ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  SMART MODULAR MENGUMUMKAN KAD TAMBAHAN MEMORI SMART KESTRAL PCIE OPTANE UNTUK MEMBOLEHKAN PELUASAN DAN PECUTAN MEMORI

Thursday 19/05/2022



Table

Kad Tambahan Memori SMART Modular Technologies Kestral PCIe Optane (Foto: Business Wire)



Disasarkan untuk skala hiper dan pusat-pusat data yang menjalankan pangkalan data yang besar pada sistem berasaskan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) AMD, ARM dan Intel

BANDAR RAYA TAIPEI BAHARU, Taiwan, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), satu bahagian daripada SGH (Nasdaq: SGH) dan sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid mengumumkan Kad Tambahan Memori SMART Kestral PCIe Optane (AIC) mereka yang baharu yang mampu untuk menambahkan sehingga 2TB bagi pengembangan Memori Optane pada sebuah antara muka PCIe-Gen4-x16 atau PCIe-Gen3-x16 yang bebas bagi CPU papan induk. SMART Kestral AIC mempercepatkan algoritma yang terpilih dengan melepaskan beban fungsi storan yang ditentukan oleh perisian daripada CPU hos kepada Intel FPGA pada AIC.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220518006168/en/

AIC memori SMART Kestral sesuai untuk skala hiper, pusat data dan persekitaran serupa yang lain yang menjalankan aplikasi memori yang besar dan akan memperoleh manfaat daripada pecutan memori atau pecutan sistem melalui storan pengiraan.

“Dengan kemajuan bagi standard antara sambung baharu seperti CXL dan OpenCAPI, keluarga baharu SMART bagi SMART Kestral AIC menangani keperluan industri untuk pelbagai faktor bentuk dan antara muka modul memori baharu bagi pengembangan dan pecutan memori,” kata Mike Rubino, naib presiden bagi kejuruteraan di SMART Modular. “SMART dapat memanfaatkan pengalaman bertahun-tahun kami dalam membangun dan menghasilkan penyelesaian memori berasaskan pengawal bagi memenuhi keperluan tambahan memori yang semakin meningkat dan terus berkembang pada hari ini untuk pelanggan pelayan dan sistem storan.”

Faedah utama:

  • Lebih banyak memori bagi setiap pelayan pada kos yang lebih rendah bagi setiap gigabait
  • Peningkatan medan untuk algoritma dan protokol baharu
  • Peningkatan lancar untuk pelayan sedia ada dengan penyelesaian mem tersuai
  • Sokongan bagi pelbagai teknologi dan protokol memori, termasuk Intel Optane DIMM, DDR4 RDIMM dan LRDIMM
Spesifikasi teknikal:
  • Ketinggian Penuh, Separuh (FHHL), faktor bentuk dua slot
  • Kuasa Reka Bentuk Terma (TDP) kurang daripada 150W menggunakan sebuah heatsink atau bahan untuk menyerap haba berlebihan yang pasif
  • Intel Stratix® 10 DX FPGA yang dibolehkan dengan sokongan IP berbilang untuk menentukan penyelesaian tersuai
  • Kuad Teras ARM A53 dengan memori 2GB DDR4 on-board yang khusus dan pecutan storan 8GB
  • Empat slot DIMM dengan dua saluran bebas, yang boleh diisi dengan empat DIMM Optane sehingga 512GB setiap satu atau dua DDR4 RDIMM sehingga 256GB setiap satu
AIC untuk masa depan daripada SMART akan berupaya untuk menyokong 4TB bagi Memori Optane di dalam Mod Langsung Aplikasi yang berterusan melalui semantik beban/simpanan yang normal untuk semua seni bina CPU -- membebaskan slot DDR DIMM tersambung langsung yang berharga. Kad memori SMART Kestral adalah sesuai untuk pelayan latihan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML), yang membenarkan algoritma besar untuk dibangunkan dengan pantas dan tanpa risiko mengalami kegagalan semasa peristiwa kehilangan kuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai SMART Kestral Memori AIC, sila layari halaman produk dan taklimat teknikal di smartm.com atau hubungi pasukan jualan di info@smartm.com.

*“S” dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” yang diolah dalam gaya adalah merupakan tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda perdagangan dan tanda perdagangan berdaftar yang lain adalah hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.

Maklumat mengenai SMART Modular Technologies

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia membolehkan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan lanjutan bagi penyelesaian memori khusus. Portfolio teguh kami terdiri daripada teknologi termaju hari ini sehingga kepada produk storan DRAM dan Flash yang standard dan legasi. Kami menyediakan penyelesaian memori dan storan yang standard, lasak dan tersuai yang memenuhi keperluan bagi aplikasi yang pelbagai di dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220518006168/en/

Hubungi

Hubungi Pemasaran Produk
Arthur Sainio
SMART Modular Technologies
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94583
+1 (510) 364-3647
info@smartm.com

Hubungan Media
John Crook
SMART Modular Technologies
Komunikasi Pemasaran
John.Crook@smartm.com

Sumber : SMART Modular Technologies, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.