ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  CABARAN GAYA DITERIMA: STEP & REPEAT KEMBALI KE TIKTOK BERSAMA HOS PENGGAYA SELEBRITI ZADRIAN SMITH

Friday 03/06/2022



Table

Zadrian Smith, Penggaya Selebriti (Foto: Mary Kay Inc.)


Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio mengumumkan musim kedua bagi pertandingan gaya itu yang menghimpunkan peminat fesyen di seluruh dunia

SEATTLE & LOS ANGELES, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pelawaan kepada semua model—landasan maya menanti anda! Step & Repeat, pertandingan gaya dan fesyen yang pertama kali dilancarkan di TikTok, kembali untuk musim kedua pada 7 Jun. Tahun lepas, Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio telah melancarkan pertandingan realiti fesyen itu yang menjangkau ke jutaan pengguna di seluruh dunia. Sekarang, cabaran gaya selama empat minggu itu kembali dan menjanjikan untuk menjadi fesyen ekstravaganza yang kita semua nanti-nantikan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220602005868/en/

Penggaya Selebriti Zadrian Smith (pelanggan termasuk: Ariana DeBose, Naama Preis, Naomi Scott) menjadi hos Step & Repeat dengan tiga orang pengadil dan kesayangan industri: penggaya selebriti Tara Swennen (pelanggan termasuk: Kristen Stewart, Matthew McConaughey), penggaya selebriti Nicole Chavez (pelanggan termasuk: Kristen Bell, Jessica Simpson), dan penggaya rambut selebriti Larry Sims (pelanggan termasuk: Victoria Beckham, Queen Latifah).

Setiap minggu, hos Zadrian Smith akan mengumumkan satu cabaran yang berasaskan tema bagi pengguna TikTok untuk mempamerkan kreativiti mereka melalui busana, solekan dan rambut. Pengadil selebriti bagi rancangan itu akan berduet penampilan terbaik dari seluruh dunia dan mengundi untuk pemenang dalam setiap kategori. Peserta diminta untuk menggabungkan bunyi tersuai rancangan itu, “Step & Repeat” dan tanda pagar, #stepandrepeat, #glamhive, dan #marykay untuk memasukkan video mereka ke dalam pertandingan itu. Bagi setiap cabaran akan ada tiga orang pemenang, yang dipilih sendiri oleh pengadil, yang akan menerima hadiah wang tunai serta satu jam pertemuan satu dengan satu dengan seorang mentor industri.

Pada penghujung empat minggu itu, Step & Repeat akan mengumumkan seorang pemenang keseluruhan untuk setiap kategori, dengan menobatkan mereka dengan yang terbaik di dalam busana, solekan dan rambut berdasarkan kepada penyertaan dari seluruh dunia. TikTok adalah tempat untuk sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dan suara kreatif untuk berkongsi anugerah mereka pada satu skala global. Step & Repeat adalah platform yang memberi anda peluang untuk dilihat dan diraikan.

Zadrian Smith, Penggaya Selebriti (Hos)

“Ketika kerjaya saya berkembang sebagai seorang Pengarah Fesyen Global dan Wartawan, saya ingin memberi keutamaan bekerja untuk mewujudkan sebuah industri fesyen yang lebih saksama. Ia bukan kerja yang mudah atau selesa, tetapi sebarang peluang yang boleh saya sediakan untuk membantu orang lain yang berminat di dalam industri itu adalah merupakan satu peningkatan - itulah perbualan yang saya ingin sertai.”

Tara Swennen, Penggaya Selebriti (Pengadil)

“Terdapat begitu ramai orang yang mempunyai bakat kreatif yang luar biasa dan Step & Repeat memberikan mereka tempat untuk menyerlah. Saya sangat teruja untuk melihat penampilan yang akan ditonjolkan oleh peserta dari seluruh dunia di saluran media sosial kami!”

Nicole Chavez, Penggaya Selebriti (Pengadil)

“Musim Pertama bagi ‘Step & Repeat’ benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Saya teruja setiap minggu untuk melihat apa yang dicipta oleh peserta dan terpesona oleh bakat mereka yang pelbagai. Saya tidak sabar untuk melihat keputusan bagi cabaran kami dalam Musim Kedua!”

Larry Sims, Penggaya Rambut Selebriti (Pengadil)

“Ia memerlukan keberanian, keyakinan & kreativiti untuk menunjukkan kepada dunia mengapa anda seorang artis yang hebat. Saya teruja untuk melihat peserta menghasilkannya!”

Stephanie Sprangers, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive

"Visi kami untuk ‘Step & Repeat’ adalah untuk mencipta satu pertandingan gaya yang bergerak pantas yang mencakupi kreativiti, keterangkuman, penyambungan dan pengiktirafan, dan Musim Pertama disampaikan dengan sepenuhnya. Kini, untuk kali kedua, yang terbaik di dalam industri itu datang bersama-sama untuk mengalu-alukan dan menggalakkan bakat gaya dari seluruh dunia. Kami sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku dalam Musim Kedua.”

Mentor Step & Repeat:

· Claire Sulmers, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Fashion Bomb Daily
· Adam Drawas, Pemilik, Walker Drawas PR
· Quentin Thrash, Pereka Tempahan & Tukang Gunting Rambut Selebriti
· Brian Underwood, Pengarah Fesyen, Women’s Health
· Mandi Line, Pereka Kostum (The Bold Type, Pretty Little Liars, Shameless)
· Pandora Amoratis, Pengarah Gaya, US Daily Mail
· Sheridan Ward, Penggaya Rambut Selebriti
· Shatora Adrell, Pereka Fesyen dan Penggaya
· Carrie Colbert, Pengasas & Rakan Kongsi Am, Curate Capital
· Quinn Murphy, Artis Solekan Selebriti
· Alexis Bennett, Editor, Vogue
· Gilda Koral Flora, Pengasas, Koral Communications
· Christian Wood, Penggaya Rambut Selebriti

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/tiktok

Maklumat mengenai Glamhive: Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan penggayaan peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak seharusnya eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal. Pengalaman penggayaan di dalam talian itu menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya yang akan memberikan mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Bagi penggaya, ini adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka, boleh dikatakan hampir 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220602005868/en/

Hubungi

Stephanie Sprangers
Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
stephanie@glamhive.com
+1.206.851.0446

Sumber : Mary Kay

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.