CorporationTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA