ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  CHUNGHWA TELECOM CO., LTD. DAN HOSPITAL THONBURI BEKERJASAMA UNTUK MEWUJUDKAN BAB BAHARU DI DALAM PERKHIDMATAN "HOSPITAL PINTAR" THAILAND

Wednesday 01/06/2022



Table
 
​Hsueh-Lan Wu, Presiden bagi Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Chunghwa Telecom dan Pengerusi bagi Chunghwa Telecom (Thailand) Co., Ltd, dan Dr. Siripong Luengvarinkul, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hospital Thonburi. (Foto: Business Wire)


TAIPEI, Taiwan, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 31 Mei, 2022 Chunghwa Telecom Co., Ltd. (CHT) dan Hospital Thonburi (TH) telah menandatangani MOU “Hospital Pintar”. Berikutan dengan strategi “Hab Perubatan Asia” oleh kerajaan Thailand pada tahun 2004, dan matlamat mereka untuk menjadi negara Asia Tenggara yang terkemuka di dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan antarabangsa, kedua-dua pihak, CHT dan TH, meneruskan kerjasama POC wad pintar mereka, dan memperoleh satu pencapaian baharu bagi aplikasi hospital pintar di Thailand.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220531005438/en/

Di antara rangkaian hospital Kumpulan Penjagaan Kesihatan Thonburi di Thailand, Hospital Thonburi terus-menerus menaikkan taraf dan berkembang untuk memenuhi komitmen mereka dengan kecemerlangan di dalam setiap aspek, dengan pasukan mereka yang didorong oleh kualiti dan terdiri daripada lebih 350 pakar perubatan yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, penggunaan teknologi perubatan yang paling canggih, dan budaya prihatin dan belas kasihan yang telah berakar umbi.

Bersekutu dengan rakan-rakan yang cemerlang di dalam industri penjagaan kesihatan, termasuk imedtac dari Taiwan dan MD Healthcare dari Thailand, Chunghwa Telecom memperkenalkan kepada Hospital Thonburi dengan penyelesaian wad pintar, termasuk stesen jururawat pintar, kiosk tanda vital semua-dalam-satu, kabinet pendispensan automatik, Paparan Maklumat Sisi Katil Ekertas dan Sistem Pengurusan ToF Fall. Penyelesaian ini membantu mengurangkan beban kerja bagi kakitangan perubatan, meningkatkan kualiti bagi perkhidmatan perubatan dan meningkatkan prestasi operasi. Chunghwa Telecom terus-menerus berusaha meningkatkan daya saing dengan menggunakan teknologi dan aplikasi ICT.

Dr. Siripong, Ketua Pegawai Eksekutif di Hospital Thonburi menekankan “Kami percaya bahawa pengumpulan maklumat, organisasi dan pengedaran yang lebih baik adalah penting kepada ketepatan perubatan, yang akhirnya membolehkan doktor dan paramedik untuk menyampaikan penjagaan kesihatan yang lebih baik di dalam dan di luar kawasan hospital. Kami menghargai kesederhanaan, kemesraan dan ketersambungan yang komprehensif di dalam teknologi maklumat kami berbanding dengan sistem yang rumit dan baharu yang mengalihkan perhatian daripada penjagaan kesihatan yang kami bawa kepada pesakit kami.”

“Dengan cabaran pasca Covid-19 yang kita hadapi sekarang, dan negara-negara di Asia Tenggara ingin mencapai transformasi digital di dalam industri penjagaan kesihatan, hospital perlu segera menyampaikan perkhidmatan dalam inovasi untuk persekitaran yang sentiasa berubah,” kata Hsueh-Lan Wu, Presiden bagi Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Chunghwa Telecom dan Pengerusi bagi Chunghwa Telecom (Thailand) Co., Ltd. Penyelesaian hospital pintar yang disediakan oleh Chunghwa Telecom itu termasuk ciri-ciri awan, pendigitalan, maklumat dan kecerdasan, yang benar-benar memuaskan keperluan pasaran dan pembangunan perkhidmatan yang berinovatif dalam jangka masa panjang. Melalui kerjasama dengan hospital, Chunghwa Telecom menjangkakan untuk membuka halaman baharu bagi perkhidmatan aplikasi hospital pintar mereka di pasaran.

Maklumat mengenai Thonburi Hospital

Hospital Thonburi ialah sebuah hospital penjagaan tertiari yang menyediakan satu rangkaian luas perkhidmatan perubatan dan pembedahan yang berkualiti tinggi. Ditubuhkan pada 10 Mei, 1977, ia sejak itu telah menyediakan penjagaan kesihatan yang cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa. Terletak sangat bersesuaian di sebelah Barat Bangkok dan dengan satu rangkaian terdiri daripada 18 hospital di seluruh negara, ia kini merupakan satu daripada hospital swasta yang paling dipercayai di Thailand.

Maklumat mengenai Chunghwa Telecom

Chunghwa Telecom (TAIEX 2412, NYSE: CHT) (“Chunghwa” atau “Syarikat itu”) ialah syarikat perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terbesar Taiwan yang menyediakan perkhidmatan talian tetap, mudah alih, jalur lebar dan internet. Syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi kepada pelanggan korporat dan sedang mengembangkan perkhidmatan pengkomputeran awan mereka. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Chunghwa telah terlibat secara aktif dalam tanggungjawab sosial korporat dan telah memenangi anugerah dan pengiktirafan domestik dan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.cht.com.tw.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220531005438/en/

Hubungi

Media:
Angela Tsai
Telefon: +886 2 2344 3252
E-mel: chofen@cht.com.tw

Sumber : Chunghwa Telecom

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.