ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  HANHWA MEMPEROLEH KOMITMEN MODAL AUS 140 JUTA DARIPADA GEM KETIKA SYARIKAT BERHASRAT UNTUK MENJADI SYARIKAT SENARAI AWAM

Thursday 05/05/2022



Syarikat itu berusaha untuk menjadi syarikat senarai awam pada tahun akan datang di ASX

MELBOURNE, Australia, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hanhwa Aus Pty Ltd (“Hanhwa”), Sebuah pengilang automotif global dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian ("Perjanjian") dengan GEM Global Yield LLC SCS ("GGY"), kumpulan pelaburan alternatif swasta yang berpangkalan di Luxembourg, untuk menyediakan kepada Hanhwa dengan satu kemudahan langganan saham sehingga AUS 140 juta bagi tempoh 36 bulan berikutan satu penyenaraian awam. Kemudahan langganan saham itu akan membolehkan Hanhwa untuk mengeluarkan dana dengan menerbitkan saham biasa kepada GEM. Hanhwa akan mengawal ketepatan masa dan saiz maksimum bagi penggunaan pinjaman tersebut dan tidak mempunyai tanggungjawab penggunaan pinjaman minimum. Serentak dengan satu penyenaraian awam Hanhwa akan mengeluarkan waran kepada GEM untuk membeli sehingga 5.2% daripada saham biasa syarikat itu.

Maklumat mengenai Hanhwa

Sejak penubuhan mereka pada tahun 2016, di Victoria, Australia, Hanhwa Aus Pty Ltd. (“Hanhwa”) ialah sebuah Syarikat Teknologi Automotif Global – Syarikat Pembuatan / Kejuruteraan dan Pengedaran Peralatan Asal, di dalam industri Automotif melalui sebuah model pengedaran langsung utama, dengan fleksibiliti di atas permintaan khas oleh syarikat-syarikat automotif global.

Hanhwa mempunyai sebuah produk terkemuka dunia oleh itu ia dapat bekerjasama dengan entiti antarabangsa berprofil tinggi termasuk Isuzu, Toyota, Mercedes-Benz, Fuso, Volvo, dengan mengimport ke lokasi yang disebutkan di atas serta EU dan Majlis Kerjasama Teluk.

Penegak teras Hanhwa meliputi semua teknologi elektronik automotif yang berkaitan dengan infotainmen, telematik dan bahagian elektronik. Hanhwa juga telah terlibat secara rapat di dalam segmen kenderaan elektrik mesra alam, setelah berusaha selama 2 tahun lepas melabur dan membangunkan di dalam penyelesaian dan paparan kawalan kenderaan elektrik untuk pasaran trak elektrik. Dengan pembangunan kenderaan mesra alam terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk komponen dan peranti elektronik automotif, apabila kenderaan itu mula mengalihkan tumpuan kepada mesra alam, memandu sendiri dan perkongsian kenderaan - kenderaan itu menyesuaikan diri dan berubah daripada satu "pengangkutan" yang sedia ada untuk menjadi "peranti bergerak" yang sangat dikaitkan dengan inovasi teknologi.

Syarikat induk Hanhwa Aus Hanhwa Hightech Co. Ltd (Hanhwa Korea) telah ditubuhkan pada tahun 1998, dan mula membekalkan komponen audio kereta, perkakas dan membekalkan eskutseon panel hadapan kepada sebuah pengeluar audio kereta di Jepun, dan juga membangun dan membekalkan abah-abah audio/pendawaian kereta untuk model kenderaan tertentu.

Sebagai sebuah kilang pembuatan, mereka telah memainkan satu peranan penting di dalam menghasilkan produk teras di Korea Selatan dan membantu Hanhwa Aus menjadi satu daripada pembekal alat ganti Automotif terkemuka dari segi jumlah jualan. Hanhwa Korea membantu Hanhwa Aus untuk mengekalkan reputasi hebat mereka bagi alat ganti Automotif mereka di seluruh dunia dan berkembang ke wilayah baharu.

“Komitmen Modal AUD $140 juta itu daripada rakan kongsi kami GEM mengukuh dan mempercepatkan pelan pertumbuhan 5 tahun kami dengan ketara dalam menjadi satu daripada pengeluar dan pengedar automotif terkemuka Australia untuk terus berkembang ke peringkat Global. Teknologi dan platform kami akan diperkasakan lagi dengan pengaturan kewangan ini dan GEM akan membantu rapat pada strategi perniagaan untuk memenuhi visi dan objektif jangka panjang syarikat itu. Kami gembira kerana infrastruktur dan pembangunan produk kami akan dipertingkatkan untuk membuka kunci nilai dan mempercepatkan pengembangan yang akan terus menambah baik model kami yang berjaya, dengan pertumbuhan hasil tahun ke tahun pada 2021 sebanyak 174%. Pasukan eksekutif Hanhwa sangat teruja untuk memanfaatkan prospek kami semasa penyenaraian di ASX bagi membolehkan pelanggan kami yang sedia ada dan akan datang untuk memiliki peralatan dan nilai terbaik di dalam sektor ini,” kata Ryan Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Aus Pty Ltd.

Maklumat mengenai GEM

Global Emerging Markets (“GEM”) adalah sebuah kumpulan pelaburan alternatif bernilai $3.4 bilion dengan mempunyai operasi di Paris, New York dan The Bahamas. GEM menguruskan satu set instrumen pelaburan yang pelbagai yang ditumpukan kepada pasaran baru muncul dan telah melengkapkan lebih 520 urus niaga di 80 buah negara. Setiap instrumen pelaburan mempunyai satu tahap kawalan operasi yang berbeza, pulangan terlaras risiko dan profil kecairan. Keluarga bagi dana dan instrumen pelaburan memberikan GEM dan rakan kongsinya dengan pendedahan kepada: Pembelian Pengurusan Modal Kecil dan Sederhana, Pelaburan Persendirian di dalam Ekuiti Awam dan pelaburan usaha niaga terpilih.

Untuk maklumat lanjut: http://www.gemny.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220501005034/en/ 

Hubungi

Hanhwa: www.hanhwa.com.au , ryan@hanhwainternational.com
GEM: www.gemny.com , jbonnefoy@gemny.com 

Sumber : Hanhwa Aus Pty Ltd

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.