ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  NIELSENIQ MELANCARKAN PENYELESAIAN MEDIA RUNCIT UNTUK MENGEWANGKAN ASET DAN MENGUKUR ROI BAGI PERUNCIT

Tuesday 17/05/2022



NielsenIQ Activate membolehkan peruncit untuk memanfaatkan data mereka sendiri bagi mempercepatkan aliran hasil baharu

CHICAGO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, mengumumkan pelancaran NielsenIQ Activate; sebuah penyelesaian perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang membolehkan peruncit untuk mempercepatkan peluang-peluang hasil melalui media runcit dan wawasan pelanggan yang komprehensif yang mengaktifkan pembeli-belah dengan tawaran promosi yang diperibadikan.

NielsenIQ Activate terdiri daripada aplikasi khusus untuk pembinaan audiens sasaran hiper, pengurusan tawaran dan iklan serta pengukuran hujung ke hujung. Peranti SaaS ini, yang merupakan sebahagian daripada platform NielsenIQ Connect, akan membolehkan peruncit untuk mewujudkan hasil yang lestari dengan mengewangkan aset media runcit mereka merentasi saluran fizikal dan digital. Selain itu, peruncit akan dapat meningkatkan kredibiliti dengan jenama dan memaklumkan mereka tentang wawasan yang mereka perlukan untuk menarik perhatian pelanggan mereka, bertindak berdasarkan kepada wawasan tersebut dan mengukur ROI bagi aktiviti mereka merentasi semua saluran.

“Kami komited untuk meneruskan legasi kami dengan mentakrifkan abad seterusnya bagi pengukuran pengguna dan runcit,” kata Xavier Facon, Ketua Global bagi Media Runcit, NielsenIQ. “NielsenIQ Activate menghimpunkan keupayaan untuk mencapai satu pandangan terperinci mengenai pelanggan merentasi semua saluran dan mengumpulkan wawasan ke dalam risiko dan peluang-peluang bagi pengiklanan ke dalam satu platform tunggal. Ini dengan mudah akan membolehkan peruncit untuk melancarkan kempen berdasarkan kepada pembinaan audiens ramalan dan mengumpulkan pengukuran tentang kesan iklan merentasi semua saluran sambil membuat penyelarasan dengan rakan-rakan jenama.”

Menyedari bahawa setiap peruncit adalah berbeza, NielsenIQ Activate menawarkan kepada peruncit dengan keupayaan untuk membawa media runcit secara dalaman dan kelenturan  untuk menyepadukannya ke dalam ekosistem individu mereka. Selain itu, peruncit akan dapat membina persona dan audiens yang tepat merentasi beribu-ribu tanggapan pelanggan; mendapatkan wawasan saluran pelbagai arah yang mengutamakan pelanggan di luar kotak untuk membuat keputusan yang lebih baik; mengurangkan masa untuk melancarkan dan mengukur penglibatan pelanggan yang diperibadikan dalam masa nyata, merentasi media yang dimiliki dan media luaran, dan menjajarkan dengan jenama mengenai keperluan pelanggan untuk memaksimumkan pengewangan data & media.

“NielsenIQ sedang meningkatkan pertumbuhan di peringkat global dan membina satu asas yang kukuh untuk abad seterusnya bagi pengukuran pengguna dan runcit – sesuatu yang pantas, lincah dan bersambung,” kata David Johnson, Presiden Global bagi Peruncitan, NielsenIQ. “Pasaran sedang berkembang, dan adalah menjadi tugas kami untuk memastikan industri pengukuran berkembang mengikut peredaran masa. Sebagai syarikat perkhidmatan maklumat global yang terkemuka di dalam industri ini, kami tekun untuk mewakili secara tepat landskap runcit yang berubah dengan pantas dan pelbagai keperluan bagi pelanggan kami.”

Menggabungkan keupayaan daripada pemerolehan baru-baru ini, Precima dan CiValue, membolehkan NielsenIQ Activate untuk menyokong keupayaan personalisasi yang meningkat kepada keupayaan teras NielsenIQ, yang mana industri runcit bergantung kepada pembuatan keputusan kritikal dan pengalaman yang diperibadikan. NielsenIQ terus menjadi juara perubahan melalui produk runcit dan program kerjasama mereka, yang membolehkan peruncit dan jenama untuk meningkatkan bahagian dompet mereka dengan menggunakan data dan wawasan pelanggan masa nyata, dan memperkasakan mereka dengan set pengaktifan yang betul untuk bertindak ke atasnya dan mengukurnya.

“Penyelesaian CiValue dan Precima yang mudah dan intuitif memanfaatkan teknologi canggih dan sains data yang berkuasa, yang digabungkan dengan pengukuran prestasi global NielsenIQ akan betul-betul menghubungkan peruncit dengan pengeluar CPG,” kata Beni Basel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, CiValue. “Tiada platform lain yang boleh membantu peruncit dan jenama bekerjasama untuk mengembangkan nilai pelanggan dengan satu platform AI yang mudah dan intuitif yang meletakkan pelanggan mereka di tengah-tengah bagi membuat keputusan strategik.”
 
Untuk maklumat lanjut mengenai NielsenIQ Activate, sila layari https://nielseniq.com/global/en/solutions/nielseniq-activate/.


Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi semua platform runcit. Falsafah terbuka kami mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com.
 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220516005072/en/ 


Hubungi

Gillian Mosher
Naib Presiden, Komunikasi
647-282-9714
Gillian.Mosher@nielseniq.com

Sumber : NielsenIQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.