Anis juga menyertai Lembaga Eksekutif WiproDUBAI, Emiriah Arab Bersatu & BANGALORE, India, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), sebuah syarikat teknologi maklumat, perundingan dan perkhidmatan proses perniagaan terkemuka dunia, telah mengumumkan pelantikan Anis Chenchah sebagai ahli bagi Lembaga Eksekutif Wipro dan Ketua Pegawai Eksekutif, APMEA (Asia Pasifik, India, Timur Tengah dan Afrika).
Anis mempunyai lebih dua dekad pengalaman di dalam Perundingan, IT dan Perkhidmatan Proses Perniagaan. Beliau menyertai dari Capgemini di mana beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Global bagi Perkhidmatan Perniagaan Capgemini dan ahli bagi Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan itu. Sebelum itu, Anis memegang pelbagai peranan kepimpinan di dalam Perkhidmatan Kewangan Capgemini merentasi Eropah dan Timur Tengah.
“Saya sangat mengalu-alukan Anis ke Wipro. Pelantikan beliau adalah satu petunjuk yang berani berhubung cita-cita kami untuk pertumbuhan eksponen dan kepimpinan dalam APMEA ketika kami memanfaatkan masa depannya yang cerah. Dengan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang di dalam memacu pertumbuhan tinggi dalam pelbagai konteks, menguruskan transformasi yang kompleks dan membina pasukan yang berprestasi tinggi, Anis berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepatkan kejayaan kami di dalam pasaran strategik ini,” kata
Thierry Delaporte, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Wipro.“Saya mengagumi tujuan Wipro dan komitmen mereka yang luar biasa terhadap kebaikan sosial dan kagum dengan keberkesanan transformasi mereka sejak dua tahun yang lalu. Ia adalah satu penghormatan untuk menerajui perniagaan Wipro di sebuah rantau yang saya sangat minati, dan untuk bekerjasama dengan pelanggan kami ketika mereka mempercepatkan perniagaan dan transformasi digital mereka,” kata
Anis Chenchah.Anis memegang sebuah ijazah Sarjana di dalam Kejuruteraan daripada ENSISA di Perancis.
N S Bala, yang telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pasaran Strategik APMEA sejak setahun yang lalu, telah mengambil keputusan untuk berpindah balik ke Amerika Syarikat di atas sebab-sebab peribadi. Kami menghormati keputusan beliau untuk berpindah dari Wipro dan ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada beliau, bukan sahaja kerana menetapkan satu asas yang kukuh di APMEA tetapi juga di atas sumbangan berterusan beliau kepada Wipro sepanjang tiga dekad yang lalu. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau untuk usaha beliau yang seterusnya.
Maklumat mengenai Unit Pasaran Strategik APMEAWipro mempunyai satu kehadiran dan pengalaman yang kukuh merentasi pelbagai wilayah yang terdiri daripada APMEA. Unit pasaran ini memainkan satu peranan strategik sebagai ‘enjin pertumbuhan’ bagi organisasi itu, terutamanya dengan peningkatan permintaan daripada pelanggan kami bagi penyelesaian pemodenan dan transformasi digital yang komprehensif, kepakaran domain yang mendalam dan inovasi pada skala. Selaras dengan cita-cita pertumbuhan kami, kami terus melabur di dalam penyetempatan dan membina bakat yang pelbagai, sambil mengukuhkan perkongsian ekosistem kami dan pengetahuan tentang permintaan serantau bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.
Maklumat mengenai Wipro LimitedWipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO) adalah sebuah syarikat teknologi maklumat, perundingan dan perkhidmatan proses perniagaan terkemuka dunia. Kami memanfaatkan kuasa bagi pengkomputeran kognitif, automasi hiper, robotik, awan, analitik dan teknologi baru muncul untuk membantu pelanggan kami menyesuaikan diri dengan dunia digital dan menjadikan mereka berjaya. Sebuah syarikat yang diiktiraf di peringkat dunia kerana portfolio perkhidmatan mereka yang komprehensif, komitmen yang kukuh terhadap kemapanan dan warga korporat yang baik, kami mempunyai lebih 220,000 orang pekerja yang berdedikasi yang berkhidmat untuk pelanggan merentasi enam benua. Bersama-sama, kami menemui idea dan menghubungkan titik-titik untuk membina sebuah masa depan baharu yang lebih baik dan berani.
Kenyataan yang Berpandangan ke HadapanKenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini mewakili kepercayaan Wipro berhubung peristiwa masa depan, kebanyakannya adalah mengikut sifat semula jadinya, sememangnya tidak pasti dan berada di luar kawalan Wipro. Kenyataan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berhubung prospek pertumbuhan Wipro, keputusan operasi kewangan masa depan mereka, dan rancangan, jangkaan dan hasrat mereka. Wipro memberi amaran kepada pembaca bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berhubung turun naik dalam pendapatan, hasil dan keuntungan kami, keupayaan kami untuk menjana dan menguruskan pertumbuhan, menyelesaikan tindakan korporat yang dicadangkan, persaingan sengit di dalam perkhidmatan IT, keupayaan kami untuk mengekalkan kelebihan kos kami, kenaikan gaji di India, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan profesional yang berkemahiran tinggi, masa dan kos lebihan pada harga tetap, kontrak jangka masa tetap, tumpuan pelanggan, sekatan ke atas imigresen, keupayaan kami untuk menguruskan operasi kami di peringkat antarabangsa, mengurangkan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan di dalam rangkaian telekomunikasi, keupayaan kami untuk berjaya menyelesaikan dan menyepadukan pemerolehan yang berpotensi, liabiliti untuk ganti rugi pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan bagi syarikat di mana kami membuat pelaburan strategik, penarikan balik insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, perang, sekatan undang-undang ke atas penjanaan modal atau memperoleh syarikat di luar India, penggunaan tanpa kebenaran harta intelek kami dan keadaan ekonomi secara am yang menjejaskan perniagaan dan industri kami. Keadaan itu yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 boleh mengurangkan perbelanjaan teknologi, menjejaskan permintaan untuk produk kami, menjejaskan kadar perbelanjaan pelanggan dan boleh menjejaskan keupayaan atau kesanggupan pelanggan kami untuk membeli penawaran kami, menangguhkan keputusan pembelian oleh bakal pelanggan, memberi kesan buruk kepada keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan perundingan di tapak dan ketidakupayaan kami untuk menyampaikan kepada pelanggan kami atau menangguhkan penyediaan penawaran kami, yang kesemuanya boleh menjejaskan jualan kami di masa depan, hasil operasi dan prestasi kewangan secara keseluruhan. Operasi kami juga mungkin terjejas secara negatif oleh pelbagai faktor luaran yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 yang bukan berada di dalam bidang kawalan kami. Risiko tambahan yang boleh menjejaskan keputusan operasi kami di masa hadapan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Laporan Tahunan pada Borang 20-F. Pemfailan ini boleh didapati di
www.sec.gov.Kami boleh, dari semasa ke semasa, membuat kenyataan bertulis dan lisan tambahan yang berpandangan ke hadapan, termasuk kenyataan yang terkandung di dalam pemfailan syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada pemegang saham. Kami tidak berjanji untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh kami atau bagi pihak kami.