ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  NIELSENIQ MENGUMUMKAN TRACEY MASSEY SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI

Friday 10/06/2022



Table

(Foto: Business Wire)

CHICAGO, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, hari ini menamakan Tracey Massey sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pertama untuk syarikat itu. Beliau akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan menyelia semua aspek berkaitan komersil dan produk, bertanggungjawab untuk hasil, pelan pembangunan produk, strategi unit perniagaan dan semua aspek yang berkaitan dengan pasaran bagi NielsenIQ.

“Tracey akan memainkan satu peranan penting di dalam transformasi berterusan bagi NielsenIQ, dengan memberikan lebih penekanan kepada pertumbuhan mapan melalui pelaksanaan inisiatif strategik kami,” kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NielsenIQ. “Beliau membawa bersama lebih 30 tahun pengalaman industri dan satu rekod prestasi yang cemerlang di dalam membangun dan mengembangkan perniagaan di peringkat global, tetapi yang paling penting adalah keghairahan beliau untuk melayani pelanggan dan memupuk pasukan-pasukan yang sangat terlibat akan menjadi kunci di dalam evolusi kami.”

Tracey sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Global dan Ketua Pegawai Eksekutif di Mars Pet Nutrition, di mana beliau menerajui perniagaan makanan haiwan peliharaan terbesar di dunia, dengan merombak portfolio produknya untuk pertumbuhan yang berterusan di bawah kepimpinan beliau. Sebelum memikul peranan itu, beliau adalah Presiden Serantau bagi Mars Confectionary Americas, di mana beliau berjaya mengemudikan pasukannya melalui penyepaduan Mars Chocolate Americas dengan Wrigley Co. Americas.

“Saya teruja untuk menyertai NielsenIQ dan berharap untuk menggunakan pengalaman saya di dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas bagi membantu membina satu masa depan yang berjaya untuk syarikat itu,” kata Tracey Massey.

Maklumat mengenai NielsenIQ
NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, menyampaikan standard emas di dalam pengukuran pengguna dan runcit, melalui pemahaman yang paling berkaitan, lengkap dan boleh diambil tindakan mengenai pengguna global, saluran semua arah yang berkembang. NielsenIQ ialah sumber keyakinan bagi industri yang kami layani dan perintis yang menentukan abad seterusnya bagi pengukuran pengguna dan runcit. Data kami, pandangan yang berkaitan dan analitik ramalan mengoptimumkan prestasi CPG dan syarikat-syarikat runcit, dengan membawa mereka lebih dekat lagi kepada komuniti yang mereka berkhidmat dan membantu memperkasakan pertumbuhan mereka.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di lebih 90 buah ​​pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52744423/en

Hubungi

Media: Gillian Mosher, gillian.mosher@nielseniq.com

Sumber : NielsenIQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.