ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  FWD TAKAFUL MEMPERKENALKAN FWD SPECIALMED

Tuesday 05/04/2022



Table

FWD SpecialMed menawarkan dua pilihan perlindungan yang boleh diperbaharui secara tahunan dengan had tahunan sehingga RM100,000


Pelan perubatan dalam talian yang pertama oleh pengendali takaful yang mengutamakan keperluan dan menangani cabaran utama dihadapi oleh golongan dengan masalah pembelajaran

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan pelancaran FWD SpecialMed, pelan perubatan dalam talian yang direka khas untuk mengutamakan keperluan dan menyelesaikan cabaran utama yang dihadapi oleh golongan dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana dalam mendapatkan rawatan perubatan.

Melalui kajian yang mendalam tentang segmen ini, FWD Takaful mendapati bagaimana penjagaan perubatan kadangkala sukar diperolehi dan memberi pengalaman pahit kepada kebanyakan golongan dengan masalah pembelajaran. Banyak penyedia takaful atau penanggung insurans mempunyai polisi pengecualian yang ketat, walaupun untuk orang kurang upaya tahap ringan. Walaupun penjagaan kesihatan awam ada tersedia, seseorang yang sakit atau cedera yang mengalami masalah pembelajaran mungkin mendapati masa menunggu, persekitaran yang sibuk dan ketidakupayaan untuk berjumpa doktor yang dikenali amat mencabar.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Ketersediaan dan kemampuan bagi perlindungan perubatan swasta dengan manfaat yang relevan untuk orang kurang upaya adalah cabaran utama bagi komuniti orang kurang upaya. FWD SpecialMed adalah salah satu daripada pelbagai cara yang kami rancang untuk menangani perkara ini, kerana kami percaya bahawa memberi keutamaan kepada keperluan golongan dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana bukanlah layanan istimewa, tetapi layanan yang adil, memandangkan cabaran tambahan yang mungkin mereka hadapi dengan penjagaan perubatan.”

FWD SpecialMed menawarkan dua pilihan perlindungan yang boleh diperbaharui secara tahunan, dengan had tahunan masing-masing sehingga RM50,000 dan RM100,000, tanpa had seumur hidup. Ia termasuk manfaat berikut:
 
1. Penjagaan Perubatan : termasuk perlindungan semasa dimasukkan ke hospital, pembedahan dan pesakit luar
 
2. Rawatan Lanjut : termasuk perbelanjaan selepas dimasukkan ke hospital dan subsidi sehingga RM2,000 untuk pemulihan dan terapi, untuk masa yang terhad sahaja 
 
3. Penjagaan Tambahan : bantuan RM5,000 untuk kos pengebumian jika pemilik sijil adalah penjaga kepada orang dengan masalah pembelajaran serta subsidi sehingga RM800 (untuk masa yang terhad sahaja) untuk orang dengan masalah pembelajaran menghadiri latihan kerja atau kursus vokasional

Pelan ini ditawarkan kepada golongan dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana berumur 5 hingga 55 tahun, atau kepada ibu bapa atau penjaga sah yang berumur sekurang-kurangnya 17 tahun. Pelan diperbaharui setiap tahun sehingga orang dengan masalah pembelajaran mencapai umur 71 tahun.

Selain itu, pelanggan yang menyertai pelan ini tahun ini akan layak untuk FWD Care, iaitu pelan pemulihan percuma yang menghubungkan pelanggan dengan jururawat berdedikasi yang akan memberikan bimbingan dan akses kepada pelbagai perkhidmatan sokongan seperti kaunseling, pengangkutan tempatan untuk perubatan dan bantuan penjagaan oleh jururawat di rumah, sekiranya membuat tuntutan perubatan yang layak dan diluluskan.

FWD SpecialMed ialah produk kedua yang direka oleh FWD Takaful untuk golongan dengan masalah pembelajaran selepas pelan pertama FWD SpecialCare Direct (fwd.com.my/direct/special-care).
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FWD SpecialMed, sila layari fwd.com.my/direct/specialmed. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD (“FWD”).

Kumpulan FWD adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan kira-kira 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013, FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com.

SUMBER : FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Jacleen Martin
Brand, PR & Communications, Marketing
E-mel: Jacleenjacinta.martin@fwd.com  

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.