ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  DUAL MINERS MENGUBAH PERMAINAN DALAM PERLOMBONGAN MATA WANG KRIPTO

Monday 25/04/2022



HELSINKI, Finland, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dual Miners baru-baru ini mendapat pengiktirafan sebagai syarikat pertama yang pernah memperkenalkan rangkaian luar biasa pelantar perlombongan mata wang kripto endoterma. Satu pasukan pelabur telah berusaha untuk menjadikan perlombongan kripto sebagai suatu proses yang mudah dan menguntungkan. Yang lain berpendapat bahawa perlombongan mata wang kripto menjadi semakin sukar, tetapi pengumuman baharu daripada Dual Miners, yang kini dikeluarkan di seluruh dunia, perkakasan pelombong dual pertama di dunia, yang menggunakan SHA-256 dan Scrypt untuk melombong.

Sila layari (https://dualminers.com/products/) untuk maklumat lanjut. Selain itu, pelombong dual boleh dikonfigurasikan untuk memproses transaksi bagi mata wang kripto lain yang menggunakan algoritma cincangan SHA-256 atau Scrypt.

Disebabkan reka bentuk perkakasan yang inovatif, cip perlombongan Dual Miners, FM9800-XD112, mencapai kadar cincangan yang tinggi sambil menggunakan jumlah tenaga yang paling sedikit. Ia ditampilkan dengan pengawal terbina dalam serta perisian yang telah siap dipasang. Berikutan tempoh ujian yang panjang termasuk penilaian, prototaip dan ujian tekanan dalam keadaan ekstrem, produk perkakasan DualPro dan DualPro Max Dual Miner, serta produk perkakasan DualPremium, kini tersedia untuk pengeluaran secara besar-besaran.

Kelebihan Menggunakan Dual Miners
Apakah kelebihan menggunakan sistem Penjimat Tenaga Dipertingkatkan Dual Miners berbanding sistem lain? Menurut pencipta penyelesaian, setiap mesin akan dilengkapi dengan sistem penyejukan, cip 7-nanometer, mekanisme pengurangan hingar, kelembapan operasi terkawal dengan bekalan kuasa dan sambungan rangkaian wayarles (Wi-Fi) atau sambungan Ethernet. Dengan kadar lengahan yang singkat, pengguna boleh melombong Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), Monero (XMR), Ethereum (ETH) dan beberapa mata wang kripto lain hasil kepakaran algoritma yang tersedia pada sistem, yang terdiri daripada teknologi perisian dan perkakasan terkenal di peringkat global.

Pasukan Dual Miners terdiri daripada profesional berpengalaman
Dual Miners ialah firma reka bentuk dan pembuatan cip dengan ibu pejabat yang terletak di London, United Kingdom. Ia mempunyai beberapa pasukan dengan kepakaran yang mendalam dalam teknologi rantaian blok dan reka bentuk teknologi.

Syarikat tersebut, yang mempunyai pejabat di tiga benua, menyediakan perkhidmatan pembangunan dompet kripto serta unit pemprosesan grafik kepada para pelanggan. Ia juga mempunyai pengalaman yang luas antaranya dalam bidang pembangunan Rantaian Blok dan penyelesaian perlombongan bitcoin.

Disebabkan pengalamannya yang luas dalam perniagaan Rantaian Blok, Dual Miners adalah nama yang sangat dikenali dalam bidang tersebut. Hasil daripada pengalaman ini, ia telah diperakui oleh firma seperti Kraken, ASG Expertise dan FIS International. Dual Miners menggunakan pengetahuan terdahulunya untuk digunakan dengan baik sekali lagi untuk menyediakan penyelesaian inovatif kepada para pengguna Mata Wang Kripto.

Harga dan Ketersediaan menjadi pertimbangan penting
Dual Miners akan menanggung yuran penghantaran serta yuran kastam, oleh itu pengguna hanya perlu membayar untuk unit dan menerima semua peralatan yang mereka perlukan untuk bermula tanpa sebarang bayaran tambahan. "Pengguna kini sedar bahawa pesaing kami telah dikalahkan. Mereka tidak mampu mengambil allih kuasa kami atau mengambil kesempatan daripada kos elektrik kami yang sangat rendah. Walaupun syarikat kami bersaiz kecil, kami mempunyai kuasa melombong yang sangat besar; DualPremium menjana 60 TH/saat untuk Bitcoin dan 2.1 GH/saat untuk Litecoin. Ia adalah pelaburan terbaik yang tersedia di pasaran," kata Michael Scott, Pengarah Operasi merangkap Ketua Pegawai Operasi Dual Miners. 

Tentang Dual Miners
Diasaskan pada tahun 2015, Dual Miners, yang disifatkan sebagai syarikat perlombongan dual pertama di dunia, telah ditubuhkan untuk membangun dan menjual pelombong dual Mata Wang Kripto terkemuka di dunia menggunakan teknologi SHA-256 atau Scrypt. Matlamat kami, bermula dengan DualPro Dual Miners, adalah untuk memberikan lebih kuasa pada kos yang lebih rendah daripada yang tersedia sebelum ini. Ibu pejabat Dual Miners terletak di London, United Kingdom dan mempunyai pejabat-pejabat lain di serata dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dualminers.com

Michael Scott

PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
Michael@dualminers.com
(+358) 41 4001034

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/16dc0570-9425-4920-bce1-4658333d6e81

Sumber: Dualminers Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.