ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  CELONIS MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN PROCESS ANALYTICS FACTORY (PAF) UNTUK MEMBOLEHKAN PENGURUSAN PELAKSANAAN DI MANA-MANA

Wednesday 30/03/2022



Table
Celonis memperoleh PAF untuk menyokong Pengurusan Pelaksanaan Di Mana-mana. (Grafik: Business Wire) 
 
Keupayaan PAFnow akan membuat Kemunculan Pertama Kali dalam Pengalaman Celonis pada Jelajah Dunia Celonis 2022 

NEW YORK & DARMSTADT, Jerman, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Celonis, peneraju dunia di dalam pengurusan pelaksanaan, mengumumkan pemerolehan ke atas Process Analytics Factory GmbH (PAF), sebuah penyedia terkemuka bagi cerapan perlombongan proses bagi Microsoft Power BI. Pemerolehan ini akan membolehkan berjuta-juta pengguna Microsoft Power Platform untuk menggunakan Sistem Pengurusan Pelaksanaan (EMS) Celonis yang terkemuka di pasaran untuk perlombongan proses, automasi dan kerjasama.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220329005245/en/  

Pemerolehan PAF itu adalah merupakan sebahagian daripada strategi Celonis untuk membolehkan syarikat-syarikat di mana-mana dan dalam semua industri untuk menggunakan perlombongan proses di dalam Celonis EMS bagi mendedahkan dan membetulkan ketidakcekapan proses. Celonis komited untuk memperkasakan pengguna bagi platform automasi, kerjasama dan aliran kerja utama untuk menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan cerapan proses Celonis yang unik dan tindakan pintar yang disasarkan.

Produk perlombongan proses PAFnow itu disepadukan sepenuhnya ke dalam Microsoft Power BI dan Microsoft Office 365 untuk analisis, visualisasi dan pengoptimuman bagi hampir semua proses. 97 peratus daripada Fortune 500, dan lebih 260,000 syarikat di seluruh dunia, menggunakan Microsoft Power BI.

Celonis EMS itu menggabungkan, dalam satu platform awan bersepadu, data masa nyata, perisikan proses dan tindakan yang disasarkan untuk memberi kesan kepada prestasi perniagaan atas, bawah dan garisan hijau dengan pantas. Pelanggan yang ingin mendapatkan kejelasan penuh tentang cara bagaimana proses perniagaan mereka berjalan - sama ada merentasi rantaian bekalan, pusat perkhidmatan yang dikongsi atau landskap sistem - kini boleh mendapat manfaat daripada keupayaan unik dan canggih oleh Celonis EMS di dalam persekitaran Microsoft mereka yang biasa.

Maximilian Gerbert, ketua projek di Mercedes-Benz Management Consulting, berkata: “Kami - Pemecut Digital di Mercedes-Benz - adalah sebuah jabatan yang dipacu oleh data dengan satu strategi risikan perniagaan yang dibina selama bertahun-tahun, tetapi sebaik sahaja kami membawa perlombongan proses ke dalam infrastruktur BI kami, kami dapat melihat gambaran sepenuhnya dan mengenal pasti ketidakcekapan proses di seluruh syarikat kami yang tidak pernah kami dapat lihat sebelum ini. Apabila isu rantaian bekalan timbul, kami menggunakan cerapan daripada perlombongan proses di dalam BI untuk menentukan kesesakan dan mengambil tindakan untuk memperbaikinya — sebelum ia memberi kesan kepada aliran tunai kami dan pengalaman pelanggan kami. Kami teruja dengan berita mengenai pengambilalihan Celonis dan keupayaan untuk memanfaatkan keupayaan berkuasa Celonis EMS di dalam persekitaran Microsoft kami.”

“Adalah agak teruja untuk melihat Celonis dan PAF bergabung tenaga,” kata Linus Linder, Ketua IT di Muller - Die lila Logistik Service GmbH. “Kini kami boleh mendapat manfaat daripada data masa nyata, perisikan proses dan tindakan yang disasarkan di dalam Celonis EMS dalam persekitaran Microsoft Power BI kami yang biasa.”

Penerimaan pantas oleh Celonis EMS datang selepas satu peralihan generasi untuk menggunakan cerapan proses dan kecerdasan bagi mengubah cara perniagaan dikendalikan.

Menurut Gartner®, pasaran untuk perisian hiper-automasi akan mencecah hampir $860 bilion menjelang tahun 2025¹. Tetapi banyak perniagaan tidak memaksimumkan nilai bagi pelaburan digital mereka kerana mereka kurang berwawasan dalam memahami proses lapuk yang menyekat kelancaran operasi perniagaan. Menurut satu laporan Forrester yang ditauliahkan oleh Celonis, perlombongan proses telah mencapai satu titik perubahan pada tahun 2022 ketika pembuat keputusan menuntut pelaksanaan yang lebih baik dengan mencari dan membetulkan ketidakcekapan proses.

“Sejak kami bermula 11 tahun lalu, misi Celonis adalah sentiasa sama - untuk membantu pelanggan kami mencapai potensi sepenuhnya bagi prestasi perniagaan mereka dengan menghapuskan ketidakcekapan proses - dan ia memerlukan Celonis untuk berada di mana-mana sahaja,” kata Alex Rinke, Ketua Pegawai Eksekutif bersama dan pengasas bersama bagi Celonis. “Pemerolehan PAF itu membolehkan berjuta-juta pengguna Microsoft Power Platform untuk menggunakan data unik dan cerapan pintar Celonis untuk memperkasakan analitik, automasi dan kerjasama.”

“Gabungan ini memanfaatkan kekuatan kepimpinan pasaran Celonis dengan asas yang telah diciptakan oleh PAF di dalam Microsoft Power Platform. Ini membolehkan syarikat-syarikat kami untuk membina jambatan di antara Microsoft Power Platform dan Sistem Pengurusan Pelaksanaan Celonis,” kata Tobias Rother, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas PAF. “Kami sangat teruja untuk membantu menempatkan Celonis kepada komuniti yang terdiri daripada pemimpin perniagaan yang besar dan pesat berkembang.”

Dalam laporan HFS SaaS XXV 2022 kami yang pertama, kami meletakkan Celonis sebagai syarikat SaaS persendirian paling atas di dalam Kedudukan Keseluruhan, Penciptaan Nilai Perniagaan, Penglibatan Rakan Kongsi dan Penjajaran OneOffice,” kata Phil Fersht, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Penganalisis di HFS Research. “Pemerolehan PAF menunjukkan kenapa Celonis disenaraikan bersama Microsoft, Salesforce, Amazon, Adobe dan Google untuk membentuk masa depan bagi automasi natif, data dan reka bentuk proses. Celonis secara strategik menggerakkan data proses mereka yang unik dan cerapan pintar ke dalam platform kerja, automasi dan analitik terbesar di dunia.”

“Tujuan bagi perlombongan proses itu adalah untuk mendapatkan pemahaman berasaskan fakta tentang kelainan proses perniagaan dan ketidakcekapan untuk menambah baik proses secara sistematik bagi memaksimumkan prestasi dan pada masa yang sama menyelaraskan dengan matlamat keseluruhan bagi sesebuah perniagaan. Menanamkan perlombongan proses ke dalam platform analitik biasa memudahkan pasukan untuk bekerjasama menggunakan peranti biasa,” kata Maureen Fleming, Naib Presiden Program untuk Penyelidikan Pasaran dan Khidmat Nasihat Automasi Proses Pintar IDC.

Keupayaan perisian PAFnow akan muncul dalam Pengalaman Celonis di Jelajah Dunia Celonis 2022. Pengalaman Celonis akan mempamerkan cara bagaimana pelanggan boleh menyepadukan Celonis EMS dengan pelaporan Microsoft Power BI dengan lancar, bekerjasama dengan Microsoft Teams dan mencetuskan aliran di dalam Microsoft Power Automate.

Maklumat mengenai Celonis

Celonis membantu organisasi untuk melaksanakan data mereka. Dikuasakan oleh teras perlombongan proses peneraju pasaran mereka, Sistem Pengurusan Pelaksanaan Celonis itu menyediakan satu set aplikasi, sebuah studio pembangun dan keupayaan platform bagi eksekutif perniagaan dan pengguna untuk menghapuskan berbilion-bilion dalam ketidakcekapan korporat, menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mengurangkan pelepasan karbon. Celonis mempunyai beribu-ribu pelaksanaan di dalam pelanggan global dan beribu pejabat di Munich, Jerman dan Bandar raya New York, Amerika Syarikat dengan 20 pejabat di seluruh dunia.

© 2022 Celonis SE. Hak cipta terpelihara. Celonis, Sistem Pengurusan Pelaksanaan, EMS dan logo “titisan” Celonis adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi Celonis SE di Jerman dan bidang kuasa lain. Semua produk dan nama syarikat lain adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemilik mereka masing-masing.

¹Gartner, Analisis Ramalan: Hiperautomasi bagi Permudahan Perisian, Seluruh Dunia, Cathy Tornbohm, Fabrizio Biscotti, Rachel Chippendale, 22 Mac, 2021.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220329005245/en/ 

Hubungi

Isabell Horvath, Naib Presiden, Komunikasi
press@celonis.com 

Sumber : Celonis

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.