ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  GLOBAL TITANS MEMBAWAKAN ACARA SUKAN BAYAR-UNTUK-TONTON NFT YANG PERTAMA DI DUNIA SECARA LANGSUNG DARI HELIPAD BURJ AL ARAB, PADA 14 MEI, 2022

Wednesday 27/04/2022



Table

Poster Global Titans Mayweather (Foto: AETOSWire)


• ​Floyd “Money” Mayweather lwn “Dangerous” Don Moore
• Anderson Silva lwn Bruno Machado
• Badou Jack lwn Hany Atiyo
• Delfine Persoon lwn TBA

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ROQUMedia:

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220425005564/en/

FLOYD MAYWEATHER:
https://twitter.com/FloydMayweather/status/1517594581373648896?s=20&t=dEEnqLrQWsybIa81CA-JJA

Global Titans Fight Series mengumumkan acara NFT SPORTS YANG PERTAMA DI DUNIA akan memberikan akses kepada satu penstriman langsung eksklusif bayar-untuk-tonton bagi pemegang tiket NFT. Tiket Global Titans NFT itu dianggap sebagai satu detik yang bersejarah, di mana peminat sukan dan teknologi mengambil satu langkah besar ke hadapan, mengubah cara seseorang berinteraksi dengan hiburan langsung.

Tiket NFT itu akan memberikan akses untuk menonton Global Titans Dubai secara langsung dalam talian pada 14 Mei, di mana satu malam epik tinju di atas helipad di hotel ikonik Burj Al Arab Jumeirah. Acara yang menakjubkan itu menampilkan barisan yang hebat termasuk juara bintang Floyd Mayweather, Anderson Silva dan ramai lagi.

Satu detik penting untuk sukan antarabangsa, peminat yang membeli NFT akan juga  memperoleh sebuah tiket NFT Global Titans khas, yang sangat bernilai. Lebih daripada sebuah tiket acara, teknologi NFT menyediakan kepada pembeli dengan ciri-ciri unik seperti akses masa hadapan, ganjaran dan banyak lagi – kesemuanya meningkatkan nilai bagi pemilikannya lama selepas acara itu berakhir.

Membangunkan teknologi khas, ROQUMedia dan Yakomoz Events, pengasas bagi Global Titans, telah bekerjasama dengan pakar-pakar Web3, MintGate untuk NFT ini. Pembeli akan dapat menonton penstriman langsung bagi pertarungan sulung ini secara langsung dari mana-mana sahaja di dunia tanpa memerlukan kod akses atau kata laluan. Pemilik NFT hanya perlu menyambungkan dompet kripto mereka (seperti MetaMask) untuk akses serta merta.

Selain itu, pemilik bagi NFT ini akan dapat membuka kunci bagi koleksi 3D Edisi Terhad, kandungan video khas dan media rasmi daripada acara tersebut.

Terdapat dua tiket NFT Global Titans yang kini tersedia kepada orang ramai.

  • 80,000 NFT yang sangat bernilai dengan akses PPV di dalam Polygon Matic atau boleh dibayar melalui kad kredit.
     
  • Pada masa ini 10 tempat duduk keliling gelanggang NFT yang sangat eksklusif tersedia untuk menghadiri acara ini secara peribadi.
Tempat duduk untuk menghadiri acara itu dan tiket penstriman langsung NFT Bayar-Untuk-Tonton yang sangat bernilai boleh diperolehi di www.globaltitans.com

“MintGate sangat fokus kepada menjadikan pemilikan digital boleh diakses oleh sesiapa sahaja di dunia,” kata Jonathan Dunlap (Ketua Pegawai Eksekutif). “Untuk meneruskan misi ini, kami melancarkan satu cara revolusioner untuk membeli sebuah NFT secara terus dengan kad kredit,” kata Matt Hoffman (Ketua Pegawai Strategi).

Robert Quirke, ROQUMedia (Ketua Pegawai Eksekutif) berkata: “Bagi ramai orang, ini akan menjadi kali pertama mereka akan membeli sebuah NFT. Kami memastikan untuk memberikan mereka nilai yang hebat, dengan memasukkan aset digital yang menarik yang boleh didagangkan dan digabungkan untuk menonton penstriman langsung pertarungan Floyd Mayweather secara dalam talian. Acara langsung itu pada 14 Mei akan dikenali sebagai satu titik perubahan antarabangsa di mana sukan dan hiburan secara langsung menerima teknologi generasi seterusnya. Tiket PPV menggunakan Blok Rantai Polygon & MATIC, kerana ini menawarkan kepada peminat dengan bayaran gas yang paling rendah, menjadikannya lebih mesra alam.”

GLOBAL TITANS

Global Titans Dubai adalah yang pertama di dalam siri bagi acara tinju dan MMA khas yang akan dipentaskan di lokasi ikonik merentasi empat benua. Setiap acara utama disiarkan di seluruh dunia, dengan menampilkan petinju juara dan tiket NFT yang sangat bernilai secara eksklusif.

www.globaltitans.com

Tempat duduk untuk menghadiri acara itu dan tiket NFT Bayar-Untuk-Tonton yang sangat bernilai penstriman langsung: www.globaltitans.com

MINTGATE

MintGate adalah sebuah platform web3 yang terbukti untuk membina komuniti berasaskan keahlian dan meningkatkan perhubungan di  antara orang dan jenama yang mereka minati. Kami membawa orang lebih dekat dengan masa depan dengan membuka kunci nilai bagi pemilikan digital.

https://www.mintgate.io/

*Sumber: AETOSWire

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220425005564/en/

Hubungi

KATCH INTERNATIONAL
Sharanya Paulraj
E-mel: sharanya@katchthis.com

Sumber : ROQUMedia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.