ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  FIRMA KESELAMATAN WEB3 CERTIK MENUTUP PEMBIAYAAN TAMBAHAN $60 JUTA DARIPADA SOFTBANK SELEPAS SIRI B3 SEBANYAK $88 JUTA

Monday 25/04/2022



Dana tambahan untuk menyokong misi CertiK untuk menjamin dunia Web3 dengan produk dan perkhidmatan yang berinovatif

NEW YORK, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CertiK, firma keselamatan Web3 dan blok rantai global terkemuka, hari ini mengumumkan satu pelaburan tambahan $60 juta USD daripada SoftBank Vision Fund 2 dan Tiger Global. Ini menandakan usaha niaga pertama SoftBank ke dalam ruang keselamatan Web3.  Siri pusingan B3 $88 juta dan penilaian $2 billion CertiK telah diumumkan dalam bulan lalu, dengan diketuai oleh Insight Partners.  Pembiayaan tambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dilaburkan di dalam CertiK sepanjang sembilan bulan lalu kepada $290 juta USD.

Misi CertiK adalah untuk menjamin keselamatan dunia Web3 melalui satu set perkhidmatan keselamatan hujung ke hujung, yang menyediakan pelanggan dengan sebuah kedai sehenti untuk semua bagi keperluan keselamatan mereka. Permintaan untuk keselamatan blok rantai yang terkemuka di dalam industri kekal tinggi pada tahun 2022, berikutan lebih $1.3 bilion USD bagi aset kripto hilang kepada penjenayah siber pada tahun 2021. Dalam tempoh hanya suku pertama tahun ini, industri itu telah mengalami kerugian lebih $1 bilion di dalam mata wang kripto disebabkan oleh empat serangan utama, dan lebih $200 juta dalam pelbagai serangan pinjaman kilat.

“Penggunaan Web3 sedang berkembang pesat, tetapi kebimbangan mengenai keselamatan menghalangnya daripada mencapai potensi sepenuhnya,” kata Dennis Chang, Rakan Pengurusan di SoftBank Investment Advisers. “Kami percaya CertiK menggabungkan kepakaran yang mendalam di dalam keselamatan siber, blok rantai dan pengesahan sistem untuk menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan satu penyelesaian terkemuka di dalam keselamatan dan pengauditan blok rantai. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Profesor Gu dan pasukan itu untuk menyokong misi mereka untuk menjamin keselamatan dunia Web3.”

Permintaan yang semakin meningkat untuk keselamatan Web3 telah mendorong keperluan bagi pembangunan dan operasi selanjutnya bagi produk keselamatan yang lebih berinovatif dan dipacu oleh data untuk industri blok rantai. CertiK memenuhi permintaan ini melalui produk yang berinovatif seperti Papan Pendahulu Keselamatan, Pengauditan Kod dan Skynet, satu perkhidmatan pemantauan ancaman 24/7. CertiK juga baru-baru ini telah melancarkan KYC mereka dan perkhidmatan pengesanan penipuan sebagai tindak balas kepada trend yang semakin meningkat di sekitar projek rug-pulls atau tindakan berniat jahat di mana pembangun kripto meninggalkan sesuatu projek dan sama ada melarikan diri dengan dana projek atau menjual pegangan mereka dalam perlombongan yang telah diusahakan, dan penipuan.

“Kami sangat gembira dengan tindakan susulan ini kepada pusingan terbaharu kami kepada urus niaga ini. Sumbangan ini menekankan lagi kepentingan bagi keselamatan web3 dan akan membantu kami untuk terus melindungi industri blok rantai itu, dan membina kepercayaan di dalam komuniti projek kripto,” kata Ronghui Gu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CertiK.“Acara-acara seperti serangan silang rantai, pinjaman kilat, rug pulls dan banyak lagi telah menunjukkan keperluan untuk keselamatan web3 hujung ke hujung yang kami bangga dapat tawarkan, termasuk pengauditan kontrak pintar, pemantauan ancaman 24/7, dan KYC.”

Maklumat mengenai CertiK

Misi CertiK adalah untuk menjamin keselamatan dunia Web3. Bermula dengan blok rantai, CertiK menggunakan inovasi termaju daripada akademia ke dalam Perusahaan, yang membolehkan aplikasi kritikal misi dibina dengan keselamatan dan ketepatan. Beribu pejabat di Bandar Raya New York, CertiK telah diasaskan oleh profesor sains komputer Ronghui Gu dan Zhong Shao. CertiK disokong oleh peneraju industri, termasuk Insight Partners, Tiger Global, Sequoia, Coatue Management, Advent International, Goldman Sachs, Lightspeed, SoftBank Vision Fund 2, Hillhouse Capital, Binance, Coinbase Ventures dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari  https://www.certik.com/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220422005030/en/

Hubungi

Makayela Hills, Red Lorry Yellow Lorry
makayelah@rlyl.com

Sumber : CertiK

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.