Menyampaikan Hasil dan Tempahan Suku Tahunan yang KukuhMelaporkan Hasil Pengiklanan dan Tempahan Suku Pertama Paling TinggiPelaksanaan Yang Berterusan Merentasi Strategi Pertumbuhan Pelbagai TahunSAN FRANCISCO, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (NASDAQ: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan untuk suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2021.
“Kami memulakan tahun 2022 dengan prestasi suku tahunan yang kukuh, dengan mencapai hasil pengiklanan dan tempahan suku pertama paling tinggi kami yang diterajui oleh portfolio hiper-kasual kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Melalui pelaksanaan berterusan merentasi semua aspek bagi strategi pertumbuhan berbilang tahun kami termasuk perkhidmatan langsung, pembangunan permainan baharu dan pelaburan di dalam platform pengiklanan kami, pasaran dan teknologi baharu, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah syarikat peneraju perkhidmatan langsung yang mengutamakan mudah alih, percuma untuk bermain.”
Nota: Langkah-langkah tertentu seperti yang dibentangkan berbeza disebabkan oleh kesan pembundaran.
(1) Untuk kejelasan, satu pengeluaran bersih bagi hasil tertunda menyebabkan di dalam hasil lebih tinggi daripada tempahan dan merupakan satu kesan positif kepada EBITDA Diselaraskan seperti yang dilaporkan; satu peningkatan bersih di dalam hasil tertunda menyebabkan hasil lebih rendah daripada tempahan dan merupakan satu kesan negatif kepada EBITDA Diselaraskan seperti yang dilaporkan.
(2) EBITDA diselaraskan termasuk pengeluaran bersih (peningkatan dalam) hasil tertunda.
·
Hasil & Tempahan: Pada suku pertama, kami telah mencapai hasil sebanyak $691 juta, meningkat 2% tahun ke tahun, dan tempahan suku tahunan sebanyak $695 juta, susut 3% tahun ke tahun. Hasil permainan dalam talian atau bayaran pengguna ialah $538 juta, turun 3% tahun ke tahun, dan tempahan bayaran pengguna ialah $528 juta, susut 11% tahun ke tahun. Pengiklanan & hasil lain mencatatkan satu rekod suku tahun pertama sebanyak $154 juta, meningkat 24% tahun ke tahun, dan pengiklanan & tempahan lain mencapai prestasi suku tahun paling tinggi sebanyak $167 juta, melonjak 35% tahun ke tahun.
·
Metriks Audiens: Purata pengguna aktif harian mudah alih (DAU) ialah 40 juta, meningkat 3% tahun ke tahun dan purata pengguna aktif bulanan mudah alih (MAU) ialah 209 juta, meningkat 27% tahun ke tahun. Purata tempahan mudah alih bagi setiap DAU mudah alih (ABPU) sebanyak $0.190 turun 6% tahun ke tahun.
·
Kos & Perbelanjaan: Kos hasil ialah $252 juta atau 36% daripada hasil, berbanding dengan 38% daripada hasil pada suku tahun tahun lalu. Kos hasil bukan GAAP ialah $185 juta atau 27% daripada tempahan, turun daripada 29% daripada tempahan pada suku tahun lalu. Perbelanjaan operasi GAAP ialah $424 juta, yang mewakili 61% daripada hasil dan peningkatan daripada 62% pada suku tahun lalu. Perbelanjaan operasi bukan GAAP sebanyak $364 juta mewakili 52% daripada tempahan, berbanding dengan 49% pada suku tahun lalu.
·
Keuntungan & Aliran Tunai: Kerugian bersih ialah $25 juta, berbanding dengan kerugian bersih $23 juta pada suku tahun lalu, dan EBITDA Diselaraskan ialah $144 juta, meningkat $21 juta tahun ke tahun. Kami mempunyai aliran keluar tunai operasi sebanyak $203 juta berbanding dengan aliran keluar tunai sebanyak $164 juta pada suku tahun sebelumnya. Pada suku tahun tersebut, kami telah menyelesaikan pembayaran perolehan akhir yang berkaitan dengan pemerolehan bagi Small Giant Games dan Rollic, yang berjumlah $265 juta.
Disebabkan oleh urus niaga yang belum selesai dengan Take-Two Interactive Software, Inc. (“Take-Two”) yang diumumkan pada 10 Januari, 2022, Zynga tidak menganjurkan satu panggilan persidangan atau memberikan panduan hadapan berkaitan dengan pengeluaran keputusan bagi suku tahunan mereka.
Maklumat tambahan berhubung dengan urus niaga yang belum selesai itu dengan Take-Two disediakan di dalam satu penyata pendaftaran pada Borang S-4 yang difailkan oleh Take-Two dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat ("SEC") berkaitan dengan urus niaga itu, yang termasuk proksi bersama penyata/prospektus bagi Zynga dan Take-Two, dan kesemua dokumen lain yang berkaitan yang difailkan dengan SEC. Penyata pendaftaran itu telah diisytiharkan berkuat kuasa pada 7 April, 2022 dan penyata/prospektus proksi bersama muktamad telah dihantar kepada pemegang saham Zynga dan Take-Two.
Maklumat mengenai Zynga Inc.Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai sebuah portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali pada mudah alih termasuk
CSR Racing™,
Empires & Puzzles™,
FarmVille™,
Golf Rival™,
Hair Challenge™,
Harry Potter: Puzzles & Spells™,
High Heels!™,
Merge Dragons!™,
Merge Magic!™,
Toon Blast™,
Toy Blast™, dan
Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau blog Zynga.
Metriks Kendalian UtamaKami menguruskan perniagaan kami dengan menjejaki beberapa metrik kendalian: “DAU Mudah Alih,” yang mengukur pengguna aktif harian bagi permainan mudah alih kami, “MAU Mudah Alih,” yang mengukur pengguna aktif bulanan bagi permainan mudah alih kami dan “ABPU Mudah Alih,” yang mengukur purata tempahan mudah alih harian kami bagi setiap purata DAU Mudah Alih, setiap satu direkod dan dianggarkan oleh sistem analitik dalaman kami. Kami menentukan metrik kendalian ini dengan menggunakan data dalaman syarikat berdasarkan kepada penjejakan aktiviti akaun pengguna. Kami juga menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga, termasuk log masuk rangkaian pihak ketiga yang disediakan oleh penyedia platform, untuk membantu kami menjejaki sama ada seorang pemain yang log masuk di bawah dua atau lebih akaun pengguna yang berbeza adalah sebenarnya individu yang sama. Secara keseluruhan, kami percaya bahawa jumlah tersebut adalah anggaran munasabah bagi pangkalan pengguna kami untuk tempoh pengukuran yang berkenaan dan bahawa metodologi yang kami gunakan dan kemas kini dari semasa ke semasa adalah didasarkan kepada usaha kami untuk mengenal pasti arah aliran dalam tingkah laku pemain. Walau bagaimanapun, faktor yang berkaitan dengan aktiviti dan sistem pengguna serta keupayaan kami untuk mengenal pasti dan mengesan percubaan untuk meniru aktiviti pemain yang sah boleh memberi kesan kepada angka ini.
DAU Mudah Alih. Kami mentakrifkan DAU Mudah Alih sebagai bilangan individu yang bermain satu daripada permainan mudah alih kami pada satu hari tertentu. Purata DAU Mudah Alih untuk satu tempoh tertentu ialah purata bagi DAU Mudah Alih untuk setiap hari dalam tempoh tersebut. Di bawah metrik ini, seorang individu yang bermain dua permainan mudah alih yang berbeza pada hari yang sama dikira sebagai dua DAU. Kami menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga untuk membantu kami mengenal pasti individu yang bermain permainan yang sama bagi mengurangkan pertindihan ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai data log masuk rangkaian pihak ketiga untuk menghubungkan seorang individu yang telah bermain di bawah berbilang akaun pengguna untuk permainan hiper-kasual kami (yang termasuk permainan yang diperoleh daripada Rollic pada Oktober 2020), permainan messenger mudah alih (sebelum tempoh suku ketiga bagi tahun 2021),
Puzzle Combat,
Merge Magic! dan permainan yang diperoleh daripada Gram Games pada Mei 2018, Small Giant pada Januari 2019, Peak pada Julai 2020 dan StarLark pada Oktober 2021, dan sewajarnya, DAU Mudah Alih sebenar mungkin lebih rendah daripada yang dilaporkan disebabkan oleh potensi pertindihan bagi individu ini. Kami menggunakan DAU Mudah Alih sebagai satu ukuran bagi penglibatan audiens.
MAU Mudah Alih. Kami mentakrifkan MAU Mudah Alih sebagai bilangan individu yang bermain satu daripada permainan mudah alih kami dalam tempoh 30 hari yang berakhir dengan tarikh pengukuran. Purata MAU Mudah Alih untuk satu tempoh tertentu ialah purata bagi MAU Mudah Alih pada setiap akhir bulan dalam tempoh tersebut. Di bawah metrik ini, seorang individu yang bermain dua permainan mudah alih yang berbeza dalam tempoh 30 hari dikira sebagai dua MAU Mudah Alih. Kami menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga untuk membantu kami mengenal pasti individu yang bermain permainan yang sama bagi mengurangkan pertindihan ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai data log masuk rangkaian pihak ketiga bagi menghubungkan seorang individu yang telah bermain di bawah berbilang akaun pengguna untuk permainan hiper-kasual kami (termasuk permainan yang diperoleh daripada Rollic pada Oktober 2020), permainan messenger mudah alih (sebelum tempoh suku ketiga bagi tahun 2021),
Puzzle Combat,
Merge Magic! dan permainan yang diperoleh daripada Gram Games pada Mei 2018, Small Giant pada Januari 2019, Peak pada Julai 2020 dan StarLark pada Oktober 2021, dan sewajarnya, DAU Mudah Alih sebenar mungkin lebih rendah daripada yang dilaporkan disebabkan oleh potensi pertindihan bagi individu ini. Kami menggunakan DAU Mudah Alih sebagai ukuran untuk jumlah saiz audiens permainan.
BPU mudah alih. Kami mentakrifkan ABPU Mudah Alih sebagai jumlah tempahan mudah alih kami dalam satu tempoh tertentu, dibahagikan dengan bilangan hari dalam tempoh tersebut, dibahagikan dengan purata DAU Mudah Alih sepanjang tempoh tersebut. Kami percaya bahawa ABPU Mudah Alih menyediakan maklumat berguna kepada pelabur dan orang lain di dalam memahami dan menilai keputusan kami dalam cara yang sama seperti pengurusan. Kami menggunakan ABPU Mudah Alih sebagai satu ukuran bagi pengewangan keseluruhan merentasi semua pemain kami melalui penjualan item maya dan pengiklanan.
Model perniagaan kami di dalam permainan sosial kami direka supaya, apabila lebih ramai pemain bermain permainan kami, interaksi sosial meningkat dan permainan dan perniagaan kami menjadi lebih berharga. Semua pemain yang terlibat di dalam permainan kami membantu mendorong tempahan kami dan, dan seterusnya, kedua-dua hasil permainan dalam talian dan hasil pengiklanan. Item maya dibeli oleh pemain yang bersosial, bersaing dengan atau bekerjasama dengan pemain lain, yang kebanyakannya tidak membeli barangan maya. Sehubungan itu, kami memberi tumpuan terutamanya pada DAU Mudah Alih, MAU Mudah Alih dan ABPU Mudah Alih, yang kami percaya secara kolektif paling baik mencerminkan metrik audiens utama.
Langkah-langkah Kewangan Bukan GAAPKami telah menyediakan di dalam siaran akhbar ini beberapa langkah kewangan bukan GAAP untuk melengkapkan penyata kewangan disatukan kami yang disediakan menurut A.S. GAAP (“penyata kewangan GAAP” kami). Pengurusan menggunakan langkah-langkah kewangan bukan GAAP secara dalaman dalam menganalisis keputusan kewangan kami untuk menilai prestasi operasi dan kecairan. Ukuran kewangan bukan GAAP kami mungkin berbeza daripada langkah-langkah kewangan bukan GAAP yang digunakan oleh syarikat lain.
Pembentangan bagi langkah-langkah kewangan bukan GAAP kami tidak bertujuan untuk dipertimbangkan secara berasingan atau sebagai pengganti, atau lebih tinggi daripada, penyata kewangan GAAP kami. Kami percaya bahawa kedua-dua pengurusan dan pelabur mendapat manfaat daripada merujuk kepada langkah-langkah kewangan bukan GAAP kami dalam menilai prestasi kami dan semasa merancang, meramal dan menganalisis tempoh masa hadapan. Kami percaya langkah-langkah kewangan bukan GAAP kami berguna kepada pelabur kerana ia membenarkan ketelusan yang lebih tinggi berkenaan dengan langkah-langkah kewangan utama yang kami gunakan dalam membuat keputusan operasi dan kerana pelabur dan penganalisis kami menggunakannya untuk membantu menilai tahap kesihatan bagi perniagaan kami.
Kami telah menyediakan penyelarasan bagi langkah-langkah kewangan bukan GAAP kami yang digunakan dalam siaran akhbar ini kepada langkah-langkah kewangan GAAP yang paling setanding secara langsung dalam jadual berikut. Oleh kerana pengehadan berikut bagi langkah-langkah kewangan bukan GAAP kami, anda harus mempertimbangkan langkah-langkah kewangan bukan GAAP yang dibentangkan dalam siaran akhbar ini dengan penyata kewangan GAAP kami.
Pembatasan utama bagi langkah-langkah kewangan bukan GAAP kami termasuk:
· Tempahan tidak menggambarkan bahawa kami menangguhkan dan mengiktiraf hasil permainan dalam talian dan hasil daripada urus niaga pengiklanan tertentu sepanjang anggaran purata tempoh bermain bagi pembayar untuk item-item maya tahan lama atau seperti yang digunakan untuk item maya boleh guna; tempahan juga termasuk pelarasan lain; jika berkaitan;
· EBITDA diselaraskan tidak termasuk kesan daripada perbelanjaan pampasan berasaskan saham, perbelanjaan urus niaga berkaitan pemerolehan, pelarasan nilai saksama pertimbangan luar jangka, penyelesaian undang-undang dan perbelanjaan undang-undang berkaitan, dan perbelanjaan yang ditanggung daripada pajakan kosong (yang termasuk caj kerosakan yang diiktiraf);
· EBITDA yang diselaraskan tidak menggambarkan peruntukan untuk atau faedah daripada cukai pendapatan dan tidak termasuk pendapatan (perbelanjaan) bersih yang lain, yang termasuk tukaran asing dan pelupusan aset keuntungan dan kerugian, perbelanjaan faedah dan pendapatan faedah;
· EBITDA diselaraskan tidak termasuk susut nilai dan pelunasan bagi aset ketara dan tidak ketara. Walaupun susut nilai dan pelunasan adalah caj bukan tunai, aset yang disusutnilai atau dilunaskan mungkin perlu diganti pada masa hadapan;
· Aliran tunai percuma diperoleh daripada tunai bersih yang disediakan oleh aktiviti operasi ditolak tunai yang dibelanjakan untuk perbelanjaan modal; dan
· Kos Hasil Bukan GAAP dan Perbelanjaan Operasi Bukan GAAP tidak termasuk kesan pelunasan bagi aset tidak ketara daripada pemerolehan, pelarasan nilai saksama pertimbangan luar jangka, perbelanjaan urus niaga berkaitan pemerolehan, penyelesaian undang-undang dan perbelanjaan undang-undang berkaitan, perbelanjaan yang ditanggung daripada pajakan kosong atau perbelanjaan pampasan berasaskan saham.