ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  WEBINAR 'PEMBEBASAN PALESTIN: DI MANA SUARA NEGARA-NEGARA ISLAM?'

Wednesday 13/04/2022



KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Pembebasan Palestin: Di Mana Suara Negara-Negara Islam’ secara dalam talian pada 12 April 2022. Webinar ini dianjurkan bagi membincangkan isu penjajahan bumi Palestin oleh rejim Zionis- Israel dan kepentingan untuk memahami perkara ini dari perspektif sejarah, ketamadunan, hak asasi dan juga kepentingan geopolitik di rantau tersebut.

Yang Berhormat Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Duta Khas YAB Perdana Menteri di Timur Tengah (bertaraf Menteri) telah menyampaikan ucap tama bertajuk “Palestin: Apa Umat Islam Perlu Tahu?” di dalam Webinar ini. Di antara perkara yang ditekankan oleh Yang Berhormat adalah berkenaan kepentingan penyatuan umat Islam dan keperluan umat Islam untuk kembali kepada Islam kerana perpecahan umat Islam sebenarnya menguntungkan musuh-musuh Islam. Dalam konteks isu Palestin, perpecahan ini telah menguatkan Rejim Israel.
 
Empat orang pembentang telah dijemput untuk membincangkan tajuk-tajuk yang penting kepada perbincangan webinar ini. Mereka adalah Prof. Dr Mohd Roslan Md Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang telah membentangkan tajuk “Palestin dan Al-Aqsa: Apakah Nilainya bagi Ummah?”; Prof Madya Dr Aminurrasyid Yatiban, Pengarah Pusat Kecemerlangan Islamic Jerusalem, Universiti Utara Malaysia yang membentangkan tajuk Palestin dalam lanskap Geopolitik di Timur Tengah”; Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail,  Pengerusi Boycott, Divestment and Sanction (BDS) Malaysia telah membentangkan tajuk “Aparteidisme Era Baru di dalam Konflik Palestin-Israel dan Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Ketua Unit Penyelidikan dan Pendidikan, Yayasan Isra’ Malaysia yang membentangkan tajuk “Palestin dan Kesatuan Suara Ummah”.

Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan ucapan penutup di webinar ini di mana beliau telah berkongsi perkembangan terkini yang berlaku di Palestin dan harapan rakyat Palestin kepada Malaysia serta negara-negara Islam yang lain.
 
IKIM mengharapkan agar webinar ini dapat menyumbang secara bermakna kepada peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama terhadap isu Palestin dan juga berkenaan pentingnya kesatuan umat Islam dalam memperjuang dan mempertahankan hak rakyat Palestin yang dizalimi oleh Rejim Israel di tanah air mereka sendiri.

UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
13 April 2022

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil 
Tel:  013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.