ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. MEMPEROLEH HARAPAN MELALUI TERUMBU SUPER DALAM MISI UNTUK MENYELAMATKAN LAUTAN KITA

Thursday 02/06/2022



Table

Raja Ampat, Indonesia (Kredit Foto: Jeff Yonover)


HONG KONG, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lebih daripada 25 peratus daripada semua spesies marin disokong oleh terumbu karang. Mereka menyediakan kehidupan dan mata pencarian bagi orang ramai di seluruh dunia, namun masa depan mereka adalah agak tak pasti. Mary Kay, sebuah penyokong kelestarian global, meraikan Hari Terumbu Sedunia dengan menyokong inisiatif melindungi dan memulihkan terumbu karang, termasuk projek Terumbu Super oleh Nature Conservancy.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220601005317/en/

Terumbu karang adalah struktur yang mengagumkan dengan sumbangan kepada lautan yang tiada tandingannya. Mereka bukan sahaja menyediakan makanan dan habitat untuk banyak spesies, tetapi ia adalah merupakan benteng hidup yang secara aktif melindungi garis pantai kita daripada ombak dan tenaga ombak. Terumbu karang yang sihat boleh mengurangkan tenaga ombak sehingga 97%. Oleh itu, ia berfungsi sebagai pemecah ombak hidup, sekali gus melindungi berpuluh ribu kilometer garis pantai daripada banjir bermusim dan hakisan.

Di sebalik kepentingannya kepada ekosistem kita, terumbu semakin ternyahgred disebabkan oleh pencemaran, amalan penangkapan ikan yang merosakkan dan perubahan iklim. Kenaikan suhu lautan mengancam kewujudan mereka dan menjadikan kepupusan sebagai satu kemungkinan yang sebenar.

“Jendela peluang untuk menyelamatkan terumbu karang dunia semakin mengecil,” kata Dr. Lizzie Mcleod, Peneraju Sistem Terumbu Global di The Nature Conservancy. “Kita harus bertindak sekarang untuk menyelamatkan habitat penting ini.”

Harapan masih wujud. Terumbu Super adalah berdaya tahan dan boleh bertahan di perairan lautan yang lebih panas kerana keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang lebih tinggi. Beberapa terumbu yang berdaya tahan ini juga secara semula jadi terletak di kawasan yang dilindungi daripada haba. Potensi mereka untuk bertahan dalam perubahan iklim memberi harapan untuk masa depan, terutamanya di Asia Pasifik di mana perairan tropika dipenuhi dengan sekurang-kurangnya 500 spesies terumbu karang binaan. Pasukan Terumbu Super Nature Conservancy menyatukan pakar-pakar di dalam sains lautan dan pemuliharaan untuk mengembangkan satu rangkaian global terumbu super melalui kejuruteraan genetik, pemulihan terumbu dan penternakan karang.

Terumbu karang masih boleh diselamatkan, tetapi tindakan sebenar harus dilakukan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Langkah pertama ialah untuk mengenal pasti dan melindungi Terumbu Super. Setelah ia dilindungi, mereka boleh membiak larva yang teguh dan mewujudkan satu generasi baharu karang yang berdaya tahan. Dengan usaha berterusan dan sokongan Mary Kay, terumbu karang masih mempunyai peluang.

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua kehidupan. Berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220601005317/en/ 

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.