ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PROGRAM SINGGAH SAHUR RAMADAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) DENGAN KERJASAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

Monday 11/04/2022



KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Pasukan Bomba Sukarela (PBS) HASiL, Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS) Cawangan Cheras,  dan Srikandi HASiL Cheras telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia bagi menjayakan Program Singgah Sahur Ramadan bagi menyantuni petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) serta golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.

Program yang bermula seawal jam 3.00 pagi tersebut melibatkan 23 orang Hasilian dengan lapan buah kenderaan serta dua orang wakil daripada Yayasan Food Bank Malaysia telah mensasarkan sebanyak lima lokasi singgah sahur. Antara lokasi yang terlibat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara dan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Sebanyak 100 pek juadah sahur sumbangan PERKIS HASiL Cheras beserta barangan keperluan harian sumbangan HASiLIAN Cheras & Yayasan Food Bank Malaysia di samping risalah percukaian untuk petugas barisan hadapan telah diedarkan dalam program tersebut.

Pasukan Singgah Sahur HASiL diketuai oleh Tuan Haji Nasruddin Mat Nasir, Pengarah HASiL Cawangan Cheras merangkap Pengerusi PBS HASiL manakala Puan Yang Rafidah Othman, Eksekutif Perhubungan NGO mengetuai pasukan Yayasan Food Bank Malaysia.

Turut bersama-sama menjayakan program ini ialah Puan Hajah Ayu Masni Hasan, Pengerusi Srikandi HASiL Cheras,  Puan Noor Haliza Abdullah Sani, Timbalan Pengerusi Srikandi HASiL Cheras, Encik Mohd Soffee Mohd Zahir, Penasihat PERKIS Cheras, Encik Mohd Faizol Husain, Pengerusi PERKIS Cheras, Encik Jusoh Mohd Lazin, Pengurus Unit Audit, Exco PBS Hasil serta Exco PERKIS Cheras. Program ini diakhiri dengan sesi bersahur dan solat Subuh secara berjemaah di Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas Kuala Lumpur bersama dengan Pegawai Bomba Kanan II Tuan Abu Hassan Ibrahim.

HASiL sentiasa komited untuk memenuhi aspirasi kerajaan bagi membantu semua lapisan masyarakat yang terkesan dengan pandemik yang melanda negara di samping menyemarakkan semangat Nur Ramadan bagi tahun 2022 ini. Semoga sumbangan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
Tarikh: 09 April 2022
 
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi 
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.