ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  HISENSE MENYUMBANGKAN PERANTI BERKUALITI TERKEMUKA KEPADA TABUNG ENDOWMEN PARIS-SAINT-GERMAIN, MENJADIKAN DUNIA SEBUAH TEMPAT YANG LEBIH BAIK MELALUI AMAL

Monday 25/04/2022



Table
 
Cantine Solidaire (Foto: Business Wire)


QINGDAO, China, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hisense, sebuah perusahaan teknologi terkemuka di seluruh dunia, menjadi sebuah rakan global dengan Paris Saint-Germain pada tahun 2020. Sejak itu, dengan meraih manfaat daripada perkongsian ini, Hisense telah memperoleh banyak pengiktirafan dan sokongan daripada pengguna dan membina hubungan emosi yang lebih kukuh dengan peminat bola sepak di seluruh dunia. Sebagai sebuah perusahaan yang bertanggungjawab dari segi sosial, Hisense mengorak langkah yang lebih jauh dan meningkatkan perkongsian mereka dengan menyumbangkan pelbagai peranti berteknologi tinggi kepada program-program yang tidak mencari keuntungan dan menjadi sebuah penaung bagi Tabung Endowmen Paris Saint-Germain.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220423005007/en/

Hisense Menyumbangkan TV untuk Menyokong dan Memupuk Pembangunan Belia Sepenuhnya

Hisense telah menyumbangkan TV kepada Tabung Endowmen Paris Saint-Germain; TV ini telah digunakan di dalam Cantine Solidaire yang dianjurkan oleh Tabung Endowmen Paris Saint-Germain pada Mac 2022, di mana 200 remaja telah dialu-alukan ke Parc des Princes. Acara itu memberikan tumpuan kepada kesaksamaan, sukan, budaya, dunia digital, kewarganegaraan dan muzik dengan pelajar dijamu dengan makan tengah hari dan aktiviti sukan dan masa lapang serta sebuah bengkel CV.

Sabrina Delannoy, Timbalan Pengarah bagi Tabung Endowmen Paris Saint-Germain, mengulas mengenai perkongsian ini: “Kami gembira kerana rakan-rakan kelab itu berminat di dalam projek kami dan komited untuk menyokong kami. Ini menunjukkan bahawa ahli keluarga Paris Saint-Germain berkongsi nilai kami. Hisense adalah satu contoh untuk diikuti oleh pihak lain, kami berharap untuk terus bekerjasama dalam satu jangka panjang.”

Hisense untuk Memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat, Bermatlamat untuk Mewujudkan sebuah Dunia Lestari yang Lebih Baik

Cédric Audebert, Naib Presiden bagi Hisense Perancis, berkata: “Sebagai sebuah rakan Paris Saint-Germain, kami sangat berminat di dalam inisiatif sosial bagi Tabung Endowmen Paris Saint-Germain. Sukan ialah satu cara untuk berkongsi dan menyatakan perpaduan, dua nilai yang penting bagi kami. Matlamat kami adalah untuk menunjukkan sokongan yang berterusan bagi Tabung Endowmen Paris Saint-Germain, dan kami menggesa semua syarikat untuk datang dan menyertai kami.”

Hisense menumpukan kepada amal dan pembangunan lestari di seluruh dunia, ia telah menyumbangkan banyak peralatan rumah yang berteknologi tinggi secara eksklusif untuk program Tabung Endowmen Paris Saint-Germain. Sebagai sebahagian daripada sumbangan di atas, Hisense mendermakan TV untuk “PERCUTIAN PSG,” dengan menyediakan peralatan yang lebih baik untuk kanak-kanak mendapat pengalaman latihan yang lebih baik; juga, Hisense menyumbangkan sebuah TV skrin besar untuk ‘program Sekolah Merah & Biru’, memberikan sokongan jangka panjang dan persekitaran yang lebih baik untuk latihan selepas sekolah.

Hisense telah mendukung konsep yang berorientasikan rakyat, menyokong badan-badan amal secara aktif, menumpukan kepada tanggungjawab sosial dan berusaha untuk membuat sumbangan baharu kepada pembangunan kelestarian global.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220423005007/en/

Hubungi

Caroline Chen
Pasukan Perhubungan Awam Hisense
hisenseglobal@ogilvy.com
+8613922322347

Sumber : Hisense

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.