ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  MARY KAY INC. BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN DI EROPAH UNTUK MENYOKONG PROJEK PEMULIHAN TIRAM ASLI

Friday 20/05/2022



Table
Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)
 
DALLAS, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terumbu tiram memberi manfaat kepada manusia sejagat dan alam sekitar melalui satu rangkaian perkhidmatan ekosistem. Satu tiram tunggal boleh menapis sehingga 240 liter air dalam sehari, sekali gus menghasilkan peningkatan di dalam kualiti dan kejernihan air serta menyokong sebuah komuniti ikan dan spesies marin invertebrat yang unik dan sangat pelbagai. Pada masa yang sama, terumbu tiram adalah habitat marin yang paling terancam di dunia, dengan anggaran 85 peratus rosak di seluruh dunia.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220519005168/en/


Sebagai meraikan sambutan Hari Spesies Terancam Sedunia dan Hari Antarabangsa bagi Kepelbagaian Biologi, Mary Kay Inc., sebuah peneraju dunia di dalam kelestarian korporat, mengumumkan kerjasama mereka dengan The Nature Conservancy (TNC) dan rakan-rakan di Eropah untuk menyokong projek pemulihan tiram asli di United Kingdom dan benua Eropah.

TNC membantu untuk melancarkan Pakatan Pemulihan Tiram Asli (NORA), sebuah rangkaian Eropah yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, ahli saintis, NGO, penanam tiram dan perusahaan persendirian. Pasukan-pasukan itu bekerjasama di dalam memulihkan habitat tiram leper asli Eropah agar ia sekali lagi menyokong kepelbagaian biologi yang bergantung kepadanya dan membantu meningkatkan kualiti air.

“Terumbu tiram adalah di antara pelaburan terbaik yang boleh kami lakukan di dalam memulihara sistem semula jadi,” kata Dr. Elizabeth McLeod, yang mengetuai usaha pemuliharaan terumbu bagi Program Terumbu Global TNC. “Populasi tiram yang sihat memastikan air yang lebih bersih dan membantu melindungi kawasan pantai dan penduduk yang tinggal di sana daripada kesan perubahan iklim. Dengan sokongan daripada pembiaya seperti Mary Kay, TNC boleh memulihkan dan melindungi sistem yang penting ini untuk jangka masa panjang.”

Perkongsian Mary Kay dengan TNC dan rangkaian NORA itu akan menyokong projek-projek yang melindungi kepelbagaian biologi dan sumber marin di seluruh Eropah. Contohnya termasuk:

·         TAPAK-TAPAK PEMULIHAN TIRAM DI UNITED KINGDOM

o   Zon Pemuliharaan Marin (MCZ) Muara Blackwater, Crouch, Roach dan Colne: kawasan perlindungan marin seluas 284 kilometer persegi ini telah ditetapkan pada 2013 untuk kedua-dua tiram asli dan petiraman tiram asli. Mengikut kawasan, ia adalah projek pemulihan terbesar di Eropah.
{C}
o   The Solent (selat bagi air yang memisahkan Isle of Wight dari tanah besar United Kingdom): populasi tiram mereka telah dieksploitasi sejak zaman Rom. Malah, di antara 1972 – 2006, ia merupakan perikanan tiram lestari yang terbesar di Eropah. Walau bagaimanapun, penangkapan ikan yang berlebihan, penyakit dan pemangsaan menyebabkan kemusnahannya dan akhirnya ditutup pada 2013 dengan hanya akses yang sangat terhad sekali-sekala kepada nelayan sejak tarikh itu.
 
·         PEMULIHAN TIRAM DI BENUA EROPAH

o   Laut Utara Jerman: Kawasan ini adalah tipikal bagi sebahagian besar Eropah di mana tiram asli Eropah tersebar luas dari segi sejarah, tetapi ia telah diklasifikasikan sebagai pupus secara fungsian sejak pertengahan abad ke-20. Spesimen hidup secara individu jarang ditemui, dan spesies itu berada dalam Senarai Merah IUCN bagi spesies terancam. Projek ini sedang membangun dan menguji kaedah luar pesisir untuk pemulihan jangka panjang bagi stok tiram di kawasan itu. 

“Mary Kay sangat bangga untuk menyokong usaha The Nature Conservancy untuk membantu memperkenalkan semula tiram asli Eropah agar dapat memulihkan kepelbagaian biologi marin yang kritikal,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay. “Pengalaman luas The Nature Conservancy di dalam pemulihan terumbu tiram di empat benua memberikan kami keyakinan dalam usaha mereka untuk menghidupkan semula habitat yang jarang ditemui dan terancam di perairan marin Eropah ini. Di Mary Kay, kami memberi tumpuan untuk meninggalkan planet ini dalam keadaan yang lebih baik daripada yang kami temui. Itu termasuk melindungi haiwan besar dan kecil.”

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung komitmen Mary Kay terhadap kelestarian, sila layari marykayglobal.com/sustainability dan muat turun strategi kelestarian global Mary Kay, Memperkayakan Kehidupan Hari ini bagi sebuah Hari Esok yang Lestari.

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua kehidupan. Berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220519005168/en/


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.