ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  NX MALAYSIA MEMBUKA GUDANG BAHARU DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR UNTUK MENDAPATKAN RUANG YANG LEBIH BESAR

Tuesday 05/04/2022

AsiaNet 95319

TOKYO, 5 April, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd. (kemudian daripada ini “NX Malaysia”), sebuah syarikat Kumpulan milik Nippon Express Holdings, Inc., telah membuka sebuah gudang baharu di Zon Komersial Bebas (FCZ) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia pada  Jumaat, 1 April, untuk memperluaskan ruang penyimpanan kerja dan kargo mereka.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202204019506-O1-xewj8LCj
 
Foto: Bahagian Luar NX Malaysia di Pusat DFTZ KLIA
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202204019506/_prw_PI2fl_T05C77Yo.jpg
 
NX Malaysia sebelum ini telah beroperasi dari sebuah gudang seluas 3,800m2 di Kompleks Penghantaran Barang MAS (Lot A-9, Lot A-10) di FCZ KLIA, tetapi permintaan kargo yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong mereka untuk membuka sebuah gudang baharu seluas 5,900m2 (Pusat DFTZ KLIA NX Malaysia) di FCZ yang sama, sekali gus memberikan mereka sebuah keluasan gudang yang digabungkan seluas kira-kira 9,700m2.

Barisan aliran kerja yang lebih cekap yang tersedia di gudang baharu itu akan membolehkan NX Malaysia untuk memastikan pengendalian yang lebih selamat dan lebih pantas dan untuk lebih memuaskan keperluan pelanggan mereka.

Bergerak ke hadapan, Kumpulan NX, sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Nippon Express yang telah menamakan semula nama kumpulan korporat mereka selepas peralihan kepada sebuah sistem syarikat pemegangan pada Januari, akan terus menggunakan rangkaian dan fungsi mereka untuk meningkatkan keperluan logistik yang canggih dan pelbagai bagi pelanggan mereka.

Profil bagi kemudahan gudang baharu
- Nama: Pusat DFTZ KLIA, Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd.
- Alamat: Hab eWTP Cainiao Aeropolis, Zon Komersial Bebas (Perkampungan Kargo FCZ KLIA), Jalan Klia S3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 64000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan
- Keluasan gudang: 5,896m2
 
Profil bagi kemudahan gudang sedia ada
- Nama: Cawangan KLIA, Lot A-9, Lot A-10, Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd.
- Alamat: Lot A-10, Kompleks Penghantaran Barang MAS, Zon Komersial Bebas KLIA,
Zon Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 64000 Sepang, Selangor Darul
Ehsan
- Ruang gudang: 3,746m2
 
Laman web Nippon Express: https://www.nipponexpress.com/
 
Akaun LinkedIn rasmi KUMPULAN NX:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
 
Sumber: Nippon Express Holdings, Inc. 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.