ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY INC. MENGUMUMKAN PEMENANG BAGI SIRI DUNIA NFTE BAGI CABARAN INOVASI

Friday 22/04/2022



Table

Sebagai sambutan bagi Hari Kreativiti dan Inovasi, Mary Kay berbangga untuk mengumumkan STEMinists sebagai pemenang bagi Siri Dunia NFTE bagi Cabaran Inovasi yang menangani SDG 5: Kesaksamaan Jantina. (Foto: Mary Kay Inc.)
 

Cabaran itu meminta usahawan muda untuk menyelesaikan kesaksamaan jantina di tempat kerja untuk membantu memajukan Matlamat Pembangunan Lestari PBB

DALLAS, 22 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, hari ini mengumumkan Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi (WSI) kedua mereka dengan kerjasama Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE). Pengalaman pendidikan global itu menjemput golongan muda berumur 13-24 tahun untuk menyalurkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka untuk mencari penyelesaian bagi cabaran terbesar yang dihadapi oleh dunia pada hari ini dan membantu memajukan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB sambil memupuk sebuah minda keusahawanan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220421005111/en/

Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi Mary Kay menggalakkan golongan muda dari seluruh pelosok dunia untuk mengemukakan penyelesaian berinovatif bagi menangani Matlamat Pembangunan Lestari 5: Kesaksamaan Jantina. Secara khusus, cabaran ini meminta pelajar memikirkan cara untuk menggalakkan kesaksamaan di tempat kerja dan memastikan akses yang sama rata kepada peluang ekonomi bagi wanita dan gadis. Sebelum COVID, berdekad data menunjukkan peningkatan wanita di dalam tenaga kerja. Walaupun jurang gaji berterusan, lebih ramai wanita telah menyertai pasaran buruh pada setiap tahun. Tetapi kehilangan pekerjaan akibat pandemik memberi kesan yang tidak seimbang kepada wanita, dan sejak tahun 2020, pendakian ke atas kepada kesaksamaan tenaga kerja telah meningkat lebih curam.

“Tahniah kepada pemenang untuk Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi pada tahun ini! Mary Kay sedar mengenai pentingnya keusahawanan dan peranan yang dimainkannya di dalam dunia pada hari ini dan pada masa hadapan, itulah sebabnya kami melabur setiap tahun dalam program dan inisiatif untuk membantu memperkasakan wanita dan gadis di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi untuk Mary Kay Inc. “Kami sangat teruja untuk pesaing dan pemenang yang menangani cabaran ini dan menunjukkan pemikiran ke hadapan bagi penyelesaian dan mengenal pasti peluang-peluang hebat untuk mencapai kesaksamaan jantina di tempat kerja.”

NFTE adalah sebuah organisasi pendidikan global yang tidak mencari keuntungan yang membawa kuasa keusahawanan kepada belia dalam komuniti berpendapatan rendah. Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi (WSI) itu menjemput cabaran tajaan korporat untuk menangani Matlamat Pembangunan Lestari PBB itu.

NFTE, yang menjangkau lebih 50,000 belia di seluruh dunia, menyaksikan lebih 3,000 pelajar daripada pelbagai latar belakang menyerahkan idea dalam Cabaran WSI tahun ini. Lebih 400 pelajar mengambil bahagian di dalam cabaran tajaan Mary Kay itu. Tiga pemenang bagi Cabaran 2021 Mary Kay ialah:

· Tempat Pertama: STEMinists mencipta sebuah portal dalam talian yang menghubungkan profesional wanita dengan pelajar STEM wanita muda sebagai mentor untuk meningkatkan kejayaan wanita dalam bidang STEM. Dibangunkan oleh Misaki Nguyen yang berumur 15 tahun dari Sekolah Menengah Silver Creek di San Jose, California.
· Tempat Kedua: Pads for Peace, satu perkhidmatan kotak langganan produk feminin, mendermakan sebuah kotak kepada tempat perlindungan gelandangan untuk setiap kotak yang dibeli. Dibangunkan oleh Ashley Cohen, Olivia Mooney dan Ashley Simonian, yang kesemuanya berumur 14 tahun, dari Sekolah Brentwood di Los Angeles.
· Tempat Ketiga: Black Girls Mean Business, sebuah program perniagaan musim panas maya untuk gadis sekolah menengah kulit Hitam, memadankan profesional muda dengan mentor daripada perniagaan terkemuka industri. Dibangunkan oleh Brianna Holmes, Alyssa Torres, Rachel Holmes, yang kesemuanya berumur 17 tahun, dan Cherry Zhang, 18 tahun dari Sekolah Menengah Silver Creek di San Jose, California.

“Setiap tahun, pasukan-pasukan anak muda dari seluruh dunia menyahut seruan WSI dengan memanfaatkan kreativiti mereka untuk penyelesaian berinovatif kepada beberapa masalah paling mendesak di dunia,” kata Dr. J.D. LaRock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NFTE. “Golongan muda berani dan bercita-cita tinggi dan sering bermotivasi oleh apa yang mereka minat. WSI menawarkan mereka satu peluang untuk mengembangkan idea mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kerana berfikir secara kreatif tentang isu-isu seperti kemiskinan, kesaksamaan dan keterangkuman serta keadilan sosial dan alam sekitar.”

Siri Dunia NFTE bagi Cabaran Inovasi 2021 dipersembahkan oleh Yayasan Citi dan menampilkan cabaran daripada Bank of the West, Yayasan Citi, Ernst & Young LLP (EY US), Mary Kay Inc., Maxar Technologies, PIMCO dan Saint-Gobain.

Untuk maklumat lanjut tentang Siri Dunia bagi Inovasi dan semua cabaran, sila layari https://innovation.nfte.com

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: untuk membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Sejak itu impian tersebut telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Di samping melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan produk yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka. Dengan menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka, syarikat kami terus memastikan visi asal Mary Kay Ash terus bersinar pada hari ini. Ketahui lebih lanjut di MaryKayGlobal.com.

Maklumat mengenai NFTE
 
Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE) adalah sebuah organisasi global yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan pendidikan keusahawanan berkualiti tinggi kepada pelajar sekolah menengah dan tinggi dari komuniti yang kurang sumber, serta program untuk pelajar kolej dan orang dewasa. NFTE  menjangkau ke lebih 50,000 orang pelajar setiap tahun di 25 negeri merentasi Amerika Syarikat dan menawarkan program di 18 buah negara tambahan. Kami telah mendidik lebih satu juta pelajar melalui program dalam sekolah, luar sekolah, kolej, dan kem musim panas, yang ditawarkan secara peribadi dan dalam talian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara bagaimana kami mempromosikan kapitalisme yang inklusif dan membina generasi berikut bagi usahawan yang berbeza, sila layari www.nfte.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220421005111/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Global Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972-687-5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

  

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.