ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  BITBANK, INC., SEBUAH PENGENDALI PERTUKARAN ASET KRIPTO, TELAH MENANDATANGANI SEBUAH MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN SUMITOMO MITSUI TRUST HOLDINGS, INC. UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH SYARIKAT AMANAH YANG KHUSUS DI DALAM ASET DIGITAL

Tuesday 24/05/2022



Table

bitbank, inc., sebuah pengendali pertukaran aset kripto, telah menandatangani sebuah MOU dengan Sumitomo Mitsui Trust Holdings, Inc. untuk menubuhkan sebuah syarikat amanah yang khusus di dalam aset digital “JADAT” (Grafik: Business Wire)



TOKYO, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- bitbank, inc. (Ibu Pejabat: Tokyo Jepun Ketua Pegawai Eksekutif: Noriyuki Hirosue) dan Sumitomo Mitsui Trust Holdings, Inc. (Ibu Pejabat: Tokyo Jepun, Pengarah, Presiden: Toru Takakura) telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman dengan tujuan untuk mewujudkan “Japan Digital Asset Trust Preparatory Company, inc.*1 “JADAT”” yang akan menjadi sebuah syarikat persediaan untuk tujuan menubuhkan sebuah syarikat amanah yang khusus di dalam aset digital*2. Dalam MOU tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkaji kemungkinan bagi SuMi TRUST Holdings untuk melabur di dalam JADAT.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220523005408/en/

JADAT akan mendapat pengetahuan tentang sistem pengurusan penyimpanan aset digital dengan tahap keselamatan paling maju dan paling tinggi di Jepun bagi bitbank dan pengetahuan mengenai perniagaan amanah bagi SuMi TRUST Holdings – sebuah kumpulan bank amanah yang khusus.

*Selepas pendaftaran oleh pihak berkuasa yang berkaitan berdasarkan kepada Akta Perniagaan Amanah, ia dijangka menukar nama perniagaannya kepada Japan Digital Asset Trust, inc..
*2 Aset kripto, token keselamatan pada blok rantai awam, stablecoin dan NFT.

Maklumat mengenai syarikat baharu itu
Nama: Japan Digital Asset Trust Preparatory Company, inc.
Ketua Pegawai Eksekutif: Noriyuki Hirosue
Kandungan perniagaan: Perniagaan penjagaan aset digital
Laman web: http://jadat.com/en

Maklumat mengenai bitbank, inc.
[Pengenalan]
bitbank mengendalikan pertukaran aset kripto Jepun “bitbank” - yang mempunyai volum perdagangan domestik bulanan sebanyak 731.7 bilion JPY, bahagian volum perdagangan domestik sebanyak 33.7% (setakat April 2021) dan deposit pelanggan sebanyak lebih daripada 300 bilion JPY - sedang mengembangkan skala perniagaan mereka dengan pesat. Untuk mengembangkan pasaran aset kripto domestik, lebih ramai pelabur institusi perlu memasuki pasaran itu. Dengan kekuatan kami - teknologi penyimpanan aset kripto, kecairan dagangan spot, keselamatan yang kukuh - kami akan menyumbang kepada pengembangan seterusnya bagi pasaran aset kripto, melalui perniagaan amanah aset digital dengan JADAT.

[Nama syarikat]
bitbank, inc.
[URL]
https://bitbank.cc/about/corporate
[Ketua Pegawai Eksekutif]
Noriyuki Hirosue
[Alamat]
141-0031 7F, Bangunan KDX Nishigotanda, 7-20-9 Nishigotanda, Shinagawa, Tokyo, Jepun
[Tarikh Penubuhan]
7 Mei, 2014
[Modal permulaan]
8,647.21 juta JPY (Termasuk modal simpanan)
[Gambaran perniagaan]
Perkhidmatan yang berkaitan dengan aset kripto (mata wang kripto)
Pengendali pertukaran aset kripto, Nombor pendaftaran 00004, dikeluarkan oleh Pengarah bagi Biro Kewangan Tempatan Kanto
[Keahlian]
Japan Virtual and Crypto assets Exchange Association (JVCEA)
Persatuan Perniagaan Aset Kripto Jepun (JCBA)
Blockchain Collaborative Consortium (BCCC)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220523005408/en/

Hubungi

bitbank, inc.
Midori Abe
+81-50-1751-8600
midori.abe@bitcoinbank.co.jp

Sumber : bitbank, inc.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.