ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  BARTEK MENGUMUMKAN PEMBINAAN KEMUDAHAN ASID MALIK DAN FUMARIK TERBESAR DI DUNIA

Tuesday 05/04/2022



Projek itu akan siap pada Suku Keempat 2023 dan menggandakan kapasiti sedia ada syarikat itu

STONEY CREEK, Ontario, 5 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bartek Ingredients telah memulakan pembinaan sebuah kemudahan bersepadu menegak yang paling canggih, yang akan menjadi kilang pengeluaran asid malik dan asid fumarik gred makanan yang terbesar di dunia. Apabila siap nanti pada suku keempat 2023, projek bernilai $160 juta itu akan menggandakan kapasiti Bartek dan mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai peneraju dunia di dalam asid malik dan fumarik.
 
Bartek menjangkakan pengembangan pasaran yang berterusan, dan kapasiti tambahan ini akan menyokong pertumbuhan malik dan fumarik untuk beberapa tahun yang akan datang. Kemudahan baharu itu akan juga dikembangkan untuk menghasilkan produk baharu seperti garam penampan dan pengukuhan serta volum tambahan bagi asid malik dan fumarik.
 
WSP Global, sebuah firma perunding kejuruteraan yang terkenal di peringkat global, menerajui pembinaan dan reka bentuk bagi projek itu.

Maklumat mengenai Bartek Ingredients

Ditubuhkan pada tahun 1969, Bartek Ingredients Inc. adalah sebuah pengeluar utama bagi asid malik, asid fumarik dan anhidrida maleik. Beribu pejabat di Stoney Creek, Ontario, Kanada, Bartek menggajikan 150 orang merentasi dua kemudahan pengeluaran mereka di Ontario Selatan. Kemudahan Bartek didaftarkan pada Piawaian ISO 9001:2015. Bartek juga memegang pensijilan Standard Global BRC untuk Keselamatan Makanan, dan ia mengedarkan ke lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Bartek, sila layari bartek.ca/.

Maklumat mengenai TorQuest Partners

Ditubuhkan pada tahun 2002, TorQuest Partners adalah sebuah pengurus dana ekuiti persendirian yang berpangkalan di Kanada. Dengan lebih daripada C$2 bilion modal ekuiti di bawah pengurusan, TorQuest melabur di dalam syarikat-syarikat pasaran pertengahan dan bekerjasama rapat dengan pengurusan untuk membina nilai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TorQuest Partners, sila layari  torquest.com/.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220404005874/en/

Hubungi

Erin Robbins
MarketPlace
erin.robbins@market-pl.com
+1-314-366-3562

Sumber : Bartek Ingredients Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.