ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  EASYTRANSFER BEKERJASAMA DENGAN CASHFREE PAYMENTS UNTUK MEMUDAHKAN URUS NIAGA ANTARABANGSA BAGI PELAJAR INDIA

Tuesday 07/06/2022



SINGAPURA, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EasyTransfer, sebuah platform perkhidmatan pembayaran pendidikan rentas sempadan yang terkemuka, bakal bekerjasama dengan Cashfree Payments, satu daripada syarikat penyelesaian pembayaran dan perbankan terkemuka di India, untuk menawarkan sebuah platform yang lebih pantas, lebih mudah dan lebih murah bagi pelajar India untuk membuat pembayaran antarabangsa kepada institusi pendidikan luar negara.

Platform pembayaran EasyTransfer itu bagi pelajar India akan dilancarkan pada awal Jun dan akan disesuaikan sepenuhnya untuk pelajar India.

EasyTransfer telah pun mencapai kejayaan di China – platform itu dipercayai oleh lebih daripada 280,000 orang pelajar yang berpangkalan di China dan mempunyai satu volum urus niaga tahunan yang bakal mencecah AS$3.5 bilion pada tahun 2022. Pembayar menerima bimbingan 1-atas-1 dalam bahasa ibunda mereka daripada profesional pembayaran EasyTransfer yang berpangkalan di zon waktu tempatan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, India telah menyaksikan satu peningkatan yang ketara di kalangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara. United Kingdom, sebagai contoh, telah menyaksikan satu peningkatan 190% pelajar antarabangsa tahun pertama dari India di antara tahun 2018 dan 2020, menurut Agensi Statistik Pendidikan Tinggi (HESA).

EasyTransfer menawarkan profesional pembayaran yang bertutur dalam bahasa yang paling biasa digunakan di India dan mahir dalam persekitaran pembayaran yang sangat dikawal selia di India.

Tony Gao, pengasas bersama dan presiden bagi EasyTransfer, berkongsi, “EasyTransfer dan Cashfree Payments telah menyelaraskan proses pengisytiharan Skim Pengiriman Liberal (LRS) India, membolehkan pembayaran diselesaikan sepenuhnya dalam talian. Sistem dalam talian kami juga membantu untuk mengesahkan kelayakan pemastautin pembayar dengan cepat, satu keperluan penting di India.”

Cashfree Payments menawarkan satu rangkaian yang terdiri daripada lebih 60 rakan perbankan komersial India yang utama dan satu pembayaran teras dan infrastruktur perbankan yang dibina dengan bank-bank India yang terkemuka. Rangkaian ini membolehkan pengguna yang berpangkalan di India untuk menikmati pengalaman pembayaran dalam talian yang lebih lancar dengan masa pemprosesan pembayaran yang lebih pantas dan pemindahan rentas sempadan yang patuh sepenuhnya.

Dengan perkongsian EasyTransfer dan Cashfree Payments, pelajar India kini boleh membuat pembayaran pendidikan secara terus melalui akaun bank mereka yang sedia ada, menghapuskan keperluan untuk menyediakan satu akaun baharu khusus untuk membuat pembayaran sedemikian.

Reeju Datta, pengasas bersama bagi Cashfree Payments, berkata, “Berkongsi dengan EasyTransfer membolehkan kami dengan lebih mudah memperluaskan penyelesaian pembayaran kami terus kepada pelajar India, memudahkan pembayaran pendidikan antarabangsa yang lebih senang, cepat, sesuai dan lebih cekap. Kami akan meneruskan usaha kami untuk membina penyelesaian yang berkesan bagi rakan-rakan kami, yang membantu untuk mencipta pengalaman pelanggan yang unggul.”

EasyTransfer secara rasmi membuka ibu pejabat global mereka di Singapura awal tahun ini. Lokasi ini sesuai untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara selain pelajar dari tanah besar China.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220605005117/en/

Hubungi

William Schwartz
+65.800.852.8171
press@rootcomms.com

Sumber : EasyTransfer

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.