ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA MENGEMBANGKAN KERJASAMA DENGAN MIKROELEKTRONIKA MEMPERKENALKAN CLICKER 4 UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN TMPM4K BAGI KAWALAN MOTOR

Thursday 19/05/2022



Table
 
Toshiba: Sebuah "Clicker 4 untuk TMPM4K" yang disusun pada sebuah "Clicker 4 Inverter Shield," kedua-duanya daripada MIKROE. (Foto: Business Wire)
 

Penilaian menyeluruh bagi parameter fungsian utama dibolehkan, tetapi dengan pelaburan minimum yang diperlukan

KAWASAKI, Jepun, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") sedang mengukuhkan sokongan yang boleh ditawarkan mereka kepada projek reka bentuk kawalan motor melalui ekosistem rakan teknologi mereka. Hasil daripada pengembangan kerjasama itu dengan MikroElektronika (MIKROE), pelanggan kini boleh menggunakan sebuah platform penilaian baharu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220518005506/en/

Papan pembangunan MIKROE Clicker 4 untuk M4K MCU Toshiba digabungkan dengan Clicker 4 Inverter Shield adalah satu penyelesaian yang mudah untuk digunakan dan kos efektif bagi menjalankan eksperimen dengan senario kawalan motor BLDC. Clicker 4 untuk TMPM4K itu mempunyai sebuah penyahpepijat di atas papan – sekali gus mengelakkan keperluan untuk sebuah penyahpepijat luaran. Ia termasuk empat soket mikroBUS™ untuk sambungan bagi pelbagai jenis papan MIKROE Click™ yang berbeza, yang membolehkan kefungsian selanjutnya untuk ditambah. Terdapat juga penyambung sambungan, port nyahpepijat JTAG/SWD, penunjuk LED dan butang tekan. Papan ini disertakan dengan Clicker 4 Inverter Shield, yang menampilkan enam MOSFET bagi pemanduan motor, sebuah bekalan kuasa pensuisan yang digunakan untuk mengawal voltan bekalan motor sehingga 48V, dengan satu sumber kuasa terkawal 5V, yang boleh digunakan untuk memberikan kuasa kepada papan pengawal luaran. Antaramukanya yang fleksibel membolehkan maklumat balas kedudukan diperolehi daripada penderia Hall dan pengekod tambahan. Perlindungan lebihan arus telah digabungkan untuk kebolehpercayaan yang terjamin.

M4K MCU itu telah digunakan secara meluas di seluruh industri berkenaan, yang membuktikan ia popular di dalam pelaksanaan kawalan motor generasi akan datang. Peranti ini setiap satu bergantung kepada sebuah teras pemproses Arm® Cortex®-M4 dengan unit titik terapung (FPU) dan juga mempunyai unit perlindungan ingatan (MPU). Mereka boleh menyampaikan operasi 160MHz dan mempunyai kefungsian pemacu motor boleh atur cara lanjutan (A-PMD), bersama-sama dengan keupayaan enjin vektor tambahan lanjutan (A-VE+) untuk tujuan kawalan vektor. Sumber ingatan mereka terdiri daripada 256k Bait bagi kod kilat, serta 32k Bait data kilat.

Clicker 4 untuk TMPM4K itu dan Clicker 4 Inverter Shield itu disokong oleh perisian MCU Motor Studio yang tersedia melalui laman web Toshiba. Ia adalah sebuah perisian yang ringkas, berstruktur baik dan serba boleh yang menampilkan dua komponen utama: sebuah Alat PC Kawalan Motor yang membolehkan konfigurasi parameter, kawalan pemacu dan penglogan dan diagnostik masa nyata melalui UART berkelajuan tinggi serta boleh diskalakan, Perisian Tegar Kawalan Motor yang boleh dikonfigurasikan sepenuhnya untuk M4K MCU.

Maklumat mengenai MIKROE

MIKROE ialah sebuah pengeluar bagi perkakasan dan peranti perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem terbenam. Syarikat itu menghasilkan pelbagai papan untuk mengantaramukakan mikropengawal kepada peranti seperti penderia, pemacu motor dan banyak lagi.
Ketahui lebih lanjut tentang MIKROE di: https://www.mikroe.com/
 
Butiran tambahan mengenai M4K MCU Toshiba untuk kawalan motor boleh didapati di sini:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/
microcontrollers/txz4aplus-series.html

 
* Papan mikroBUS dan Click adalah merupakan tanda perniagaan bagi MIKROE.
* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* TXZ+™ ialah sebuah tanda perniagaan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
 
Seramai 23,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 850 bilion yen (AS$7.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220518005506/en/

Hubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran MCU & Peranti Digital
Tel: +81-44-548-2233
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Pertanyaan Media:
K.Tanaka, E.Sugizaki
Kumpulan Komunikasi Korporat & Perisikan Pasaran
Bahagian Perancangan Strategik
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-548-2122
Mel: tdsc-publicrelations@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.