TORONTO, 20 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Advance Local, salah satu kumpulan media terbesar di Amerika Syarikat yang mengendalikan 10 organisasi berita dan maklumat terkemuka serta mencapai 55 juta orang setiap bulan telah meningkatkan matlamat langganan mereka sebanyak empat kali ganda menggunakan Enjin Dinding Bayar Kandungan Sophi. Berhadapan dengan tekanan pengiklanan yang diburukkan oleh Koronavirus, Advance Local telah meningkatkan penukaran langganan 45% menggunakan
Sophi.io, sebuah platform automasi, pengoptimuman dan ramalan dikuasakan AI yang dibangunkan oleh The Globe and Mail. Kejayaan mereka dengan Sophi telah menempatkan mereka sebagai calon akhir dalam Anugerah Media Digiday yang diumumkan pada minggu ini.
Neil Katz, Ketua Pegawai Pelanggan di Advance Local berkata, “Kami mahu melihat sejauh mana Sophi mampu memberi manfaat kepada kami, oleh itu kami menguji Dinding Bayar Kandungan Sophi pada salah satu tapak terbesar kami. Hasilnya adalah transformatif. Kami mengharapkan 10% kenaikan dalam kadar penukaran dan Sophi memberikan empat kali ganda hasil tersebut. Kami terus melancarkan penyelesaian Sophi di lebih banyak tapak kami pada masa ini.”
Advance mula menggunakan
Enjin Dinding Bayar Kandungan Sophi pada salah satu tapak terbesarnya, cleveland.com, untuk mendapatkan cerapan yang lebih baik tentang nilai kandungan dan memacu perniagaan langganan baharu mereka. Teknologi tersebut menggunakan pemprosesan bahasa tabii (NLP) lanjutan untuk menganalisis setiap kandungan dan memilih artikel untuk digunakan dalam dinding bayaran. Ia hanya memilih artikel dengan peluang hasil langganan yang melebihi hasil pengiklanan dikecualikan.
Semasa eksperimen di mana Advance dapat melihat prestasi Sophi dengan dinding bayar mereka yang sedia ada, Sophi menunjukkan jumlah dinding bayar yang sama dan menjana 45% kenaikan dalam jumlah kadar penukaran, di samping mendedahkan sesetengah kandungan yang editor tidak menjangka dapat menjana langganan.
John Hassell, Naib Presiden Senior dan Pengarah Editorial di Advance Local berkata, “Kami mahu melihat jika dinding bayar kandungan Sophi dapat meningkatkan pemerolehan pelanggan sebanyak 10% dan ia melangkaui jangkaan tersebut.” Kami yakin dengan platform ini dan cara ia menunjukkan betapa berharganya kandungan editorial kami kepada pembaca kami.”
Advance Local juga merupakan calon akhir dalam
Anugerah Media Digiday, dalam kategori Langganan atau Produk Keahlian Terbaik untuk usaha mereka menggunakan Enijn Dinding Bayar Kandungan Sophi.
“Advance Local adalah sebuah organisasi yang sangat inovatif, kami telah menyaksikan mereka melangkaui sempadan dan kami teruja untuk bekerja dengan mereka,” kata Mike O’Neill, Pengasas Bersama dan CEO Sophi.io. “Kami melihat nilai yang banyak daripada dinding bayar kandungan yang mereka laksanakan dan kami mahu memperkenalkan teknologi canggih lain kepada jenama yang kukuh ini.”
Perihal Advance LocalAdvance Local (
www.advancelocal.com) adalah salah sebuah kumpulan media terbesar di Amerika Syarikat. Kumpulan ini mengendalikan 10 organisasi berita dan maklumat terkemuka dan mencapai 55 juta orang setiap bulan merentas berbilang platform dengan kewartawanannya yang berkualiti tinggi. Mereka mengkhusus terhadap kewartawanan tempatan yang meningkatkan kehidupan jutaan orang.
Perihal Sophi.ioSophi.io (
https://www.sophi.io) dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Ia adalah suit penyelesaian automasi, pengoptimuman dan ramalan yang dikuasakan oleh AI dan ML yang termasuk Automasi Tapak Sophi, Sophi untuk Dinding Bayar dan Sophi untuk Data Pihak Pertama. Sophi juga menguasakan peletakan automatik satu klik bagi penerbitan cetakan tanpa templat. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan.
Hubungi Kami
Jamie Rubenovitch
Ketua Pemasaran, Sophi.io
The Globe and Mail
jrubenovitch@globeandmail.com
416-585-3355
Sumber: The Globe and Mail
--BERNAMA