ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  ONAPSIS MENGUMUMKAN PENAWARAN BAHARU UNTUK MEMULAKAN KESELAMATAN BAGI PELANGGAN SAP

Wednesday 11/05/2022



Syarikat menyampaikan penawaran pengurusan kerentanan baharu untuk membantu organisasi yang dikekang oleh sumber memerangi peningkatan serangan terhadap aplikasi SAP yang misi kritikal

BOSTON, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Onapsis, sebuah pemimpin di dalam keselamatan dan pematuhan siber bagi aplikasi kritikal perniagaan, hari ini mengumumkan pengeluaran Onapsis Assess Baseline. Di dalam sebuah dunia di mana aplikasi kritikal perniagaan diserang setiap hari, penawaran baharu ini mempercepatkan kebolehan organisasi untuk memulakan program pengurusan kerentanan SAP mereka dengan menjajarkan dengan lebih baik dengan SAP Security Baseline.

Pertumbuhan eksponen bagi perisian tebusan yang disasarkan dan peningkatan ancaman bagi perang siber yang disebabkan oleh konflik global bermakna bahawa organisasi harus menilai semula cara bagaimana mereka melindungi sistem mereka yang paling kritikal. Di tengah-tengah landskap ancaman yang semakin berkembang dan lebih agresif ini, syarikat-syarikat bergelut untuk kekal bersaing dengan menampal semakin banyak kerentanan yang dieksploitasi oleh pelaku ancaman untuk mendapatkan akses kepada aplikasi kritikal perniagaan mereka. Onapsis Assess Baseline memperkasakan syarikat dalam sebarang saiz untuk mempercepatkan masa-ke-nilai dengan memudahkan penggunaan dengan sebuah model jejak sifar berasaskan SaaS yang baharu dan memberi tumpuan kepada satu set kerentanan kritikal teras yang disasarkan sebagai langkah pertama di dalam perjalanan mereka untuk memastikan keselamatan siber, pematuhan, dan ketersediaan bagi aplikasi SAP mereka. Apabila organisasi sudah bersedia untuk menghadapi lebih banyak lagi, Onapsis Assess Baseline menawarkan pengembangan mudah kepada skop tambahan untuk pengurusan kerentanan serta keupayaan bagi pemantauan ancaman berterusan dan ujian keselamatan aplikasi.

Faedah Utama Organisasi dengan Onapsis Assess Baseline:

  • Mengurangkan Overhed Pelaksanaan dengan Penerapan yang Dipercepatkan: Sama ada dalam awan mereka sendiri, di premis, atau melalui platform SaaS Onapsis, Assess Baseline menawarkan penggunaan dan pelaksanaan yang pantas dengan pengimbasan jejak sifar.
  • Mempercepatkan Masa-untuk-Nilai bagi Pengurusan Kerentanan SAP: Pengguna Onapsis SaaS boleh mengimbas dengan Assess Baseline terhadap keperluan garis dasar keselamatan yang disyorkan SAP bagi sistem SAP untuk sesebuah organisasi dalam tempoh beberapa jam sahaja. Imbasan itu menyampaikan konteks yang berkuasa di sekitar kerentanan kritikal, arahan tentang cara untuk mengurangkan, dan keyakinan bahawa tompok telah digunakan, menjimatkan masa sumber yang berharga.
  • Teknologi yang Meningkat dan Berkembang Apabila Anda Bersedia: Letak atur di mana anda menginginkannya. Imbas merentasi keseluruhan landskap SAP. Mula secara kecil-kecilan dan sasarkan sistem yang paling kritikal dahulu, kemudian selaraskan sistem tersebut dengan satu garis dasar, dan kemudian kembangkan skop keselamatan merentasi organisasi mengikut kehendak anda.
“Menjamin keselamatan aplikasi kritikal perniagaan adalah sentiasa mencabar, tetapi terdapat satu peluang yang lebih besar bagi organisasi hari ini - lebih daripada sebelumnya - kerana pelaku ancaman canggih semakin menyasarkan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP),” kata Mariano Nunez, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Onapsis. “Kami telah berjaya membantu organisasi terbesar dan paling canggih di dunia menyepadukan aplikasi perniagaan mereka ke dalam program keselamatan siber dan pematuhan mereka. Sekarang, Assess Baseline memudahkan pelanggan yang memulakan program keselamatan aplikasi SAP mereka untuk dengan pantas dan berkesan melindungi aplikasi yang menjanakan perniagaan mereka.”

Platform Onapsis itu menjamin aplikasi SAP kritikal yang memastikan ekonomi global terus berfungsi. Platform itu dibina khusus untuk menyampaikan pengurusan kerentanan yang berkesan, pengesanan ancaman lanjutan, pemeriksaan kod tersuai dan pematuhan automatik yang membolehkan organisasi global untuk mempercepatkan perniagaan dan inisiatif transformasi digital mereka. Platform Onapsis itu berpengetahuan mendalam dengan risikan ancaman dan panduan keselamatan terkini daripada Makmal Penyelidikan Onapsis. Pasukan peneraju pasaran ini telah menemui lebih daripada 800 kerentanan sifar hari dan bertanggungjawab untuk pelbagai makluman CERT global yang kritikal.

“Landskap ancaman pada hari ini memerlukan satu pendekatan yang holistik untuk menjamin aplikasi SAP kritikal perniagaan seperti perisian ERP,” kata Steve Biskie, peneraju perkhidmatan risiko dan automasi ERP kebangsaan dengan RSM US LLP. “Sangat mengujakan untuk melihat Onapsis meneruskan inovasi bagi penyelesaian mereka untuk membantu syarikat dalam perjalanan kematangan keselamatan mereka. Lesen Baseline baharu boleh membantu membuka jalan bagi lebih banyak organisasi untuk mempunyai satu titik masuk ke dalam pengurusan kerentanan bagi aplikasi SAP yang boleh membantu memastikan data kritikal dan aplikasi mereka selamat dan patuh.”

Menghadiri persidangan SAP Sapphire? Lawat gerai Onapsis untuk mengetahui lebih lanjut: #PA219

Untuk menjadualkan masa bagi bercakap dengan seorang pakar Onapsis semasa di Sapphire, sila layari: https://onapsis.com/sapphire-22

Maklumat mengenai Onapsis

Onapsis melindungi aplikasi kritikal perniagaan yang menggerakkan ekonomi global, daripada teras sehingga kepada awan. Penawaran penyelesaian keselamatan dan pematuhan siber oleh syarikat itu, Platform Onapsis, secara unik menyampaikan pengurusan kerentanan, pengesanan dan tindak balas ancaman, jaminan perubahan dan pematuhan berterusan bagi aplikasi kritikal perniagaan daripada vendor terkemuka seperti SAP, Oracle, Salesforce dan platform SaaS yang lain.

Onapsis beribu pejabat di Boston, MA, dan mempunyai pejabat di Heidelberg, Jerman dan Buenos Aires, Argentina, dan amat bangga untuk memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 300 jenama terkemuka dunia, termasuk 20% daripada Fortune 100, 6 daripada 10 syarikat automotif teratas, 5 daripada 10 syarikat kimia utama, 4 daripada 10 syarikat teknologi teratas, dan 3 daripada 10 syarikat minyak dan gas yang utama.

Platform Onapsis itu dikuasakan oleh Makmal Penyelidikan Onapsis, pasukan yang bertanggungjawab bagi penemuan dan pengurangan lebih daripada 800 kerentanan sifar hari di dalam aplikasi kritikal perniagaan. Jangkauan bagi penyelidikan dan platform ancaman kami diperluaskan melalui firma perunding dan audit terkemuka seperti Accenture, Deloitte, IBM, PwC dan KPMG — menjadikan penyelesaian Onapsis sebagai standard di dalam membantu organisasi melindungi awan, hibrid dan maklumat dan pemprosesan kritikal perniagaan mereka di premis. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di Twitter atau LinkedIn, atau layari kami di https://onapsis.com/.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220510005214/en/

Hubungi

10Fold Communications bagi pihak Onapsis
Mariah Simank, 512-971-3702
Onapsis@10fold.com

Sumber : Onapsis

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.