ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MITSUBISHI POWER AERO MENYEDIAKAN UNIT KUASA MUDAH ALIH, ATAS PERMINTAAN, AERO-DERIVATIF KEPADA LIFE CYCLE POWER UNTUK MENGUKUHKAN GRID ELEKTRIK TEXAS

Tuesday 12/04/2022



GLASTONBURY, Conn., 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Power Aero LLC, sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian kuasa atas permintaan yang pantas, telah menandatangani satu perjanjian dengan Life Cycle Power (Houston, Texas) untuk membekalkan lima unit turbin gas FT8® MOBILEPAC®, untuk menambahkan 155 megawatt keupayaan kepada armada LCP.

Penjana mudah alih 31 megawatt berbilang bahan api Mitsubishi Power Aero itu memenuhi keperluan segera, termasuk bantuan bencana dan kuasa kecemasan. Dalam penggunaan ini, LCP menjangka untuk menyampaikan kapasiti penjanaan sokongan kecemasan kepada utiliti elektrik yang memberikan perkhidmatan kepada pasaran Texas. Unit MOBILEPAC itu boleh menyokong grid itu untuk menyediakan elektrik kepada lebih 150,000 rumah dan perniagaan yang mungkin berada dalam kegelapan semasa kejadian cuaca ekstrem seperti yang berlaku semasa vorteks kutub 2021.

Grid kuasa harus memastikan permintaan dan bekalan tenaga seimbang pada setiap masa atau berisiko terputus bekalan tanpa kawalan. Pada Februari 2021, ERCOT mengarahkan penjana kuasa di seluruh Texas untuk memotong kuasa ke sebahagian besar negeri itu untuk mengelakkan kejadian terputus bekalan yang lebih besar yang boleh menyebabkan sebahagian besar Texas tanpa bekalan elektrik.

John Tuma, Ketua Pegawai Eksekutif Life Cycle Power, berkata, “Membina kebingkasan grid terhadap cuaca ekstrem adalah satu kerja dalam proses, dan pegawai-pegawai negeri dan agensi negeri telah menggalakkan syarikat-syarikat tenaga untuk memastikan loji, talian penghantaran dan kemudahan lain mereka dapat bertahan terhadap cuaca buruk. Sumber penjanaan mudah alih sokongan Life Cycle Power boleh membantu utiliti dan operasi yang memerlukan kuasa yang boleh dipercayai untuk mengurangkan kesan negatif kepada keadaan cuaca seperti yang telah menguji dengan teruk grid elektrik kami pada tahun lepas.”

“Kepantasan adalah satu pertimbangan penting untuk memajukan projek ini,” kata Raul Pereda, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Power Aero. “Life Cycle Power memerlukan penghantaran segera dan pemasangan pantas, dan yang lebih penting, peralatan penjanaan yang boleh dipercayai dan fleksibel yang direka untuk memberikan kuasa dengan pantas. Apabila anda menghidupkan suis itu, anda boleh mengharapkan unit MOBILEPAC untuk bertindak balas serta-merta, dan memberikan kuasa pada bila-bila masa dan di mana sahaja dunia memerlukannya.”

Maklumat mengenai Mitsubishi Power Aero LLC
Mitsubishi Power Aero LLC, yang beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut, Amerika Syarikat, adalah sebuah pemimpin di dalam pembekalan bagi penyelesaian kuasa atas permintaan yang pantas kepada pengeluar kuasa global dan pelanggan perindustrian dan minyak dan gas. Kami menyediakan produk dan perkhidmatan yang fleksibel dan boleh disesuaikan, termasuk pakej turbin gas derivatif aero yang menjanakan antara 30 hingga 140 MW, perkhidmatan yang disesuaikan dan selepas pasaran yang responsif, kepakaran EPC turnkey, dan penyimpanan bateri. Ketika permintaan untuk tenaga elektrik meningkat, dan lebih banyak bahan boleh diperbaharui ditambah kepada grid kuasa, Mitsubishi Power Aero akan terus memainkan satu peranan penting di dalam menyediakan keselamatan tenaga kepada pelanggan di seluruh dunia. Mitsubishi Power Aero adalah sebuah syarikat kumpulan bagi Mitsubishi Power Americas, Inc. Hubungi kami di aero.power.mhi.com dan LinkedIn.
 
Maklumat mengenai Life Cycle Power
Life Cycle Power adalah sebuah syarikat penyelesaian kuasa siap guna yang berpangkalan di Houston, Texas, yang menggunakan penjana turbin gas mudah alih untuk membekalkan kuasa yang bersih, boleh dipercayai dan menjimatkan kos kepada pelanggan di dalam sektor tenaga elektrik, minyak dan gas, perlombongan dan industri lain. Penyelesaian mesra alam LCP membolehkan pengendali untuk menghapuskan sebahagian besar penggunaan diesel bagi penjanaan kuasa dan mengurangkan jejak karbon mereka dengan menggunakan pelbagai bahan api termasuk gas asli kepala telaga yang sebaliknya boleh meletup. LCP mengendalikan lebih daripada 750 megawatt penjana turbin gas mudah alih di Amerika Syarikat.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220406006118/en/ 

Hubungi

Stefan Zavatone, Naib Presiden bagi Pemasaran & Komunikasi
860-368-5499
stefan.zavatone@aeropowermhi.com

Sumber : Mitsubishi Power Aero LLC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.