SYDNEY, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HEAL Partners, sebuah Dana Pertumbuhan dan Susulan global yang berpangkalan di Australia dan Cayman yang mengkhususkan di dalam pelaburan sektor Kesihatan, Pendidikan dan Gaya Hidup (“HEAL”), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu Perjanjian Perhubungan Strategik dengan ahli gabungan Elliott Investment Management L.P. (“Elliott”). HEAL akan melancarkan Dana II mereka yang bernilai AS$ 350-500 juta pada pertengahan pertama 2022. Sebagai sebahagian daripada Perhubungan Strategik itu, Elliott dijangka menyumbang satu komitmen utama yang penting kepada Dana II HEAL.
Perhubungan Strategik ini mengikuti pelaburan Elliot pada Januari 2021 di dalam Removery, perniagaan pembuangan tatu terbesar di dunia dan sebuah syarikat portfolio HEAL yang diasaskan oleh Mark Evans, Chris Chambers dan Peter Chapman dari HEAL Partners. Beribu pejabat di Austin, Texas, Removery mempunyai 90 studio di seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia dan merancang untuk membuka 200 studio lagi dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pengasas Removery dan Mark Evans dari HEAL Partner berkata, “Elliott telah menjadi sebuah rakan kongsi yang hebat di Removery dan kami amat teruja untuk membina di atas perhubungan yang kukuh ini melalui dana HEAL kami di masa depan.” Bagi pihak Elliott, Isaac Kim berkata, “Kami gembira dengan Perhubungan Strategik ini dengan pasukan HEAL. Kami percaya tumpuan HEAL untuk membawa kepakaran operasi dan pelaburan pertumbuhan susulan ke dalam model-model perniagaan yang kukuh, yang kebanyakannya telah diwujudkan oleh pasukan itu, adalah benar-benar dibezakan. Kerjasama kami melalui Removery menekankan keyakinan kami terhadap pendekatan pengurusan aktif HEAL dan keupayaan untuk menjana aliran urus niaga yang ketara.”
Rakan Pelaburan HEAL ialah Mark Evans dan Chris Chambers dari Normanby Capital, Peter Chapman dan Martin Dalgleish dari Asia Principal Capital dan Martin Robinson.
HEAL juga disokong oleh peneraju industri terkemuka di dalam sektor Kesihatan dan Pendidikan, termasuk Chris Rex (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif bagi Ramsay Healthcare), Stuart Giles dan Cathie Reid (Pengasas Bersama bagi Kumpulan Icon dan Epic Pharmacy), dan Rod Jones (Pengasas dan Pengerusi Eksekutif bagi Navitas), Dr Andrew Meikle, (Dental Corp Kanada dan The Fertility Partners) dan Jonathan Sudharta (Halodoc) bersama dengan tokoh-tokoh industri yang lain.
Jawatankuasa Pelaburan dan Penasihat HEAL telah secara kolektif mewujudkan lebih daripada $19 bilion nilai pemegang saham di dalam sektor yang disasarkan oleh HEAL iaitu Kesihatan dan Pendidikan.
HEAL telah melancarkan Dana I pada Ogos 2020 dengan tiga pelaburan asas, yang menunjukkan kaliber bagi peluang-peluang pertumbuhan tinggi yang tersedia untuk Dana itu: Pusat Pembelajaran Awal Pinggir (Australia), Removery (Pembuangan Tatu, Amerika Syarikat) dan Fertility Partners (IVF, Kanada) dan telah membuat beberapa pelaburan lanjut merentasi Amerika Syarikat, Australia dan Asia. Dana I telah ditutup setelah terlebih langganan dengan komitmen sebanyak A$140 juta, yang melepasi sasaran awal mereka sebanyak A$100 juta. Martin Robinson dari HEAL Partner, berkata, “Kami sangat gembira dengan komposisi dan prestasi oleh syarikat-syarikat portfolio Dana 1 kami. Kami telah komited sebahagian besar dana kami setakat ini, dengan bakinya akan digunakan ke dalam portfolio sedia ada dalam tempoh enam bulan akan datang. Kami telah melihat beberapa pelaburan pihak ketiga di seluruh syarikat portfolio kami pada premium yang ketara berbanding harga kemasukan awal kami.”
HEAL menyasarkan aset Kesihatan, Pendidikan dan Gaya Hidup yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan berskala global dan/atau serantau serta mempunyai satu komitmen yang teguh terhadap ESG. Selain daripada mengasaskan peluang mereka sendiri, HEAL melabur dalam pusingan peringkat seterusnya di mana ia boleh menjadi sebuah peserta yang aktif dan terlibat dalam pengurusan dan operasi aset pendasar.
“Sejak melancarkan HEAL, kami telah kagum dengan sejumlah besar peluang-peluang berkualiti tinggi dan boleh dilabur yang telah kami nilai yang menunjukkan anjakan seismik yang sedang berlaku di seluruh sektor HEAL. Untuk Dana II, kami mempunyai satu saluran yang teguh bagi peluang-peluang baharu selain peluang susulan yang terdapat dalam beberapa syarikat portfolio Dana I kami,” kata Robinson.
NOTA:Maklumat mengenai HEAL PartnersHEAL adalah sebuah jentera pelaburan pecutan peringkat pertumbuhan awal yang memberi tumpuan kepada perniagaan pertumbuhan yang menjanakan pendapatan di dalam sektor kesihatan, pendidikan dan gaya hidup yang berpotensi untuk perubahan radikal disebabkan oleh inovasi teknologi dalam skala dan industri global. Dipimpin oleh sebuah pasukan pengasas, pelabur, pengurus portfolio dan pengendali yang terbukti, kami memberi tumpuan kepada memanfaatkan peluang yang dicipta oleh kepakaran baharu di pasaran maju.
Layari:
www.healpartners.comMaklumat mengenai ElliottElliott Investment Management L.P. menguruskan aset bernilai kira-kira $51.5 bilion. Dana utama mereka, Elliott Associates, L.P., telah diasaskan pada tahun 1977, menjadikannya satu daripada dana paling tua di bawah pengurusan berterusan. Pelabur dana Elliott termasuk pelan pencen, dana kekayaan negara, endowmen, yayasan,
funds-of-funds atau sebuah dana terkumpul yang melabur di dalam dana lain, individu dan keluarga yang mempunyai nilai bersih yang tinggi, dan pekerja di firma itu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52642905/en HubungiJack Gordan
Citadel-MAGNUS
jgordon@citadelmagnus.com+61 2 8234 0116 / 0478 060 362
Sumber : HEAL PartnersTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA