ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  CYBLE MEMBOLOT ANUGERAH GLOBAL INFOSEC 2022 YANG MENJADI REBUTAN - PILIHAN EDITOR PERISIKAN ANCAMAN - DENGAN MENANG DI DALAM 8 KATEGORI

Wednesday 08/06/2022



Table
Cyble memenangi anugerah berprestij pada Anugerah InfoSec Global Tahunan ke-10 - #RSAC 2022 (Grafik: Business Wire)

Cyble memenangi anugerah berprestij pada Anugerah InfoSec Global Tahunan ke-10 - #RSAC 2022

ALPHARETTA, Ga., 8 Jun  (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cyble, peneraju yang disokong oleh Y Combinator di dalam perisikan ancaman siber global yang dikuasakan dengan AI, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai pemenang di dalam 8 kategori bagi Anugerah InfoSec Global Tahunan ke-10 oleh Majalah Pertahanan Siber (CDM), majalah keselamatan maklumat elektronik terkemuka di dalam industri itu.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220607006027/en/ 

·  Pilihan Editor Perisikan Ancaman
·  Pengurusan Serangan Permukaan Paling Komprehensif
·  Analitik Keselamatan Siber Generasi Seterusnya
·  Kecerdasan Buatan Keselamatan Siber Paling Inovatif
·  Perlindungan Eksekutif Digital Syarikat Mengagumkan
·  Syarikat Permulaan InfoSec Generasi Seterusnya Terbaik Tahun Ini
·  Syarikat Keselamatan Pilihan Penerbit Terbaik Tahun Ini
·  Pengurusan Risiko Pihak Ketiga Generasi Seterusnya (TPRM) 

Pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan Cyble sebagai sebuah perintis di dalam menyelesaikan persoalan asas untuk menukar bunyi bising kepada perisikan ancaman yang bermakna.

Cyble memudahkan kesinambungan perniagaan dengan menyediakan perisikan yang relevan dan tepat pada masanya ke dalam web tertutup, web terkawal, web terbuka & aktiviti jenayah siber yang menyasarkan organisasi dan orang perseorangan. Ia memberikan satu pandangan yang tertumpu bagi Perisikan Ancaman, Perkhidmatan Perlindungan Risiko Digital dan keupayaan Pemantauan Web Tertutup dan Jenayah Siber. Penyelesaian perusahaan berasaskan SaaS oleh syarikat itu, Cyble Vision, memaklumkan pengguna mereka dengan konteks yang mencukupi untuk memahami risiko siber dan mengutamakan mereka melalui makluman masa nyata dan perisikan ancaman yang boleh diambil tindakan. Objektif utama Cyble adalah untuk menyediakan kepada organisasi dengan keterlihatan masa nyata terhadap kelemahan dalam jejak digital mereka untuk memperkasakan mereka di dalam memerangi ancaman siber dengan berkesan.

“Cyble merangkumkan tiga ciri utama yang kami sebagai pengadil cari untuk menjadi pemenang: memahami ancaman hari esok, pada hari ini, menyediakan satu penyelesaian yang menjimatkan kos dan berinovasi dalam cara yang tidak diduga yang boleh membantu mengurangkan risiko siber dan dapat mendahului pelanggaran seterusnya,” kata Gary S. Miliefsky, Penerbit bagi Majalah Pertahanan Siber.

Manish Chachada, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama bagi Cyble berkata, “Kami merasa amat rendah diri dan berterima kasih kepada Majalah Pertahanan Siber di atas pengiktirafan ini. Di Cyble, kami memahami dinamik yang berkembang di dalam industri keselamatan siber dan berusaha ke arah menyelesaikan kebimbangan keselamatan siber moden dan kompleks untuk pelanggan kami. Anugerah ini adalah satu tanda kepercayaan pelanggan kami terhadap perkhidmatan kami, dan ketika Cyble terus mencapai tahap baharu, kami akan berusaha bagi mengekalkan matlamat kami untuk pendemokrasian bagi perkhidmatan perlindungan risiko digital melalui automasi, analitik manusia dan inovasi.”

Agensi Penguatkuasaan Undang-undang (LEA) Cyble dan penyelesaian perisikan ancaman pertahanan - Cyble Hawk - bertujuan untuk membantu penguatkuasaan undang-undang dan agensi-agensi kerajaan secara khusus mengumpul, menganalisis dan bertindak balas terhadap pendedahan maklumat yang sangat sensitif, yang diperkaya dengan analisis dan penyelidikan SIGINT Cyble, yang mungkin mempunyai implikasi yang meluas.

“Kami gembira untuk menerima satu daripada anugerah keselamatan siber yang paling berprestij dan diidamkan di dunia daripada Majalah Pertahanan Siber. Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ini oleh CDM dan ingin mengucapkan tahniah kepada mereka pada ulang tahun ke-10 mereka sebagai sebuah pembekal berita dan maklumat keselamatan siber bebas. Kami tahu bahawa persaingan adalah sukar dan dengan pengadil utama yang merupakan pakar-pakar infosec terkemuka dari seluruh dunia, kami amat gembira dengan pengiktirafan itu,” kata Beenu Arora, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Cyble.

Maklumat mengenai Cyble

Cyble adalah sebuah penyedia SaaS perisikan ancaman global yang membantu perusahaan melindungi diri mereka daripada jenayah siber dan pendedahan dalam web terbuka, web terkawal dan web tertutup. Tumpuan utama mereka adalah untuk menyediakan kepada organisasi dengan kebolehlihatan masa nyata kepada jejak risiko digital mereka. Dengan disokong oleh Blackbird Ventures, Xoogler dan Y Combinator sebagai sebahagian daripada kohort musim sejuk 2021, Cyble juga telah diiktiraf oleh Forbes sebagai satu daripada 20 Syarikat Permulaan Keselamatan Siber Terbaik, bersama dengan beberapa pengiktirafan industri yang lain. Beribu pejabat di Georgia, Amerika Syarikat dan dengan mempunyai pejabat di Dubai, Australia, Singapura dan India, Cyble mempunyai satu kehadiran global. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cyble, sila layari www.cyble.com.

Maklumat mengenai Anugerah InfoSec CDM

Ini adalah tahun kesepuluh bagi Majalah Pertahanan Siber memberi penghormatan kepada inovator InfoSec dari seluruh pelosok dunia. Keperluan penghujahan kami adalah untuk mana-mana syarikat permulaan, peringkat awal, peringkat kemudian atau syarikat awam di dalam ruang KESELAMATAN MAKLUMAT (INFOSEC) yang percaya bahawa mereka mempunyai satu cadangan nilai yang unik dan menarik bagi produk atau perkhidmatan mereka. Ketahui lebih lanjut di www.cyberdefenseawards.com 

Maklumat mengenai Pengadilan

Pengadil itu adalah terdiri daripada profesional keselamatan bertauliah CISSP, FMDHS, CEH, yang mengundi berdasarkan kepada kajian bebas mereka berhubung syarikat yang mengemukakan bahan di laman web bagi setiap penyerahan termasuk tetapi tidak terhad kepada helaian data, kertas putih, literatur produk dan pembolehubah pasaran lain. CDM mempunyai satu falsafah yang fleksibel untuk mencari lebih ramai pemain yang berinovatif dengan teknologi baharu dan unik, berbanding dengan pemain yang mempunyai pelanggan atau wang paling banyak di dalam bank. CDM sentiasa mengajukan persoalan “Apa Seterusnya?” oleh itu kami sedang mencari baka terbaik, penyelesaian InfoSec generasi seterusnya. 

Maklumat mengenai Majalah Pertahanan Siber

Majalah Pertahanan Siber ialah sumber utama bagi berita dan maklumat keselamatan siber untuk profesion InfoSec di dalam perniagaan dan kerajaan. Kami diurus dan diterbitkan oleh dan untuk profesional keselamatan maklumat yang beretika, jujur ​​dan bersemangat. Misi kami adalah untuk berkongsi pengetahuan termaju, cerita dunia sebenar dan anugerah mengenai idea, produk dan perkhidmatan terbaik di dalam industri teknologi maklumat. Kami menyampaikan majalah elektronik dalam talian setiap bulan secara percuma, dan edisi khas secara eksklusif untuk Persidangan RSA. CDM ialah sebuah anggota yang bangga dengan Kumpulan Media Pertahanan Siber. Ketahui lebih lanjut tentang kami di https://www.cyberdefensemagazine.com dan layari  https://www.cyberdefensetv.com dan https://www.cyberdefenseradio.com untuk melihat dan mendengar beberapa daripada temuramah paling bermaklumat bagi eksekutif syarikat yang menang ini. Sertai webinar di https://www.cyberdefensewebinars.com dan sedar bahawa pengetahuan infosec adalah kuasa. 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220607006027/en/ 


Hubungi

Pertanyaan Media Cyble
E-mel: enquiries@cyble.com
Telefon Bimbit: +1 678 379 3241 

Pertanyaan Media CDM:
Hubungi: Irene Noser, Eksekutif Pemasaran
E-mel: marketing@cyberdefensemagazine.com
Bebas Tol (Amerika Syarikat): 1-833-844-9468
Antarabangsa: 1-646-586-9545 
Laman web: www.cyberdefensemagazine.com 

Sumber : Cyble  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.