ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK SUMBANG ZAKAT, SANTUNI KOMUNITI SETEMPAT DI PASIR PUTEH

Tuesday 26/04/2022



Table

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (kelima dari kiri) bersama Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II (kelima dari kanan) dan Tengku Din Tengku Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Ma’had Al Itqan Li Al Tahfiz Wa Al Dakwah (MITD) (keempat dari kanan) di majlis iftar dan penyerahan zakat anjuran Agrobank di Pasir Puteh, Kelantan pada 23 April 2022.


PASIR PUTEH, KELANTAN, 26 April (Bernama) -- Agrobank menyantuni dan meraikan komuniti setempat dengan golongan asnaf daripada kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) kawasan Pasir Puteh di majlis iftar dan sumbangan zakat anjuran Agrobank bersama Ma’had Al Itqan Li Al Tahfiz Wa Al Dakwah (MITD), yang berlangsung pada 23 April 2022.

Sumbangan zakat sebanyak RM10,000 telah diserahkan kepada pihak pengurusan MITD, manakala RM8,000 diedarkan kepada kepada 80 orang asnaf daripada kalangan OKU. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II.

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada mandat Bank dalam mengukuhkan kesejahteraan sosial dengan menambah baik dan meningkatkan taraf kehidupan komuniti kurang mendapat liputan dan perhatian terutamanya di kawasan pedalaman.

“Kami berharap usaha murni ini akan dapat membantu pihak pengurusan MITD menjalankan tanggungjawab mereka dalam memenuhi keperluan pelajar-pelajar tahfiz sebagai sebuah institusi pengajian Al-Quran.

“Sebagai sebuah syarikat korporat yang prihatin, Agrobank berasa terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kami bersama komuniti setempat, khususnya golongan asnaf daripada kalangan OKU. Diharapkan sumbangan ini akan membawa makna bagi mereka, terutamanya yang memerlukan bantuan tambahan untuk persediaan menyambut Syawal kali ini,” katanya.

Pelbagai program pembangunan melibatkan golongan asnaf seperti program keusahawanan asnaf telah diusahakan Agrobank dengan kerjasama bersama pelbagai rakan strategik. Sepanjang tahun 2020 dan 2021, sekumpulan pelajar tahun akhir asnaf telah dipilih dan diberikan wang zakat serta bimbingan pengurusan perniagaan sehingga berjaya menguruskan perniagaan sendiri.

Terbaharu, Agrobank dengan kerjasama Lembaga Zakat Kedah (LZK) dan Hayat Teras Maju telah melancarkan Program Hijrah Asnaf Ruminan melibatkan anak muda di Kuala Nerang, Kedah dengan peruntukkan zakat keseluruhan berjumlah RM120,000.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, selain fokus untuk membangunkan komuniti agro dan industri asas tani pada keseluruhan, Agrobank sentiasa melihat dan menitik beratkan beban komuniti di luar sektor pertanian dan golongan yang memerlukan, agar mereka juga mampu maju menjadi penyumbang kepada ekonomi dan pertumbuhan negara.

“Kami mahu melihat mereka turut merasai nikmat dan ganjaran sebagai pemberi zakat apabila taraf kehidupan mereka bertambah baik pada masa hadapan,” katanya.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dilaksanakan menerusi 206 rangkaiannya sehingga tahun 2021 yang merangkumi 139 cawangan, 32 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 16 rangkaian perbankan.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

Nama: Rasheffa Abdul Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1650 / +6019-272 9907
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.